TERKINI
ALHAMDULILLAH
Kebakaran kini merebak ke sebuah pangkalan tentera Israel di Tel Aviv
Angin kencang menuju dari Baitul Maqdis ke Tel Aviv menyebabkan pihak Bomba sukar memadamkan kebakaran ketika ini
Beberapa penempatan berhampiran sudah diarahkan dikosongkan
TERKINI
ALLAHUAKBAR
ISRAEL KEMBALI MENGGANAS DI GAZA
Pejabat PM Israel mengumumkan menamatkan gencatan senjata di Gaza dan tiada lagi rundingan fasa kedua. Kerajaan US sudah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan
Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan sekurang kurangnya 170 terbunuh dengan 77 terbunuh di Khan Younis
Wartawan Yousef Fares melaporkan bahawa serangan udara Israel dilancarkan secara besar besaran seperti berikut
- Serangan ke atas Sekolah Syariah Al Tabi'in
- Serangan ke atas Sekolah Al Rafi'i di Utara Gaza
- 3 serangan udara di Kejiranan Al Zaytoun
- Serangan ke atas Al Karama berhampiran Masjid Omar
- Serangan ke atas sebuah rumah D Deir AL Balah
- Serangan udara ke atas kawasan penduduk Gaza yang kehilangan tempat tinggal di Kolej Rabat, Barat Khan Younis
- Pasukan Pertahanan Awam Gaza mengumumkan sebanyak 35 serangan udara dilancarkan Israel
- 8 terbunuh termasuk 5 kanak kanak di Bandar Gaza akibat serangan Israel. Jenazah telah dibawa ke Hospital Baptist Al Ahli
- 5 terbunuh termasuk 2 kanak kanak terbunuh dalam serangan udara di Al Mawasi. Jenazah telah dibawa ke Hospital Medan Kuwait
- 30 jenazah yang terbunuh sudah dibawa ke Hospital Nasser Khan Younis
- Pengarah Kementerian Dalam Negeri Gaza, Mejar Jeneral Mahmoud Abu Waftah antara yang gugur dalam serangan udara Israel ini
"India Makin Tak Selamat Untuk Wanita!"
Ini ialah Dr. Moumita Debnath. Usianya baru 31 tahun. Dia hanyalah seorang doktor pelatih. Tapi, kisahnya sangat tragis.
Semasa dia berehat, dia dirogol dan dibunuh dengan kejam semasa masih berada di hospital tempat dia bekerja!
Ini ialah Biodata Pengerusi Hamas, Yahya Sinwar dan sejarahnya dalam Hamas
Nama penuh beliau ialah Yahya Ibrahim Hassan Sinwar. Beliau dilahirkan pada 1962 di Khan Younis Gaza dan bersekolah di Sekolah Menengah Khan Younis
Dia mula terlibat dalam politik apabila menyertai pergerakan anti penjajahan Israel di Universiti Islam Gaza pada 1980 an dan selalu ditangkap pihak Israel
Selepas dia graduasi dengan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab. Dia mula menubuhkan pasukan pejuang di Gaza menentang Israel bersama Allahyarham Sheikh Saleh Al Arouri yang akhirnya menjadi Briged Al Qassam iaitu Sayap Ketenteraan Parti Hamas
Selepas Hamas ditubuhkan Sheikh Ahmad Yassin pada 1987. Dia terus menyertai Hamas dan menyertai Unit Majd iaitu Unit Lawan Perisikan Hamas iaitu unit yang ditugaskan mencari pengkhianat dan perisik Israel. Dia kemudian ditangkap Israel pada 1988 dan dipenjarakan dengan 4 hukuman seumur hayat atau bersamaan 426 tahun penjara. Ini selepas beliau membunuh 2 ekor IDF dan 4 rakyat Palestin yang bekerja sebagai Perisik Israel
Dia dibebaskan pada 2011 selepas 23 tahun dipenjarakan di bawah Perjanjian Pertukaran Tawanan Gilad Shalit
Selepas dibebaskan pada 2011 . Beliau terus naik pangkat dalam Hamas dan menjadi Ahli Biro Politik Hamas pada 2012 dan ditugaskan membuat koordinasi antara Parti Hamas dan Briged Al Qassam
Dia kemudian memimpin Briged Al Qassam menghadapi serangan Israel pada Perang Al Asfim Maakul 2014 dan disebabkan reputasi beliau yang hebat. Akhirnya beliau dilantik menjadi Pengerusi Hamas menggantikan Allahyarham Ismail Haniyeh pada 2017
Pada Januari 2018 beliau mengetuai Kemaraan Kepulangan Agung(Great March Of Return) sehingga 2019 di mana ia ialah protes setiap minggu rakyat Gaza di Sempadan Gaza Israel di mana 220 orang Gaza dibunuh dan ratusan lagi Cedera
Akhirnya pada hari ini beliau dilantik sebagai Ketua Biro Politik menggantikan Ismail Haniyeh
Kini beliau akan mengetuai Delegasi Hamas bagi berunding dengan Israel dalam perjanjian gencatan senjata dan damai dengan Israel
Dia kini ialah musuh nombor 1 Israel. Israel memamg mahu membunuhnya dan diletakkan dalam senarai paling dikehendaki semua agensi keselamatan Israel. Dia juga disytiharkan sebagai pengganas oleh US
Di Gaza beliau turut dikenali sebagai The Butcher of Khan Younis
Ya Allah, kau mewahkanlah rezekiku sepertimana Engkau mewahkan rezeki mereka.
Bukakan pintu hatiku seluasnya untuk bersedekah & buanglah perasaan riak & takbur dalam diriku akan kejayaanku.
Jadikanlah aku manusia yang sentiasa bersyukur & bersederhana.
Humble pok mek yun ni, terbaik ore klate.
dengar laungan azan, auto berhenti sebab hormat. walaupun berlainan bangsa.
seronok tengok kita satu malaysia hidup harmoni 💯