Masih ada yang dok ratib konon Najib kena fitnah dan sekarang Allah balas balik 🤣
Walaupun hakim2 dah jatuh hukuman dan Najib duduk di penjara sebab duit rakyat masuk akaun sendiri.
Walaupun 1MDB disiasat dan wang disita di akaun-akaun sulit di negara-negara lain.
Walaupun pendedahan saya mengenai Tabung Haji, Felda, MARA dibuktikan benar dan kerajaan/rakyat kini menanggung puluhan bilion kerugian.
Nak sokong Umno boleh, itu hak masing-masing.
Tapi nak tilik perancangan Allah dengan meletakkan Najib seperti wali selepas satu dunia dah tengok penyelewengan dan kerosakan, itu memalukan Malaysia, Melayu, keluarga dan diri sendiri.
Moga Allah buka pintu hati orang macam ini untuk menggunakan akal yang Allah bagi.