How to enjoy F1:
1. F1 Race Day Live
2. Move on to race highlights and post race
3. Radio team highlights
4. Top 10 onboards highlights
5. Tech talk and analysis from Jolyon
6. Finally, all F1 teams over the weekend mini movie
2 hours race, 1 week of entertainment.
#Formula1
@amerhadiazmi By logic, BN can just form the Melaka government without PN, just like the good old days. One party rule them all. And if they are confident, next PRU just go stand alone to convince those lost hope with BN.
π§ππ₯ππ π πππ¦ππ ππππ, πππ‘π§ππ₯π πππ‘ π¦π¨πππ₯ππππͺππ‘ πππ₯π¦ππ π
Pengundi di Melaka telah memilih. Keputusan PRN Melaka tidak mengejutkan dan telah dijangka.
Untuk beberapa hari ini, kita akan mendengar pelbagai komen dan pandangan.
Beberapa pandangan yang paling dominan termasuk:
(1) Strategi bertanding solo adalah satu tindakan bodoh yang tidak akan ke mana-mana, BERSAMA perlu mencari rakan gabungan
(2) Pembawaan politik BERSAMA tidak akan mendapat undi kerana pengundi melihat kepada parti berbentuk politik identiti
Analisis seperti ini akan datang dari pak-pak profesor di menara gading, selain dari orang biasa.
Orang yang menyertai dan menghidupkan platform politik seperti BERSAMA akan selalu disalaherti. Masyarakat sering menilai sesuatu berasaskan status quo sedia ada, sebarang perkara baru dibanding dengan status quo itu.
BERSAMA sedia maklum bahawa politik identiti sedang membakar.
Pengundi Melayu bersatu di bawah payung UMNO/PAS, pengundi bukan Melayu bergabung di bawah DAP. Parti-parti lain (termasuklah PKR, AMANAH, Wawasan dan banyak lagi) hanya menumpang kepada jaguh politik identiti Melayu dan bukan Melayu ini.
Lebih kuat pengundi Melayu bergabung di bawah UMNO/PAS, lebih tegar pengundi bukan Melayu menguatkan DAP.
Ini menghasilkan kitaran yang makin menjauhkan sesama kita di masa akan datang.
Kitaran politik yang memberi kuasa yang terlalu kuat kepada politik identiti juga adalah pemula kepada skandal-skandal besar negara sebelum ini.
Semua skandal ternama negara berlaku selepas UMNO gah di medan pilihan raya.
Kitaran itu akan berulang kembali.
Di peringkat permulaan ini, BERSAMA tidak pernah bermimpi untuk membentuk kerajaan atau menang besar dalam pilihan raya. Kami bukanlah PKR yang ditubuhkan untuk menjadi lebuh raya mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, atau AMANAH sebagai landasan bekas pimpinan PAS.
Atau BERSATU, Wawasan dan yang seumpama dengannya yang mencari rakan kongsi ke Putrajaya, tanpa kekuatan sendiri.
BERSAMA dibina untuk menjadi pendinding kepada api politik identiti ini, yang mengajar rakyat menerima rasuah, kelemahan pentadbiran, politik persembahan (performative politics), dengan merendahkan standard ukuran politik yang sepatutnya memberi tumpuan kepada visi, lonjakan prestasi, kecekapan pentadbiran dan kebijakan.
Memang gelombang politik identiti ini sedang berlaku, tetapi rakyat perlukan satu kumpulan politik yang tidak gentar dengan gelombang ini.
Saya menolak politik identiti yang dibawa UMNO/PAS.
Saya juga menolak politik yang dibawa oleh PH mutakhir ini kerana rentak politik yang dibawa oleh DAP secara tidak langsung menjadi sumbu kepada politik identiti UMNO/PAS.
UMNO/PAS memerlukan DAP untuk menakutkan pengundi Melayu, DAP memerlukan UMNO/PAS untuk menjadi pembela bukan Melayu.
