Dalam taklimat khas semalam, saya tegaskan bahawa krisis tenaga global semakin parah dan pemulihannya dijangka mengambil masa panjang. Malaysia masih bertahan, namun hakikatnya situasi kini bukan lagi seperti biasa. It is no longer business as usual.
Kerajaan telah bertindak awal menerusi Inisiatif Sokongan Rakyat bagi menampan impak krisis dengan perbelanjaan mencecah RM4 bilion, memastikan harga RON95 kekal RM1.99 seliter dan subsidi diesel terus disalurkan kepada golongan yang layak.
Langkah tambahan turut diambil untuk menjamin bekalan tenaga dan mengawal penggunaan bahan api, termasuk pelaksanaan Bekerja dari Rumah (BDR) untuk sektor awam bermula 15 April.
Dalam saat mencabar ini, kita perlu menghadapinya dengan kebijaksanaan, disiplin dan tanggungjawab bersama. Insya-Allah, kita mampu mengharungi cabaran ini bersama.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Dalam satu majlis yang sarat makna, saya berkesempatan menyaksikan peluncuran karya penting Aqaid al-Nasafi bersama tokoh-tokoh ilmuwan terkemuka seperti Prof. Ungku Aziz, Prof. Bakar Hamid dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Ia menjadi satu penyuguhan khazanah pemikiran yang telah lama mendukung tradisi keilmuan Islam di Nusantara.
Karya ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah tamadun tidak hanya terletak pada pembangunan fizikal tetapi juga pada keutuhan akidah dan kedalaman wacana intelektualnya. Dalam suasana dunia yang kerap berantakan dengan kekeliruan nilai dan penyimpangan makna, usaha menghidupkan kembali teks-teks turath seperti ini adalah satu wahana penting ke arah pemerkasaan umat.
Justeru, saya mengajak kita semua untuk terus menyemarak budaya ilmu yakni dengan membaca, menggarap serta menafsir dengan hikmah agar legasi pemikiran ini tidak sekadar dikenang tetapi terus hidup dalam kehidupan seharian sebagai manusia. Walhasil, di situlah terletaknya kekuatan sebenar sebuah bangsa yang berteraskan tradisi ilmu dan keteguhan iman.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#MADANIbekerja
Konflik di Asia Barat yang berlarutan kini mula memberi kesan nyata kepada rantaian bekalan global, khususnya tenaga. Walaupun Malaysia masih bertahan berbanding negara lain, hakikatnya kita sedang berdepan satu fasa baharu yang amat mencabar.
Situasi ketika ini bukan lagi keadaan seperti biasa. It is no longer business as usual.
Kerajaan telah bertindak awal untuk memastikan bekalan tenaga terjamin, ekonomi kekal stabil, dan kebajikan rakyat terus dilindungi. Antara langkah yang dilaksanakan:
🧭 Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bersidang lebih kerap dengan penglibatan wakil industri, nelayan, petani dan sektor berkaitan bagi merangka tindakan susulan
💰 Pembatalan rumah terbuka Aidilfitri peringkat Persekutuan sebagai langkah penjimatan
⛽️ Penyelarasan kuota BUDI95 kepada 200 liter sebulan sebagai langkah sementara
🚫 Penguatkuasaan had pengisian diesel bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan
💻 Pelaksanaan dasar Bekerja dari Rumah (BDR) bermula 15 April bagi mengurangkan penggunaan bahan api
Dalam masa yang sama, Kerajaan telah bertindak menampan impak krisis tenaga global menerusi Inisiatif Sokongan Rakyat, dengan perbelanjaan mencecah RM4 bilion setakat ini. Hasilnya, rakyat terus menikmati harga RON95 pada RM1.99 seliter, manakala sektor perniagaan, nelayan dan golongan yang layak terus menerima subsidi diesel.
Usaha juga sedang dipergiat untuk mempelbagaikan sumber bekalan tenaga negara bagi menjamin kesinambungan bekalan dalam jangka panjang.
