Kes ini kalau betul macam yang dilaporkan, memang boleh jadi skandal besar - melibatkan Kementerian Pengangkutan, parti PKR dan mungkin juga persoalan jenayah rasuah.
The Edge lapor Kementerian Pengangkutan sendiri sahkan Zetrix AI masih berhutang lebih RM200 juta kepada kerajaan.
Duit itu pula bukan duit Zetrix. Itu kutipan daripada orang ramai untuk urusan macam cukai jalan, lesen memandu dan saman trafik.
Dan paling pelik, menurut laporan itu, kutipan tersebut dikatakan tidak diserahkan kepada JPJ sejak kontrak bermula pada Mei 2023.
Hello?
Kalau betul dah hampir tiga tahun kutip duit kerajaan tapi tak serah, soalan dia bukan sekadar:
โBila Zetrix nak bayar?โ
Soalan lebih besar ialah:
Macam mana benda macam ini boleh dibiarkan sampai bertahun-tahun?
Apa jenis tatakelola Kementerian Pengangkutan macam ini?
Syarikat swasta diberi kontrak untuk kutip duit awam, tapi duit tak masuk kerajaan?
Kalau kontrak macam ini memang boleh, saya pun mahu satu.
Lagi menarik, Zetrix AI juga syarikat yang membangunkan https://t.co/hHaPjlqXPk - avatar AI Perdana Menteri yang dikatakan merupakan inisiatif PKR.
Tapi sampai sekarang, terma antara PKR dengan Zetrix tak pernah didedahkan. Siapa bayar? Bayar berapa? Berapa sebenarnya nilai kerja membangunkan PMX AI? Adakah PKR bayar harga pasaran?
Atau Zetrix buat percuma? Atau bagi harga special murah gila?
Kalau memang percuma atau jauh bawah harga pasaran, apa asas komersialnya?
Ini bukan soalan kecil sebab syarikat yang sama juga mempunyai urusan bernilai besar dengan kerajaan.
Dan di sinilah satu lagi persoalan timbul.
Bekas COO Tabung Haji baru-baru ini didakwa kerana didakwa menerima manfaat berupa kos pengubahsuaian rumah daripada kontraktor yang mempunyai urusan berkaitan jawatannya di Tabung Haji.
Pertuduhan itu dibuat bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan - berkaitan penjawat awam menerima benda berharga, perkhidmatan atau manfaat tanpa balasan yang setimpal daripada pihak yang mempunyai urusan dengannya.
Jadi kalau sebuah syarikat yang ada kontrak dan urusan besar dengan kerajaan turut memberikan perkhidmatan bernilai kepada parti pemerintah atau kepada mana-mana pemimpin yang memegang jawatan awam, bukankah kita patut tahu hubungan itu bukan satu kesalahan bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan
Senang cerita, jangan cakap pasal tatakelola kalau benda asas macam ini pun rakyat tak boleh tahu.
https://t.co/YLRBq76oqJ
@samkaruppiah@EkonomiRakyatMY Bang, ada ok ke bang? Kalau dia naikkan cukai tanah rumah kos rendah tu patutlah marah. Ni yg kena billionaire. Patut abang happy. Tanah dia besar mana pulak. Kita nak tax the rich. Takkan yg kaya terus makin kaya, tax dioramg lah. Duit tax tulah buat program rakyat biasa.
@realSyafiqHamid@AsyikinMusa Undang rembau tu sebelum ni tak pernah disahkan, jadi pelantikan waris sedi raja tak jadi sebelum ni. Betullah balik ke sedia raja.
Nak tau ganas tak ganas kes 1MDB kena tanya anak jati Pendang ini.
32 tahun kerja SPRM, pengalaman siasat 1MDB paling dia tak boleh lupa -
"Saya hampir mati sebab kes ini."
Masa DS Shukri dapat task ini, peluru hidup dihantar ke rumah dia.
Tapi ini biasa. Yg buat dia pelik ialah -
Semua saksi yg SPRM nak panggil akan diganggu oleh individu tak dikenali.
Depa tau mana?
Yg buat dia tambah pelik lagi - saksiยฒ SPRM tu dalam masa sama akan kena panggil oleh pihak berkuasa atau pasukan beruniform lain.
Dah kenapa?
2x juga dia didatangi oleh seorg MP dari Utara offer dia -
"Habaq mai you nak apa?"
Satu hari dia nak pergi USA, tapi dia buatยฒ macam nak pergi Arab Saudi, tapi bocor juga destinasi dia.
Di USA dia kena ekori. Dia terpaksa lari guna train supaya kalau kena culik banyak mata jadi saksi.
Sampai New York dia minta bantuan NYPD. Berminggu-minggu dapat perlindungan.
Masa menyorok di USA ini dia menangis.
Bukan sebab dia kena ekori, tapi sebab pegawai dia di Malaysia kena transfer, kena ugut dgn org atasan, yg kena tahan pun ada.
Ini yg mengesankan dia, lalu dia mohon bersara awal pada Julai 2016.
The rest is history.