Walaupun UMNO/PAS dan DAP sedang menunggang gelombang politik identiti ini, BERSAMA tidak gentar untuk melawan kedua-dua kumpulan ini di spektrum mereka sendiri.
Kepada mereka yang mempersoalkan βstrategiβ BERSAMA, kami tahu ia misi berbahaya, tetapi kami yakin ia juga satu keperluan.
Kami bukanlah UMNO/PAS yang menjadikan DAP musuh utama, tetapi tidak pernah berani berdepan dengan DAP di kubu kuat mereka. Begitu juga DAP yang menjadikan UMNO/PAS sebagai musuh utama, tetapi menghantar PKR/AMANAH untuk berhadapan dengan UMNO/PAS.
Kami percaya untuk melawan politik identiti di kedua-dua spektrum, kami perlu berani membina kekuatan sedikit demi sedikit untuk memadamkan api besar politik identiti ini.
BERSAMA genap 6 bulan minggu ini.
Bagi sebuah parti berusia 6 bulan, ahli-ahli, sukarelawan dan pengundi BERSAMA telah membuktikan mereka boleh membumi dan berdiri sendiri.
BERSAMA ada jentera yang setanding dengan parti-parti yang jauh lebih berusia. BERSAMA dibiayai oleh ahli dan orang ramai.
Kempen BERSAMA di PRN Melaka sama naik, kalau pun tidak lebih rancak, dari sesetengah parti yang telah lama bertapak dan bergabung.
BERSAMA tidak menang satu kerusi pun di Melaka. BERSAMA hilang deposit di 15 dari 16 kerusi yang ditandingi.
Pada peringkat ini, saya tidak menilai potensi BERSAMA dari jumlah kerusi yang dimenangi.
Saya nilai dari peningkatan dan trajektori dalam usaha berterusan membina BERSAMA sebagai platform yang menjadi antidot kepada politik identiti.
Ukurannya bukan 6 bulan, bukan setahun. Ukurannya satu generasi.
Ada beberapa perkembangan baik dari keputusan PRN Melaka.
Di PRN Johor, BERSAMA tidak bertanding di kerusi majoriti Melayu yang pekat. Di Melaka, BERSAMA bertanding di kerusi-kerusi maut majoriti Melayu seperti Serkam, Telok Mas, Kuala Linggi, Sungai Udang.
Undi purata dari kerusi-kerusi majoriti Melayu ini adalah 4.26%, dengan undi tertinggi dari kerusi Sungai Udang pada 6% (kerusi yang 31% adalah dari kem tentera, yang secara tradisi mengundi Umno/kerajaan).
Angka 4.26% dari pengundi Melayu mungkin nampak kecil, tetapi jika dibandingkan dengan undi gabungan PH+Bersatu (sekitar 15-20% di kalangan pengundi Melayu), sebuah parti yang berdiri sendiri sebenarnya mendapat undi Melayu yang tidak jauh berbeza dari parti-parti di dalam gabungan PH+Bersatu (sekiranya mereka bertanding sendirian).
Undi dari kerusi campuran (pengundi Melayu antara 50% ke 65%) juga menunjukkan peningkatan yang baik.
BERSAMA bertanding di 7 kerusi campuran di PRN Johor. Di PRN Melaka, BERSAMA bertanding di 4 kerusi campuran (kerana 7 dari 16 kerusi yang ditandingi adalah kerusi majoriti Melayu).
Undi BERSAMA di kerusi campuran di Melaka adalah 7.68%, berbanding hanya 3.49% di Johor.
7.68% adalah kecil dan masih hilang deposit, tetapi ia peningkatan lebih 100% dalam tempoh 4 bulan (dari PRN Johor ke Melaka).
Begitu juga di kerusi majoriti bukan Melayu.
BERSAMA bertanding di 5 kerusi majoriti bukan Melayu di PRN Melaka, berbanding 8 di PRN Johor.
Undi BERSAMA di kerusi majoriti bukan Melayu di Melaka ada 6.52%, berbanding 3.26% di Johor.