Namun di saat negara berhempas pulas berdepan krisis, ada pihak yang menyebarkan berita palsu untuk mencetuskan kekeliruan, semata-mata meraih keuntungan politik murahan dan kelangsungan politik sempit. Tindakan ini adalah pengkhianatan kepada negara.
Dalam saat mencabar ini, negara memerlukan kebijaksanaan, disiplin dan rasa tanggungjawab bersama. Insya-Allah, usaha berterusan ini akan memastikan kestabilan ekonomi, jaminan bekalan tenaga dan kebajikan rakyat terus terpelihara.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Insya-Allah, saya akan menggariskan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, dengan pendekatan yang tegas, terancang dan berpaksikan kepentingan rakyat serta ketahanan negara.
Nantikan jam 6.30 petang ini.
#MalaysiaMADANI
I welcome Pakistan’s timely and constructive offer to host dialogue between the United States and Iran. I commend Prime Minister Shehbaz Sharif and the leaders of other friendly nations for stepping forward at a moment of acute regional danger, following the earlier commendable efforts of the leadership of Oman and other friendly countries. Pakistan’s relationships with the relevant parties, and its standing as a credible voice in the Muslim world, place it in a strong position to help create the conditions for meaningful negotiations.
Malaysia supports this initiative and encourages in particular the United States and Iran to respond in the spirit in which it was offered. I note with cautious hope the signals, however incomplete, that suggest some space for diplomacy may still exist. That space should be treated with the seriousness it deserves.
Any negotiation must proceed on the basis of genuine intent: a clear commitment to ending the conflict, not managing its tempo for tactical advantage. The international community has seen too many ceasefires that function as pauses rather than conclusions. The region deserves something more durable.
Malaysia reaffirms Iran’s right to defend its sovereignty, as recognised under international law, particularly in the face of continued Israeli strikes in the country and in Lebanon. At the same time, we call on all parties to exercise maximum restraint and to ensure that civilian populations and the infrastructure of neighbouring states, namely the Gulf states, are not drawn further into a conflict they did not choose. The Gulf states, the region and the world have much at stake — economically, socially and in terms of long-term stability — and their peoples must not bear the consequences of decisions taken elsewhere.
It is also a matter of concern that some of the strongest advocates of the rules-based international order appear to apply it unevenly. International law cannot be invoked selectively. It cannot shield one party from accountability while denying another its inherent right to self-defence. Its credibility depends on consistency.
In recent days, I have held discussions with leaders of the Gulf Cooperation Council, Türkiye, Egypt, Indonesia, Japan, Pakistan and other partners to better understand the situation and to advocate for de-escalation. Malaysia will continue to support every credible effort towards a just and lasting peace. Thank you.
ANWAR IBRAHIM
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Min al-‘aidin wal faizin daripada saya serta seluruh warga Pejabat Perdana Menteri. (3/3)
#MalaysiaMADANI#YakinMADANI
Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi ruang untuk kita memperkukuh kebersamaan, menghargai peranan setiap anggota pasukan, serta terus memupuk dedikasi dan komitmen dalam melaksanakan amanah kepada rakyat dan negara.
(1/3)
Dalam kesatuan ini, kita memperteguh iltizam untuk berkhidmat dengan lebih tekun, berintegriti dan berjiwa besar sebagai cerminan semangat kekeluargaan serta kekuatan sebuah pasukan yang sentiasa bergerak seiring.
(2/3)
Menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sambil menyembah maklum perkembangan hal ehwal semasa negara.
Dalam pertemuan tersebut, saya turut mempersembahkan perkara-perkara berkaitan urusan pentadbiran Kerajaan serta ikhtiar berterusan bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.
Semoga negara tercinta ini terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan.
Foto: RPO
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
Hari ini di Wangsa Maju, saya berkesempatan bertemu penduduk setempat, mendengar suara rakyat, dan bersama-sama menunaikan solat Jumaat. Insya-Allah, amanah ini terus dipikul dengan penuh tanggungjawab.
