RM1.2 bilion sejak 2013 untuk SPRM, 14 Mahkamah Sesyen Khas dan 4 Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah ditubuhkan.
#DahulukanRakyat
https://t.co/RLSR4jrtGi
Jumpa masyarakat Orang Asli Pekan tadi, sukacita saya umumkan:
- RM61.5 juta utk baik pulih bekalan air Perkampungan Orang Asli seluruh Pahang
- RM300k melalui TNB utk baik pulih 100 rumah di Pekan
- RM100k drpd Feilo Sylvania utk pasang 3,000 unit lampu LED di 15 sekolah Pekan
.@BNM_official menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi kita bagi 2018 kepada 5.5-6.0 peratus daripada 5.0-5.5, dan kadar inflasi keseluruhan dijangka pada purata antara 2.0-3.0 peratus berbanding 3.0-3.5. Insya-Allah, ekonomi kita akan terus berkembang pada tahap membanggakan
RM1.04 bilion untuk pusat kanser, bayaran perkhidmatan kesihatan di Hospital dan Klinik Kerajaan serendah RM1. Kos perkhidmatan kesihatan di Malaysia antara terendah di dunia!
https://t.co/OpehvwuVPs
Di Melaka, sukacita saya umumkan kelulusan Projek Rancangan Tebatan Banjir
- Bandar Jasin RM60 juta
- Bandar Merlimau RM36 juta
- Sg Duyung RM164 juta
- Alor Gajah Fasa 1 RM30 juta
Kita juga akan tambah lampu jalan kampung di 194 kampung, memanfaatkan 58,200 penduduk
Jalan Telipok-Kiulu-Randagong ini dicadang dalam RMK7 tahun 1986-1990, pemimpin zaman itu janji tapi tak tunaikan.
Hari ini, di bawah kepimpinan saya, Sabah takkan diabaikan. Suka saya kongsi bahawa projek jalan ini sudah 65 peratus siap, 20 peratus lebih laju daripada jadual!
RM32.19 bilion diperuntukkan untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo memanfaatkan lebih 6 juta penduduk Sabah dan Sarawak, selain RM6.4 bilion juga diperuntukkan untuk Projek Lebuhraya Pantai Barat yang menghubungkan Banting dan Taiping
https://t.co/URSnpELd7B
Di Felda Lepar Hilir, saya umum
-RM4j bina Masjid Felda Lepar Hilir
-RM2j lampu jln Felda Bukit Sagu
-RM4j pembesaran jln masuk Felda Hilir Lepar1
-Lampu jln ke Felda Panching
-RM2.8j insentif Khas Sifar Hutang utk 567 peneroka
-RM1.81j utk 362 peneroka yg kembali ke Felda
Saya kongsi foto bersama sebahagian anggota keselamatan saya yang dalam apa jua keadaan, terik mahupun hujan, sentiasa sedia menjalankan tugas. Saya amat hargai pengorbanan. Buat mereka dan semua anggota polis di Malaysia, Selamat #HariPolis
Bagi kehidupan bandar, Kerajaan menyediakan Keretapi Elektrik ETS yang lebih efisien dan menjimatkan masa, selain peruntukan RM353.9 juta untuk menyediakan 99 taman sekitar kawasan kejiranan buat kemudahan dan rekreasi penduduk bandar.
https://t.co/Lq4bTvfIQ7
Sempena Hari Polis ke-211, sukacita saya umumkan buat wira dan wirawati negara:
- dana khas RM1.5 bilion bagi skim pelaburan ASB i-KOP buat ahli Koperasi PDRM
- RM15 juta untuk baiki PULAPOL Kuala Lumpur
- 10,000 unit PPA1M-PDRM
Di Tanjung Dawai, sukacita saya umumkan:
- RM147 juta naik taraf projek loji air Bkt Selambau
- RM50 juta bina loji simpanan air Sg Merbok
- RM19 juta baik pulih menara tangki air & ganti paip usang di Merbok dan Tanjung Dawai
- RM6 juta naik taraf Kompleks LKIM Tanjung Dawai
Singgah rumah En Yusri dan keluarga di Perumahan Nelayan Muafakat Kedah, Tanjung Dawai. Terharu bila mereka kongsi cerita tak pernah terbayang akan dapat rumah sebegini.
Alhamdulillah, inilah yang Kerajaan Barisan Nasional telah dan akan terus perjuangkan! #DahulukanRakyat
Alhamdulillah, pagi ini bersarapan bersama para pelajar tahfiz di Tanjung Kapur. Pendidikan agama memang dekat di hati saya, sebab itu saya perkenalkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara dan tambahkan peruntukan. Pendidikan agama di Malaysia akan terus dimartabatkan!
Mengiringi YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak ke Majlis Perjumpaan Bersama Tokoh Agama Negeri Kedah dan menyampaikan beberapa sumbangan dan bantuan kepada pondok2 yg lain bertempat di Madrasah Al Ulum Addiniah Al Othmaniah, Tanjung Kapor, Jitra