Dirgahayu Tuanku!
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-68 pada 22 November 2026 bersamaan 12 Jamadilakhir 1448H.
Patik dengan penuh takzim mendoakan ke hadrat Allah SWT agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan, dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta usia yang diberkati.
Semoga pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus berada dalam lindungan dan inayah Allah SWT, demi memelihara kedaulatan negara, memperkukuh perpaduan serta menjamin keamanan dan kemakmuran seluruh rakyat jelata.
Daulat Tuanku!
Sempat singgah ke Dewan SMK Pangkalan TLDM untuk melihat persiapan akhir menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 yang bakal bermula pada Isnin, 23 November ini.
Alhamdulillah, saya berharap sumbangan penghawa dingin yang disalurkan dapat memberikan suasana lebih selesa dan kondusif buat anak-anak calon SPM sepanjang menduduki peperiksaan nanti.
Mudah-mudahan dengan kemudahan yang lebih baik ini, anak-anak dapat menjawab soalan dengan tenang dan memberikan tumpuan sepenuhnya.
Selamat maju jaya buat semua calon SPM 2026. Buat yang terbaik, insyaAllah kejayaan menanti anda nanti.
#SPM2026
#SMKPTLDM
#Lumut
#doczam
Pagi ini dapat pulang ke Pangkor, bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat setempat sempena Program Jelajah Sejahtera DesaKu @ DUN Pangkor.
Program Jelajah Sejahtera DesaKu ialah inisiatif Kerajaan Negeri Perak yang bertujuan mensejahterakan masyarakat luar bandar, memperkukuh pentadbiran kampung seperti JPKK, serta mendekatkan perkhidmatan dan dasar kerajaan terus kepada penduduk desa
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program ini, antaranya pemeriksaan kesihatan, pameran dan perkhidmatan agensi kerajaan, aktiviti kemasyarakatan serta pelbagai pengisian untuk seisi keluarga.
Alhamdulillah, seronok melihat sambutan masyarakat yang hadir. Ini peluang untuk berkumpul, bertanya khabar dan berjumpa rakan-rakan yang dah lama tak jumpa.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. InsyaAllah kita ada banyak lagi program-program yang sedang direncana untuk memberi khidmat terus kepada masyarakat.
#ProgarmJelajahSejahteraDesaKu
#Perak
#Lumut
#Pangkor
#doczam
Setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026.
Alhamdulillah, segalanya berlangsung dengan baik dan jayanya. Kejayaan FOI 2026 adalah hasil kerja keras, komitmen, pengorbanan dan semangat kebersamaan semua pihak, sama ada yang terlibat secara langsung mahupun di belakang tabir.
Saya amat menghargai setiap usaha dan sumbangan anda semua. Sesungguhnya, kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.
Ampun dan maaf sekiranya sepanjang penganjuran FOI 2026 terdapat sebarang kekurangan atau kekhilafan. InsyaAllah, segala pengalaman dan pengajaran akan kita jadikan asas untuk terus menambah baik pada masa hadapan.
We work as a TEAM dan anda semua telah membuktikannya.
Sekali lagi, syabas kepada seluruh pasukan FOI 2026. Saya bangga dengan anda semua.
Terima kasih semua yang hadir dan memeriahkan.
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih!
#PutrajayaFOI2026
HARI TERAKHIR, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK KE FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2026❗️
Festival Idea Putrajaya 2026 (Putrajaya FOI 2026) kini memasuki hari terakhir dengan pelbagai pengisian menarik yang menanti anda.
📌 Ikuti atur cara HARI KETIGA menerusi pautan https://t.co/j3MbixHEbW dan rancang kunjungan anda ke PICC!
📅 17 – 19 November 2026 (Selasa – Khamis)
⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang
📍 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
🎉 SEMUA DIJEMPUT HADIR! MASUK ADALAH PERCUMA!
Jumpa anda di sana!
🌐 Nak tahu lebih lanjut tentang Putrajaya FOI 2026? Ikuti media sosial rasmi KPT atau layari laman sesawang Putrajaya FOI 2026 di https://t.co/Au8z7i0ynB
“Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani”
#PutrajayaFOI2026
IDEA HARI INI UNTUK MASA HADAPAN MALAYSIA 💡🇲🇾
Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 yang bakal menghimpunkan pelbagai idea, pemikiran kreatif, inovasi dan aspirasi dalam membentuk masa hadapan negara.
📅 17 – 19 November 2026 (Selasa – Khamis)
⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang
📍 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Pelbagai pengisian menarik menanti anda! Kita jumpa di sana.
