BREAKING: Trump has cancelled plans to sharply escalate the war on Iran over concerns that Iranian attacks could dangerously drain the Pentagon's already diminished stockpile of Patriot antimissile interceptors and other air defense munitions in the Middle East close to zero, per NYT.
The Pentagon has used more than 1,200 Patriot interceptors in the war at more than $4M each, with cheap Iranian drones and ballistic missiles depleting the US inventory. Joint Chiefs Chairman Gen. Dan Caine privately cautioned that resuming major combat operations would fully deplete interceptors available to US Central Command.
A senior US official adds that continued strikes have had "the opposite effect of what is intended, keeping Iran cohesive and allowing Iranian leaders to focus attention on an external threat."
@Khairykj, rekod awam menunjukkan pendirian politik anda berubah mengikut kedudukan.
Pada Januari 2023, anda menyokong kestabilan Kerajaan Perpaduan pimpinan DSAI & menolak sebarang kerajaan pintu belakang. Apabila UMNO memecat anda tanpa surat tunjuk sebab atau proses pendengaran, anda mengisytiharkan diri "unbowed, unbent, unbroken".
Tapi selepas diterima kembali oleh UMNO pimpinan Zahid, orang yang memimpin parti ketika anda dipecat kini dipuji, sementara DSAI & PH pula menjadi sasaran. Sedangkan anda sendiri pernah mengakui bahawa DSAI berjaya menstabilkan ekonomi & meningkatkan keyakinan pelabur, walaupun manfaatnya belum dirasai sepenuhnya oleh Rakyat.
Jangan pula menggambarkan diri seolah-olah anda membina kerjaya politik melalui perjalanan akar umbi seperti ahli UMNO biasa. Rekod menunjukkan anda menyertai UMNO pada 1998, menjadi penulis ucapan Abdullah Badawi pada 1999, berkahwin dengan anak beliau pada 2001 & menjadi Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada 2004-empat tahun sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen.
Anda sememangnya berpendidikan & kemudian memenangi pertandingan parti serta pilihan raya. Namun, rakyat berhak bertanya sama ada hubungan rapat dengan koridor kuasa telah mempercepatkan perjalanan awal politik anda.
Rekod kontroversi anda juga bukan sedikit.
Pada 2006, pembelian saham ECM Libra bernilai kira-kira RM9.2 juta melalui pembiayaan daripada pengasas syarikat mencetuskan persoalan awam mengenai konflik kepentingan kerana kedudukan anda sebagai menantu & penasihat kepada Perdana Menteri ketika itu. Anda kemudian menjual saham tersebut pada harga lebih rendah. Tiada sabitan jenayah terhadap anda dalam perkara itu, tetapi persoalan tadbir urus yang dibangkitkan kekal sebagai sebahagian daripada rekod awam.
Pada 2009, Lembaga Disiplin UMNO mendapati anda melanggar peraturan parti berkaitan politik wang & memberikan amaran. Anda menafikannya dan masih dibenarkan bertanding sebelum memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Itu merupakan keputusan disiplin parti, bukannya sabitan jenayah-tetapi ia tetap sebahagian daripada sejarah politik anda.
Pada 2016, ketika anda menjadi Menteri Belia & Sukan, seorang pegawai kanan kementerian ditahan berhubung penyelewengan kira-kira RM100 juta yang berlaku melalui kelemahan prosedur kewangan. Tiada bukti bahawa anda menerima wang tersebut, tetapi anda sendiri menerima tanggungjawab sebagai menteri terhadap kegagalan pengawasan itu.
Dalam pengurusan vaksin Covid-19 pula, PAC terdahulu menyatakan proses perolehan mendapat kelulusan Kabinet & Perbendaharaan. Tapi, laporan PAC berikutnya mendapati 8.5 juta dos bernilai RM505 juta telah luput akibat lebihan stok, penurunan permintaan & beberapa faktor lain. Anda kemudian menerima tanggungjawab terhadap lebihan pembelian itu. Ini bukan tuduhan rasuah terhadap anda, tetapi ia merupakan persoalan sah mengenai perancangan, unjuran & penggunaan wang awam.
MySejahtera turut mencetuskan persoalan PAC mengenai ketiadaan kontrak awal, pemilikan aplikasi, harta intelek & rundingan terus. Tiada dapatan bahawa anda memperoleh keuntungan peribadi, tetapi sebagai Menteri Kesihatan ketika sebahagian isu itu ditangani, rakyat berhak menilai tahap ketelusan & akauntabiliti pentadbiran anda.
Semasa PRU15, anda juga berpendapat bahawa semua calon tidak perlu mengisytiharkan harta sebelum rakyat mengundi; pengisytiharan hanya perlu dilakukan selepas seseorang dilantik ke Kabinet. Anda turut menyatakan bahawa anda pernah mengisytiharkan harta kepada SPRM sebagai menteri.
