๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ ๐จ๐ ๐๐ก ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐ ๐๐๐๐๐
Pada 15 Ogos ini, BERSAMA akan memperkenalkan calon-calon yang akan membawa cabaran BERSAMA dalam PRN Melaka.
Pengumuman calon akan diadakan pada sebelah malam, bermula jam 8 malam. Pada sebelah pagi pula, kita akan bersama-sama menjayakan Kenduri BERSAMA dengan orang Melaka.
Calon-calon yang akan diumumkan datang daripada pelbagai latar belakang. Seperti yang kita usahakan sebelum ini, sasaran kami adalah untuk terus membawa barisan yang segar, berpengalaman dalam bidang masing-masing dan terdiri daripada orang biasa yang menjalani kehidupan seperti orang biasa.
BERSAMA terus bertekad untuk tidak terperangkap dalam polemik kuasa antara parti-parti politik sedia ada.
Kami mahu memberikan pilihan kepada orang Melaka supaya akhirnya, politik kembali kepada perkara yang paling penting: bagaimana kita boleh menjadikan kehidupan rakyat lebih baik.
Calon-calon BERSAMA di Melaka mungkin bukan nama besar. Ada yang tidak pernah memegang jawatan politik atau berdiri di pentas ceramah.
Tetapi mereka membawa pengalaman kehidupan sebenar dan suara yang boleh mewakili rakyat Melaka.
Pada malam yang sama, kami juga akan mengumumkan jumlah kerusi yang akan ditandingi, kerusi-kerusi yang dipilih serta memperkenalkan calon-calon BERSAMA lebih awal kepada rakyat Melaka.
Bagi pihak BERSAMA, saya ingin menjemput orang ramai untuk hadir ke majlis pengumuman ini seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 8 - 11 malam
Tempat: Tapak Parkir di hadapan 906 Premier Hotel
Seperti biasa, saya mohon orang ramai untuk mendaftarkan kehadiran bagi memudahkan urusan logistik:
https://t.co/QHku6xsJa0
Kami mungkin tidak mempunyai semua kelebihan yang dimiliki oleh parti-parti yang sudah puluhan tahun berada dalam politik.
Tetapi kalau rakyat mahukan politik yang berbeza, seseorang perlu berani memulakannya.
๐จ DONโT FORGET THE NAME: NOAH AJAYI. ๐ด
17 years old and his 1v1 dribbling is ridiculous. Carrington has produced talents, but this boy feels like a DISCOVERY. Premier League defenders are NOT ready. ๐๐ฅ Remember his name. ๐ด #MUFC
TERKINI
Hari ini berlangsung pengebumian serentak terbesar dalam sejarah Gaza
Apabila 112 orang Keluarga Abu Hassouna dan Abu Sharia terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza. Junlah yang hilang keseluruhan ialah 308 orang dan dipercayai baki jenazah hancur berkecai
Pasukan Pertahanan Awam Gaza melaksanakan operasi mencari jenazah mereka dari 14 Julai sampai 1 Ogos 2026
Ketua DAP dah kalah pilihan raya.
Ketua PKR dan ketua Amanah sasaran seterusnya.
Kita kasi hancurkan PH seranap-ranapnya.
Aku tak pernah suka BN & PN tapi aku dipaksa utk lihat PH hancur.
Aku tak nak PH hancur tapi lepas apa yg jadi dlm pemilihan PKR 2025, aku tiada pilihan.
Keputusan PRN Johor & Nismilan sudah aku bayangkan pada saat itu dan bayangan itu mmg tepat. PH ghuyup.
Siapa yg ghuyupkan PH? Anwar Ibrahim la siapa lagi.
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฏ๐ญ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐:
๐ญ๐ฌ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐๐จ, ๐ฑ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐ก ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ข
Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji telah mengembalikan perhatian orang ramai kepada pelbagai isu yang berlaku di Tabung Haji sejak 2014 lagi.
