Cringe betul tengok podcast abang tesla kat youtube caprice. Banyak point red flag.
1. Dah kawin baru dia dapat rasa balik nikmat BERCINTA. Sebab? Dia kawan dengan 1st wife dari sekolah. Dah 8 tahun kenal, bila kawin spark tu dah hilang.
Hari ini jurunikah adik ipar sound tegak kepada pengantin dan yang hadir.
Berkahwinlah kamu tanpa perlu tunggu kaya. Kahwin ini akan menjadikan rezeki kamu lebih luas.
Masyarakat sekarang ramai yang beria kena tunggu banyak duit. Baru nak nikah. Tapi dalam masa sama menggedik bercouple sampai bertahun. Tak betul begitu.
Cuma…!
Fokus kepada tanggungjawab dan jaga maruah keluarga sebaiknya.
Paling penting taat kepada agama.
[Grab cancelled order]
Aku dgn adik beradik aku skrg ni kat tanah perkuburan Abah. Kami gotong royong kat sini. Kami haus so aku order byk air. Aku pin location “Tanah Perkuburan Islam” - dua kali kena cancelled 🤣🤣🤣. Ape benda? Aku rasa rider dia tak berani hantar kot?
Siapa tengah planning nak kahwin WAJIB tengok episod ni!! Kami sembang pasal COSTING dan mak I… Shocked giler ya sebab bunga alone je pun dah beribu ribu!! Might as well kahwin kat hutan !!!
Bila dah masuk alam pekerjaan ni, baru lah faham why some people don't have time to read or reply their message & whatsapp. working all day is so tiring. sometime's masa untuk diri sendiri pun takda
Mak aku pesan, find yourself a woman who takes care of what u eat.
Bukan perempuan yg asek tanya nak makan apa kat mana pastu bila bagi cadangan semua tak kena.
That's how u find peace.
Suami maafkan isteri selepas ditangkap basah bersama lelaki lain kerana masih cinta......
Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan sepasang lelaki dan wanita ditangkap basah oleh sekumpulan orang lelaki termasuk suami wanita tersebut.
Ketua Polis Tanjabbar menjelaskan, tiada sebarang tangkapan daripada insiden itu kerana suami wanita tersebut enggan membuat laporan polis kerana masih cintakan isterinya.
Kes tersebut berakhir dengan bermaaf-maafan dan dianggap selesai.
Lelaki meninggal dunia sewaktu solat asar di masjid
PETALING JAYA – Seorang lelaki meninggal dunia sewaktu menunaikan solat asar berjemaah di sebuah masjid di Temerloh, Pahang dalam kejadian dipercayai pada 19 Ogos lalu.
Rakaman kejadian menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik di media sosial TikTok oleh seorang pengguna Mohammed Lotfi Osman.
Berdasarkan video tersebut, jemaah yang sedang solat ketika itu duduk di antara dua sujud serta diteruskan dengan sujud dan tahiyat akhir.
Lelaki itu pula kelihatan seolah-olah sedang menahan kesakitan dan selesai solat tersebut, beberapa jemaah datang membantunya selepas menyedari kejadian itu.
“Pemergian yang dicemburui. Dijemput pencipta ketika sedang solat asar. Sama-sama kita hadiahkan al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh-roh orang beriman dan beramal soleh,” kata Mohammed Lotfi pada video itu.
Sementara itu, video tersebut mendapat maklum balas pelbagai daripada orang ramai termasuk seorang pengguna TikTok menggunakan akaun Ibrahim Rapie dipercayai adik kepada lelaki itu.
“Arwah adalah kekanda kami yang menetap di Kampung Paya Luas, Temerloh berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang. Terima kasih kepada semua yang menyantuni arwah dengan baik,” katanya.
“Al-Fatihah untuk abang sepupu saya. Rahman namanya dekat Temerloh, Pahang,” komen Mat Apit 07.
“Ayah kawan saya. Subhanallah, Allah jemput dalam rumah-Nya,” kata F@qir Kosong.
“Jiran lama kami dah mcm adik-beradik dengan mak abah. Al-Fatihah untuk Pakcik Man. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman soleh,” komen stmrmab. – KOSMO! ONLINE
Oleh KOSMO!
24 Ogos 2023, 9:30 am