Tak kira berapa banyak laporan polis dibuat, aku bersedia untuk berdepan dengan apa2 siasatan atau dakwaan, dan sedia pertahankan hak aku untuk bersuara.
Kita rakyat bukan hamba. Aku tak akan tarik balik atau padamkan tweet tu.
Kuasa tak perlu disembah. Kuasa wajib dipersoal.
Ziarah ke Musalla Teduhan Doa, rumah Dato' Mufti Perlis Dr. MAZA.
Kami sudah berkenalan lama, sebab Dr. MAZA asalnya orang Bukit Mertajam kat Kg Mengkuang. Banyak ilmu saya belajar daripada beliau. Walaupun sudah lama tak berjumpa sebab kesibukan kerja, saya bagitau Dr. MAZA saya mengikuti kuliah dan syarahan beliau melalui TikTok.
Hari ini saya dan rakan-rakan mendengar pandangan Dr. Maza tentang falsafah berkerajaan, mustahaknya untuk memastikan maslahat bagi semua lapisan masyarakat agar rakyat mempunyai keyakinan terhadap institusi negara.
Sebenarnya itu juga sebabnya PMX bertegas untuk @mykesuma menjayakan RUU Pekerja Gig - agar jangan ada pekerja yang ditindas. Tiada rakyat Malaysia yang terlalu kecil dan kerdil sehingga mereka boleh diperbuat sewang-wenangnya.
Dalam borak-borak kami, ada juga cerita-cerita menarik yang lebih bersifat peribadi, jadi saya tak kongsi kat sinilah. 😂
Tq Dato Mufti.
Jalan teruih!
Raise your hand if you think Donald Trump does NOT belong in the White House! 🖐️
I want everyone to follow you! 💙🌊
Drop a 💙
Repost 🔄
You will get MORE FOLLOWERS 💯
Spain’s MEP, Irene Montero:
“They say Iran has nuclear weapons — sounds like what they said about Iraq.”
“But it is Israel that has nuclear weapons.”
“The U.S. is the only country to ever drop a nuclear bomb.”
“Today, Israel and the U.S. are the greatest threat to humanity.”
Netanyahu is not the President of the United States.
He should not be determining U.S. foreign and military policy.
If the people of Israel support his decision to start a war with Iran, that is their business and their war.
The United States must not be a part of it.
One of the most remarkable scientific miracles in the Qur'an is its reference to the expanding universe—something only confirmed by modern science in the 20th century. In Surah adh-Dhāriyāt (51:47), Allah says: "وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ" — "And the heaven We constructed with strength, and indeed, We are [its] expander." The Arabic word مُوسِعُونَ (mūsiʿūn) denotes continuous expansion, a concept that aligns perfectly with the discovery made by astronomer Edwin Hubble in 1929, when he observed that galaxies are moving away from each other, confirming that the universe is expanding. This groundbreaking scientific insight became the basis for the Big Bang Theory, yet the Qur'an had already pointed to it over 1400 years ago, at a time when such knowledge was beyond human reach. For believers, this is not mere coincidence—it is a clear sign (āyah) of the divine origin of the Qur'an, demonstrating that it is a book of profound truth, offering guidance through both revealed knowledge and reflective signs in the natural world.
𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢
𝟮𝟴 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗣𝗘𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜
Saya telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada YAB Perdana Menteri. 𝗣𝗲𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝟭𝟳 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.
Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.
Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuh kepada saya sepanjang saya di sini. Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan.
Saya yakin program-program untuk membaiki struktur ekonomi negara yang telah dipelopori oleh Kementerian Ekonomi akan terus dilaksanakan dengan jaya oleh penjawat-penjawat awam.
Amanah terakhir saya sebagai Menteri Ekonomi telah disempurnakan dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamadkan dan menunggu untuk dibentangkan di Parlimen dalam sidang yang seterusnya.
RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan yang lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada di dalam Jemaah Menteri.
Akhir sekali, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia, penjawat awam, pihak swasta, pihak media dan semua pemegang taruh yang pernah berurusan sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi.
Perjalanan kita untuk merubah struktur ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan mencapai status negara berpendapatan tinggi adalah masih jauh. Oleh itu, kita wajar terus mengambil keputusan yang baik untuk jangka panjang, walaupun keputusan itu sukar dan berliku, demi generasi masa hadapan.
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
28 Mei 2025
🇾🇪⚔️🇮🇱 BREAKING:
Brig. Gen. Yahya Saree appears swiftly:
♦️ “We struck Ben Gurion Airport with a hypersonic missile.”
♦️ “The airport is now closed — we warn airlines against operating there.”
♦️ “We will continue supporting the Palestinians, regardless of the consequences.”
My 2 sen: KPM's rules actually help students. No stage = less pressure. No name-dropping or 11A+ flex = less toxic comparison. Every student gets acknowledged, not just the top ones. It's not anti-celebration, it's pro-empathy. Let kids win quietly.
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud dengan beberapa kemuliaan dan kebesarannya,
Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik pohon diampun,
Patik dengan rasa kesyukuran merafak sembah dan menjunjung kasih di atas limpah perkenan tuanku di atas pengurniaan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (S.S.N.S) kepada patik sempena Hari Keputeraan Ke-77 DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
Patik amat menghargai kurniaan ini dan berikrar akan berpegang kepada amanah dan tekad untuk terus berbakti kepada rakyat dan negara.
Akhir kalam, patik mendoakan agar DYMM Tuanku berdua serta kerabat sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT, dikurniakan afiah yang berkekalan dan keberkatan yang berpanjangan.
Menjunjung kasih tuanku,
Rafizi Ramli
Menteri Ekonomi
Beribu-ribu tahniah Koperal Azhar bergelar siswazah.
Dari dulu tak dapat nak masuk uni sebab kekangan kewangan, kerja keras tiap-tiap hari sambil ambil kursus kat UUM, sekarang dia sudah grad ijazah sarjana muda.
Koperal Azhar polis pengiring saya. Saya berasa amat bangga sekali. Jalan teruih!