Salah satu peristiwa agung dalam perjalanan Israk dan Mikraj Baginda Rasulullah SAW adalah penerimaan langsung perintah solat lima waktu sebagai satu ibadah yang penting dalam kehidupan seorang Muslim. Dimensi solat bukan sekadar ibadah rutin biasa, namun sarat dengan makna dan dampak bukan sahaja kepada diri namun kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Syeikh Daud Al Fatani dalam kitab klasik Munyatul Musolli telah membahaskan soal tatacara solat namun turut menyentuh perihal siyasah dan tatakelola yang baik. Dalam bab “Tatmim al-Fa’idah”, Syeikh Daud menyentuh mengenai ibadah solat namun jauh daripada itu mengaitkan dengan prinsip keadilan.
Keadilan adalah tentang keseimbangan dan wujud secara beriringan dengan fenomena convivencia global, iaitu keadaan di mana masyarakat sejagat hidup bersama dalam budaya damai.
Menjadi kewajiban sama ada Muslim atau bukan Muslim, bagi berusaha ke arah mencapai matlamat bersama kemanusiaan, agar keadilan dijajarkan pada tempat yang sepatutnya.
Kita mesti mulakannya dengan hidup bersama-sama secara rukun dan damai serta menolak prasangka, stereotaip palsu dan momokan musuh-musuh yang direkayasa untuk menghancurkan keharmonian hidup kita. Pada masa yang sama mesti tetap tawaduk dan rendah hati, kerana kita mungkin tidak mempunyai jawapan yang tepat.
Bahkan jika kita mendapat jawapan sekalipun, kita tidak boleh terlalu gopoh dan tergesa-gesa menanggapinya sebagai penyelesaian yang tuntas.
ANWAR IBRAHIM
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Seperti yang telah saya janjikan, bermula hari ini, seramai 3.1 juta individu bujang akan menerima manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan secara terus ke dalam MyKad masing-masing.
Langkah penambahbaikan SARA ini digubal dengan penuh iltizam bagi memastikan rakyat dapat memenuhi keperluan asas secara lebih tersusun, lebih bersasar dan lebih berterusan, sejajar dengan tekad Kerajaan MADANI untuk meringankan beban kos sara hidup yang sedang dihadapi rakyat.
Lebih daripada sekadar bantuan tunai, inisiatif ini turut memberi nafas baharu kepada ekonomi tempatan. Penyertaan kedai-kedai kecil dalam rangkaian SARA diperluaskan kepada 10,000 premis di seluruh negara, agar kekayaan negara tidak berlegar di pusat semata-mata, tetapi mengalir kembali kepada peniaga kecil di bandar, di pekan dan di desa.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus memastikan tiada rakyat yang tercicir, tiada yang terpinggir, dalam usaha memenuhi keperluan asas kehidupan mereka.
Inilah semangat MADANI yakni kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, melangkah bersama membina masa depan negara berteraskan keadilan, kemakmuran dan kesejahteraan untuk semua, selaras dengan aspirasi Kerangka Ekonomi MADANI.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#EkonomiMADANI
Dalam perjalanan ke lokasi makan tengah hari, saya sempat menyantuni anak-anak dari Sekolah Menengah Kebangsaan Zon R1 Wangsa Maju.
Dalam kesempatan tersebut, saya turut bertanya mengenai minggu pertama persekolahan mereka, selain menitipkan pesan agar terus menuntut ilmu dengan tekun, memelihara disiplin serta menjadikan adab dan akhlak sebagai teras pembentukan diri.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Sebelum solat Jumaat hari ini, saya singgah makan tengah hari di Restoran Salai-Salai Sri Rampai bersama warga Wangsa Maju. Kesempatan ringkas ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan dan mendengar secara terus pelbagai hal yang dekat dengan kehidupan seharian rakyat.
Setelah itu, saya menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah bin Zaid. Khutbah menekankan tentang peranan serta makna besar dari kembara agung Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa Israk Mikraj yang mengingatkan tentang kepentingan solat sebagai tiang agama, disiplin dalam kehidupan serta tanggungjawab kepimpinan yang berpaksikan amanah dan keadilan.