Selain dari peningkatan 100% dalam tempoh 4 bulan, 4 dari 5 kerusi bukan Melayu di Melaka mendapat undi yang lebih tinggi dari peratusan undi kerusi terbaik di Johor.
Saya akan bentangkan secara terperinci analisis PRN Melaka dalam Podcast YBM Jumaat ini.
Bagi BERSAMA, ada beberapa peningkatan ketara dalam tempoh 4 bulan sejak PRN Johor:
(a) Undi bukan Melayu meningkat lebih 100% berbanding PRN Johor
(b) Undi Melayu tegar yang mengundi BERSAMA pada 4.26% adalah permulaan yang baik, setara dengan beberapa parti yang berada dalam gabungan utama
(c) Kempen PRN Melaka dijayakan dengan lancar oleh jentera yang setanding dengan parti-parti di dalam gabungan
Oleh itu, saya mengucapkan terima kasih kepada kesemua 16 calon BERSAMA yang telah bekerja keras, jentera dari kalangan ahli BERSAMA dan sukarelawan.
Terima kasih kepada orang ramai yang terus memberi sokongan dan membantu. Terima kasih kepada pengundi-pengundi di Melaka yang menjadi βearly believersβ kepada satu platform politik masa depan negara.
Sebab itu rata-rata ahli dan penyokong BERSAMA berlapang dada dan bersyukur dengan keputusan di PRN Melaka.
Kami tahu kami sedang menapak dengan lebih yakin dan lebih laju, berbanding parti dinosaur yang akan kehilangan rentak satu hari nanti.
@amerhadiazmi@boosulyn So when Bossku is βout of the houseβ, Loke will continue his duty as Minister? PMX yet to accept his resignation, so what is the principle/integrity PMX, Loke, and PH holding onto? Can Hannah resign too? @hannahyeoh
@meinmokhtar Nasi Lemak is Malay. Hokkien Mee is local Malaysian Chinese dish. Cendol is Indian, ABC Malsysian unique dessert. Durian is 1 Malaysia. Nak apa lagi?
Nanti pergi Rembayung nk kata itu mahal, bukan authentic. Ingat lagi kan, Malay yg shoot Rembayung.
We switched 10 people from iPhone to Blue. Weeks later, none of them want their iPhone back.
Introducing Blue: a phone you just talk to. Tell it what you need, and it gets done.
It has all the context, can use every single app, and even triages your notifications.
We built it for people who always have a little too much to do. The ones buried in messages, notifications, and to-dos.
If that's you, get yours today.
Backed by Y Combinator + 70 other VCs & angels.
https://t.co/R8o6ouHBJF
@SaufyJauhary Lagi2 balik ke topik yg sama, no problem pergi create problem. I thought byk netizen/keyboard guru pun byk dh nasihat, kalau takut, was2, then jgn makan. Gi cari yg ada sijil Halal, staff Muslim, Melayu.
Tp jgn pergi Rembayung complain pulak kata harga yahudi.
πͺππππππ’π¨π§ ππππ’π‘ πππ₯π¦ππ π ππ¨π‘ πππ‘πππ₯ πππππ₯
Sekitar sesi walkabout saya dan calon BERSAMA bagi DUN Bandar Hilir, Ir Dr. Mohd Nor Rashidi bin Ab. Jalil, untuk berkenalan dan beramah mesra dengan masyarakat setempat.
Berusia 49 tahun, beliau berkelulusan PhD dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar dan Pembangunan daripada UKM. Beliau pernah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 17 tahun, selain memegang tanggungjawab dalam pengurusan projek pembangunan dan infrastruktur di Perak, Langkawi serta MRANTI.
Terima kasih kepada para pengundi yang menyambut kehadiran kami dengan mesra. Setiap teguran, ucapan semangat dan doa yang dititipkan amat dihargai.