Kes Tabung Haji adalah sesuatu yang peribadi kepada saya kerana saya adalah ahli politik yang pertama yang mendedahkan kedudukan rizab Tabung Haji yang negatif bermula dari tahun kewangan 2015.
Saya bawa perkara ini ke parlimen seawal Mac 2016, diikuti dengan 34 pendedahan lain di antara 2016 ke 2018 mengenai salah laku, pelaburan yang lesap dan keterlibatan Tabung Haji dalam skandal 1MDB sepanjang pentadbiran Datoโ Seri Najib Razak dahulu.
Saya telah ditangkap, didakwa dan hampir dipenjarakan. Selama sedekad saya menjadi bahan fitnah kononnya saya menghasut orang Islam untuk memusnahkan Tabung Haji.
Hasil dari pendedahan-pendedahan ini juga telah menjadi modal politik kepada PKR dan Pakatan Harapan selama sedekad.
Malah, isu laporan RCI Tabung Haji kali ini pun timbul akibat dari ucapan-ucapan saya di PRN Johor sebulan lalu yang mengkritik kompromi politik Datoโ Seri Anwar Ibrahim dengan UMNO, sehingga laporan RCI itu diperam selama lebih tiga tahun.
Apa pun, saya bersyukur laporan ini telah didedahkan untuk memberi peluang kepada orang ramai membaca dan menilai sendiri, selain dari membersihkan nama saya dari fitnah lawan politik terhadap saya mengenai Tabung Haji.
Laporan yang panjang itu mengesahkan 5 perkara pokok:
i.Pelbagai transaksi yang mencurigakan dan yang menyembunyikan maklumat telah berlaku sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit;
ii.Rizab Tabung Haji telah menjadi negatif sejak dari tahun kewangan 2015 dan memuncak dalam tahun kewangan 2017, sehingga memaksa kerajaan PH ketika itu di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad meluluskan satu โbail-outโ bernilai RM19.9 bilion (nilai akhir sekitar RM27.8 bilion pada tarikh matang pada keuntungan 4.05% ke 4.10% setahun);
iii.Hibah (atau keuntungan) tetap diagihkan kepada pendeposit antara tahun 2014 hingga 2017 walaupun rizab Tabung Haji telah menjadi negatif demi populariti politik UMNO/BN, yang menjadikan Tabung Haji beroperasi sebagai skim cepat kaya (menggunakan simpanan pendeposit baru untuk dipusing modal membayar dividen kepada pendeposit lain);
iv.Tabung Haji telah mencipta peraturan perakaunan dalaman untuk membolehkan hibah dibayar semasa rizab negatif, walaupun itu bertentangan dengan akta dan peraturan-peraturan pelaporan kewangan Malaysia dan antarabangsa; dan
v.โBail outโ Tabung Haji berjumlah RM27.8 bilion (pada nilai akhir semasa matang) melalui UJSB hanyalah satu tindakan sementara yang bergantung kepada kemampuan Kerajaan Persekutuan melunaskan komitmen โbail outโ itu pada tarikh matang.
Saya bersetuju dengan hampir semua saranan-saranan yang dibuat ahli-ahli RCI. Ini termasuklah:
a)Semua Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan anak-anak syarikat Tabung Haji, pegawai-pegawai kanan yang membuat keputusan perlu dipertanggungjawabkan;
b)Siasatan perakaunan forensik perlu dibuat bersama-sama dengan siasatan jenayah oleh SPRM, SC, PDRM, BNM dan mana-mana agensi penguatkuasaan dan penyelia; dan
c)Kerajaan perlu memutuskan dengan telus dan berterus terang mengenai model pembiayaan haji untuk memastikan beban subsidi haji tidak terus meningkat hingga mengancam kelangsungan Tabung Haji.
Malah, ada beberapa perkara yang saya rasa tindakan yang perlu dibuat itu mesti lebih keras.