Mudah-mudahan setiap langkah kita dipandu nilai ihsan dan amanah demi Malaysia yang lebih sejahtera.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Alhamdulillah, Anggaran Awalan menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia bagi Suku Keempat (S4) 2025 melonjak 5.7%, sekali gus membawa pertumbuhan tahun penuh 2025 kepada sekitar 4.9% — mengatasi ambang unjuran rasmi Kerajaan antara 4% hingga 4.8%.
Meski Malaysia turut merasakan bahang tarif timbal balik pada tahun lalu, reformasi ekonomi di bawah Kerajaan MADANI memastikan kesannya tidak membebankan rakyat terbanyak. Subsidi terus disasarkan kepada golongan yang memerlukan, menjadi tongkah yang memelihara kuasa beli rakyat jelata.
Hubungan diplomatik yang diperkukuh dengan pelbagai negara turut menambah keyakinan untuk merancakkan pelaburan langsung asing serta perdagangan dengan Malaysia.
Insya-Allah, kerangka Ekonomi MADANI akan terus menjadi pedoman dalam memperhebat iltizam pembaharuan ke arah ekonomi yang lebih adil, berdaya tahan, dan lestari.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#EkonomiMADANI
Insya-Allah di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri pagi ini, saya akan menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 yang menggariskan hala tuju, inisiatif dan beberapa pengumuman penting untuk digerakkan sepanjang tahun ini.
#MalaysiaMADANI#RancakkanMADANI#MADANIbekerja
#JenteraMADANI
Malaysia memikul amanah Kepengerusian ASEAN 2025 pada saat dunia berdepan keresahan dan ketidaktentuan. Dalam suasana itu, ASEAN memilih untuk terus berpaut pada semangat kebersamaan, dialog dan saling menghormati.
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dan Ke-47 menjadi ruang untuk menyatukan pandangan dan merapatkan jurang. Tahun ini turut mencatat detik bersejarah apabila Timor-Leste diterima sebagai keluarga baharu ASEAN.
Setulus penghargaan dirakamkan kepada seluruh sahabat ASEAN serta pimpinan dunia yang hadir dengan kebijaksanaan dan keikhlasan demi kestabilan serta masa depan bersama rantau ini.
Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan dan layanan mesra yang dihulurkan kepada para tetamu sepanjang tahun ini. Kepengerusian ini mengangkat Malaysia sebagai rakan yang diyakini dalam usaha mengekalkan keamanan, kestabilan dan harapan di rantau ini.
Semoga ia berkekalan, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#ASEAN2025
Alhamdulillah, saya telah mengumumkan senarai saf kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan MADANI.
Saya menzahirkan harapan agar kesemua yang diberikan amanah ini dapat bekerja dengan penuh iltizam dan tanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta kepentingan negara sentiasa menjadi keutamaan.
Penghargaan dan ucapan terima kasih juga saya rakamkan kepada barisan pimpinan yang telah bersama dalam Kabinet MADANI sebelum ini atas khidmat bakti, sumbangan serta komitmen mereka dalam menjayakan agenda reformasi dan pembangunan negara.
#MalaysiaMADANI
#KabinetMADANI
#JenteraMADANI
#MADANIbekerja
Selamat berjuang kepada kontinjen negara di temasya Sukan SEA Thailand, yang secara rasmi bermula hari ini.
Beraksilah dengan fokus, tenang dan penuh keyakinan. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi setiap langkah kalian.
🇲🇾✊🥇
#MalaysiaMADANI#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#SEAGames2025
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Pengerusi Barisan Nasional Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan dan ADUN Lamag, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.
Sebagai seorang sahabat lama, saya mengenang Allahyarham sebagai tokoh yang tegas, berpendirian dan lantang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.
Jasa serta komitmen beliau dalam arena politik, khususnya terhadap rakyat Sabah dan negara, akan terus dihargai dan terpahat dalam ingatan.
Saya mendoakan agar keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan menghadapi ujian ini, dan semoga roh Allahyarham diampunkan segala dosanya serta ditempatkan pada kedudukan yang istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah.
Al-Fatihah.