Profil, latar belakang dan pengisytiharan harta calon-calon BERSAMA di PRN Melaka boleh dibaca dan disemak di sini: https://t.co/gSEmkadYNA
#BERSAMA #PRNMelaka #BandarHilir
Hari ini, 8 November, jadual saya bermula dengan Kuali Terbang Kancil Edisi Deepavali, disusuli sesi townhall calon BERSAMA - Rakyat Kenali Kancil, pertemuan komuniti dan ceramah sebelum menutup malam dengan Jelajah Trak Kancil.
Jemput singgah di lokasi berdekatan!
π Ahad, 8 November 2026
8.00 pagi | Kuali Terbang Kancil Edisi Deepavali
N17 Bukit Katil
π Parkir Family Store Melaka Mall, Lebuh Ayer Keroh
10.00 pagi | Townhall Rakyat Kenali Kancil Bersama Calon Sesi 3
π Hotel Sentral Melaka
No. 20, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka
2.00 petang | Townhall Rakyat Kenali Kancil Bersama Calon Sesi 4
π VS Event Hall, Bemban
JC 3429-1, Jln TB F4A/1, Bandar Jasin Bestari, Seksyen 4, 77200 Bemban
4.00 petang | Kuali Terbang Kancil Edisi Deepavali
N24 Bemban
π PDM Taman Maju Jasin, Bemban
7.00 malam | Pertemuan Bersama Komuniti Cina
N24 Bemban
π Berhampiran Taman Maju, Jasin
9.45 malam | Ceramah Rakyat
N26 Serkam
π Luar Dewan Norhan Samah, Taman Dato Abdul Aziz
11.00 malam | Jelajah Trak Kancil
N15 Pengkalan Batu
π Tapak kosong MBMB Jalan Melati, berhampiran Bacang Charity, Taman Peringgit Jaya, 75400 Peringgit, Melaka
Bawa soalan, kongsi pandangan dan ceritakan perkara yang perlu diberi perhatian di kawasan anda.
#RafiziRamli #BERSAMA #KualiTerbangKancil #RakyatKenaliKancil
πππππππ ππππππ ππππππ ππ ππππππππ πππ ππππππ | π & π ππππππππ
Malam ini dan esok, kita jumpa di Ceramah Rakyat Kancil!
Hari ini, saya akan meluangkan masa bersama orang ramai menerusi pelbagai program, dari Kuali Terbang Kancil dan sesi Townhall Rakyat Kenali Kancil disertai calon BERSAMA hingga ceramah serta Jelajah Trak Kancil pada sebelah malam.
Berikut jadual saya hari ini, 7 November:
8.00 pagi | Kuali Terbang Kancil
π N07 Gadek β Haflynn Cafe, Gadek
10.00 pagi | Townhall Rakyat Kenali Kancil (Calon BERSAMA - Sesi 1)
π Qawsar Event Space
93G, Jalan Bandar Satelit Sebang 4, 78000 Alor Gajah, Melaka
2.00 petang | Townhall Rakyat Kenali Kancil (Calon BERSAMA Sesi 2)
π Restoran Lu Yeh Yen
No.48, Jaya, 48-1, Jalan KLJ 1, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka
4.00 petang | Kuali Terbang Kancil
π N14 Klebang β Lebai Family Corner, Klebang
9.45 malam | Ceramah Rakyat
π N19 Kesidang β Medan Selera & Pasar Malim Jaya
11.00 malam | Jelajah Trak Kancil Bemban
π N24 Bemban β (Depan Padang Taman Maju) J7395-G, Jalan Melati, Taman Maju, 77000 Jasin Melaka
Kalau berdekatan, jemput singgah untuk bertegur sapa dan bersembang. Jumpa di sana!
Untuk maklumat lanjut: https://t.co/8qDe0SQTsi
#RafiziRamli #BERSAMA
π¨JUST IN: Anthony Loke will resign as Transport Minister, following Najib Razakβs release from Kajang Prison to serve the remainder of his sentence under house arrest.
Loke said planned projects under MOT will proceed as usual, and that he will continue supporting the ministry in his capacity as an MP.