Israk & Mikraj: Ibadahku Hanyalah Untuk-Mu
🗓 24 Januari 2026 (Sabtu)
⏰ Selepas Maghrib
📍 Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan
🎙 Ustaz Wadi Annuar
Semua dijemput hadir.
#ustazwadiannuar#ceramahperdana
Hati kita dan doa kita bersama wira-wira kemanusiaan dalam Global Sumud Flotilla, khususnya pasukan Sumud Nusantara dari rantau kita. Mereka berlayar membawa doa, harapan dan maruah umat untuk Palestin.
Mari kita panjatkan doa agar mereka dilindungi Allah SWT, dipermudah perjalanan, dan selamat kembali dengan kejayaan.
#globalsumudflotilla #sumudnusantara
Jom sama-sama baca doa awal tahun dan akhir tahun pada petang ini. Semoga Allah memberikan pengakhiran dan permulaan yang baik bagi tahun ini dan akan datang.
Baca terus doa ini:
Ya Allah, jika kebaikan itu memang untukku. Jangan biarkan itu tertunda karena lalainya aku. Lembutkan hatiku agar tak lelah menanti. Kuatkan jiwaku agar tetap husnuzan pada takdirMu dan karuniakan aku akhir yang baik dalam setiap niat yang kujalani.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengenal pasti 15 penuntut yang terkorban dalam nahas bas ekspres di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli, pada awal pagi Isnin.
Menurut pengurusan universiti itu, mangsa terdiri daripada 11 pelajar perempuan dan empat lelaki daripada lapan fakulti.
Baca: https://t.co/vYly2aBLRl
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di https://t.co/R2UYPBJuSb atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #SinarTerkini #UPSI
Doa kita buat mahasiswa UPSI yang terlibat dalam kemalangan malam tadi :
اللهم اغفر وارحم موتاهم، واشف مرضاهم، وعاف مبتلاهم
Ya Allah, ampunkan dan rahmatilah yang meninggal dunia dalam kalangan mereka, sembuhkanlah yang sakit dalam kalangan mereka, serta berikanlah ‘afiat (kebaikan dan kesejahteraan) buat yang diuji dalam kalangan mereka.
إنا لله وإنا إليه راجعون