Masuk adalah PERCUMA❗️
“Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani”
#PutrajayaFOI2026
FOI 2026
2 Hari lagi
FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2026 : IDEA, INOVASI DAN INSPIRASI, SEMUANYA ADA DI SINI📣📣📣
Kurang daripada 48 jam lagi sebelum Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 menggegar Putrajaya!
Ayuh bersama-sama menjadi sebahagian daripada festival yang menghimpunkan pemikiran bernas, idea kreatif, inovasi dan teknologi dalam membentuk masa hadapan negara dengan pelbagai pengisian menarik menanti anda, antaranya:
🤖 IdeaTech Showcase
💡 Wall of Tunnel dan Wall of Ideas
🎓 Mini Karnival Jom Masuk Universiti
🕵️♀️ Karnival Kerjaya
.... dan banyak lagi!
📅 17 – 19 November 2026 (Selasa – Khamis)
⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang
📍 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
🌟 SEMUA DIJEMPUT HADIR!
“Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani”
#PutrajayaFOI2026
Esok, 14 November 2026, rakyat Melaka akan keluar menunaikan tanggungjawab untuk menentukan hala tuju negeri bagi tahun-tahun mendatang.
Setelah hampir dua minggu berkempen, kini tibalah masanya untuk rakyat membuat keputusan. Alhamdulillah, sepanjang tempoh ini, Barisan Nasional telah turun ke segenap lapisan masyarakat, mendengar suara rakyat dan menyampaikan tawaran terbaik untuk masa depan Melaka.
Demi kestabilan, kesinambungan pembangunan dan kesejahteraan rakyat Melaka, saya memohon agar memberikan kepercayaan kepada calon-calon Barisan Nasional untuk meneruskan agenda pembangunan, memelihara kestabilan dan memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan.
Terima kasih kepada seluruh petugas pilihan raya, dan petugas keselamatan atas kerjasama anda semua dalam memastikan kelancaran PRN Melaka kali ini.
Kepada semua jentera dan petugas Barisan Nasional, FOBN dan rakan-rakan, setinggi penghargaan atas segala usaha dan pengorbanan sepanjang tempoh berkempen. Semoga segala penat lelah ini membuahkan hasil yang baik.
Selamat mengundi warga Melaka.
Kita Birukan Melaka.
#PRNMelaka
#BarisanNasional
#BNSayangRakyat
#KitaGengBiru
#BirukanMelaka
PRN Melaka kali ini menjadi penentu kepada hala tuju dan masa depan negeri ini untuk tahun-tahun mendatang.
Esok, 10 November 2026, anggota keselamatan serta pasangan masing-masing akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal.
Setiap undi membawa suara dan harapan rakyat. Tunaikanlah tanggungjawab ini dengan penuh amanah dan kebijaksanaan demi masa depan Melaka yang kita cintai.
Semoga proses pengundian berjalan lancar dan dipermudah segala urusan.
Buatlah pilihan dengan penuh pertimbangan demi kemakmuran, kestabilan serta kesejahteraan negeri Melaka. Kita Birukan Melaka.
Selamat mengundi awal.
#BirukanMelaka
#PRNMelaka
#BNForMelaka
🪔 Selamat Menyambut Hari Deepavali! 🪔
Kepada seluruh masyarakat beragama Hindu yang meraikannya, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali. Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan buat anda sekeluarga.
Dalam kemeriahan sambutan ini, yang paling bermakna tentunya kasih sayang sesama keluarga, kemesraan antara jiran tetangga dan semangat persaudaraan yang terus menyatukan.
Raikanlah bersama keluarga dan insan tersayang. Jangan dilupakan kepada mereka yang memerlukan, semoga kegembiraan perayaan ini dapat diraikan bersama.
Selamat Menyambut Hari Deepavali juga khusus buat warga Kementerian Pendidikan Tinggi yang meraikannnya di seluruh negara.
“Deepavali Nal Valthukal”
………………………..
My warmest wishes to all Hindus celebrating Deepavali. May this Festival of Lights bring peace, happiness and prosperity to you and your loved ones.
As we celebrate, let us continue to strengthen the bonds of unity, kindness and togetherness that make our diverse society so special.
“Deepavali Nal Valthukal”
DIRGAHAYU TUANKU!
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Tahun 2026 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Patik dengan penuh takzim mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, dipanjangkan usia dalam keberkatan serta terus berada dalam limpahan rahmat dan inayah Allah SWT.
Semoga di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Negeri Perak Darul Ridzuan terus aman, makmur dan sejahtera, serta seluruh rakyat sentiasa hidup dalam suasana harmoni dan penuh keberkatan.
DAULAT TUANKU!