Ini semua 5 pemenang yang dapat ke New Zealand. Teharu dengar cerita masing-masing. Ada yang internet satu bar, ada yang menang sambil ayah hantar pergi main volleyball, ada yang menang sambil tidurkan anak.
Satu benda yang KA happy, pemenang ni semua adalah antara kita semua. Bukan orang yang pakai bot, bukan pakai super computer, bukan scalpers. Ini adalah real people, with real stories, yang support produk lokal kita.
Doakan perjalanan kami ke New Zealand dipermudahkan 🙏🏻
Ini punca sebenar kenapa barang makin mahal.
Sebab semua orang boleh berhutang, dari sekecil-kecil pendrive sampai sebesar-besar rumah boleh hutang.
Bila semua boleh hutang, orang sentiasa meminjam dari masa hadapan. Gaji sentiasa dihabiskan untuk bayar hutang.
Gaji Disember dah habis sebab bayar SPaylater bulan Mac, gaji Mac 2026 habis sebab bayar baju Melayu beli Mac 2025
Peniaga pula tak kisah jual barang mahal sebab tahu sentiasa ada market dan kemudahan untuk orang berhutang.
Hati-hati orang muda,
jerat hutang ini sangat bahaya.
Jaga kewangan anda sebaiknya
Nama pun Annual Leave/Cuti Tahunan.
Sepatutnya tak perlu tanya alasan panjang berjela. Sampai ada kes AL kena reject sebab alasan tak kukuh.
AL tu hak pekerja ya! As long as apply awal & ikut prosedur, patutnya boleh terus approve.
Takkan nak guna MC pulak untuk cuti? 😅
*Inara tengah tengok cartoon*
Me: okay inara. Mama nak tengok cerita mama pulak.
Inara: cerita mama? Squid game?
🤣 you almost got it right but noo. Tengok Mo pulak
#netflix
Good for them, bagus ayah nya nak anak2 bebas hutang. Ayahnya businessman btw. I aspire to help my kid that way. Bukan isu manja kan org bg kesenangan, tp taknk anak mula hidup dengan berhutang. Duit byk2 buat ape kalau biarkan anak2 struggle nk sewa rumah pun tk mampu
Lori buat apa atas jalan pun dia tak takut. Nak keluar lorong pun main keluar je menonong sebab dia tahu dia besar, orang takut nak langgar. Kalau langgar pun dia menang, orang lain maut.
Kadang buat trafik jadi perlahan sebab borong lorong kanan. Kiri dia, tengah dia, kanan pun dia.
Perangai macam gangster.
Semakin ramai pula warga asing mempromosikan Malaysia sebagai rumah ke-2 mereka. Harap kerajaan semak balik polisi-polisi sedia ada agar kepentingan rakyat terpelihara. Kita tak mahu jadi seperti Bali di mana warga asing menjadi tuan tanah.