Tetapi jika ketelusan hanya datang selepas kuasa diberikan, bagaimana pengundi hendak menilai calon sebelum menyerahkan kuasa?
Jadi sebelum mengajar DSAI, PH atau rakyat mengenai prinsip, ketelusan & tadbir urus, jawablah rekod sendiri terlebih dahulu.
Ketika disingkirkan, anda bercakap tentang keadilan & pembaharuan. Selepas diterima kembali, nada anda berubah & sentimen Melayu-Islam kembali dijadikan modal politik. Pada pandangan saya, ini bukan keteguhan prinsip tetapi penyesuaian politik mengikut kedudukan.
Apakah yang sebenarnya berubah-fakta, prinsip atau peluang politik anda?
MESTINYA KAU CARI PENGGANTI DIRIKU SAJA
KERNA KITA SUDAH TAK SALING BICARA
PASTIKAN CERITA TENTANG KITA YANG TELAH LALU
HANYA ADA DALAM BACKUP CHAT GR*NDR MU
Salmonella in the eggs.
Flesh-eating screwworms in the meat.
Diarrhea lettuce.
Smoke in the air.
Forever chemicals in the soil.
Data center pollution in our water.
Handing Saudi Arabia nuclear technology.
A war over a strait that was already open.
$5 gas.
Expensive groceries.
Skyrocketing healthcare costs.
Crushing utility bills.
Are we great yet?
The FDA has announced that 1.6 million eggs have been contaminated with salmonella, forcing a nationwide recall.
Last year, the Trump administration scrapped regulations to limit salmonella and laid off hundreds of food safety inspection workers.
1. Saya mengambil maklum kenyataan dan serangan politik yang dibuat oleh beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) berhubung pelantikan 10 Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Johor.
2. Kerajaan menghormati hak semua pihak untuk mengemukakan pandangan, namun adalah penting agar perkara ini dilihat secara menyeluruh berdasarkan prinsip pentadbiran, keperluan semasa serta kedudukan undang-undang.
3. Ingin saya tegaskan bahawa, seperti yang dinasihatkan oleh Penasihat Undang-Undang negeri Johor, pelantikan 10 Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Johor dibuat dalam ruang kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri. Adalah penting difahami bahawa Timbalan EXCO bukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
4. Mereka tidak mempunyai kuasa membuat keputusan bagi pihak EXCO, tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan tidak mempunyai kuasa meluluskan dasar, kewangan atau apa-apa keputusan eksekutif. Semua kuasa membuat keputusan kekal berada sepenuhnya di bawah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagaimana yang diperuntukkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.
5. Justeru itu, pelantikan ini tidak mewujudkan sebarang kuasa eksekutif baharu, tidak memindahkan kuasa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan tidak mengubah struktur pentadbiran Kerajaan Negeri. Ia juga tidak mengubah mandat yang telah diberikan oleh rakyat melalui pilihan raya, sebaliknya merupakan satu mekanisme pentadbiran bagi memperkukuhkan pelaksanaan dasar dan penyampaian perkhidmatan kerajaan.
6. Lantikan ini bukan bertujuan menambah jawatan politik atau memperbesar birokrasi kerajaan. Sebaliknya, ia diwujudkan bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran supaya pelaksanaan dasar, pemantauan projek serta penyelesaian isu-isu rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, pantas dan berkesan.
7. Johor kini sedang memacu pelbagai agenda strategik termasuk Johor Economic Transformation Plan (JETP), Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), RTS Link serta pelbagai projek berimpak tinggi menjelang tahun 2030. Seiring dengan perkembangan ini, kapasiti pentadbiran juga perlu diperkukuhkan agar setiap dasar dapat diterjemahkan kepada tindakan dan hasil yang memberi manfaat kepada Bangsa Johor.
8. Pelantikan ini dibuat dengan mengambil kira kemampuan kewangan negeri dan hanya melibatkan implikasi kewangan yang minimum, dengan penggunaan aset serta kemudahan sedia ada Kerajaan Negeri. Tiada portfolio baharu diwujudkan dan tiada pertambahan struktur pentadbiran yang membebankan kewangan negeri.
9. Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk mentadbir secara telus, berhemah dan bertanggungjawab. Setiap keputusan yang dibuat berpaksikan kepentingan rakyat, keperluan semasa serta usaha memperkukuhkan keupayaan pentadbiran negeri.
Sekian.
Datoβ Onn Hafiz Ghazi
Menteri Besar Johor
Inilah balasan TPM Zahid, yg diberi pelepasan dan DNAA kepada PM Anwar.
Diberi susu, dibalas tuba. Tangguh keadilan, dibalas permainan politik.
Apa yg Anwar dapat, hasil dengan kompromi dengan BN yg gigit tangan PH?