Contohnya, Malaysia perlu mengkanunkan secara undang-undang satu bentuk kesalahan kepada pembuat keputusan (baik menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan) apabila berlaku penyelewengan di bawah seliaan mereka, walaupun mereka mengaku tidak mendapat laba dari penyelewengan itu.
Ini adalah kenyataan pertama dari saya dan BERSAMA mengenai RCI Tabung Haji.
Dalam minggu-minggu akan datang, saya akan membentangkan analisis dan pendedahan mengenai banyak lagi perkara-perkara yang disentuh di dalam laporan RCI ini.
Harapan saya supaya orang ramai dapat mengetahui kedudukan sebenar Tabung Haji yang sebenarnya masih terdedah kepada risiko kelangsungan, walaupun Datoโ Seri Anwar Ibrahim mendabik dada kononnya laporan RCI hanya didedahkan kini (setelah diperam selama 3 tahun) kerana pentadbirannya telah berjaya memulihkan Tabung Haji.
Saya juga akan mengupas laporan RCI ini secara terperinci dalam Podcast YBM Episod 57 malam ini, jam 9 malam.
๐ฏ๐ญ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
๐จ BREAKING:
โHollywood actor Mark Ruffalo is urging Americans to watch the film Palestine 36.
โHe says this will expose the Epstein-Zionist regime.
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฎ๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ: ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก
Salah satu budaya baru yang dibawa ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ialah ketelusan dalam pendanaan politik, sebagai usaha untuk memeras rasuah dengan menukar budaya.
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ percaya bahawa slogan anti-rasuah dan janji-janji perubahan undang-undang untuk membanteras rasuah politik telah bertukar menjadi retorik semata-mata.
Parti-parti bertukar ganti menjadi kerajaan persekutuan dan negeri-negeri tetapi amalan rasuah politik tetap berterusan.
Kebelakangan ini, parti-parti politik tanpa segan silu menggunakan agensi-agensi, aset-aset kerajaan dan dana awam untuk berkempen. Perkara ini diterima oleh majoriti rakyat Malaysia kerana gabungan-gabungan parti besar seperti PH, BN dan PN kesemuanya melakukan kesalahan yang sama.
Begitu juga dengan amalan memberi wang minyak, duit poket atau duit belanja kepada pengundi-pengundi. Ada pengundi yang tidak segan silu lagi memaparkan mereka menerima wang untuk mengundi.
Salah satu punca utama ialah perjalanan parti-parti politik masih bergantung kepada khidmat berbayar. Jentera-jentera dibayar, orang ramai diberikan wang dan hadiah untuk hadir ke program-program kempen dan petugas kira undi dibayar.
Di PRN Johor, ada petugas kira undi (PACA) yang dibayar sehingga RM700 seorang (termasuk belanja minyak dan penginapan). Ada yang dibayar mengikut jam (contoh RM70 setiap jam bertugas).
Selagi gerak kerja kempen dan perjalanan aktiviti parti-parti politik perlu dibayar, selagi itulah amalan rasuah sukar dibendung.
Hakikatnya, sesebuah gabungan politik membelanjakan puluhan juta ringgit, malah mencecah ratusan juta ringgit untuk sesebuah pilihan raya negeri.
Wang rasuah ini didahulukan oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan, sama ada ahli-ahli perniagaan atau dari perniagaan haram yang bertentangan dengan undang-undang.
Balasannya kelak ialah kontrak-kontrak besar kerajaan yang nilainya dinaikkan berlipat kali ganda untuk mendapatkan kembali modal yang telah dilaburkan kepada gabungan parti politik besar semasa pilihan raya.
Lebih teruk lagi, jika ia melibatkan aktiviti haram, tindakan tidak diambil terhadap aktiviti haram seperti perjudian atas talian, penyeludupan dan pelbagai lagi kegiatan haram, sebagai ganti kepada sumbangan dana semasa kempen pilihan raya.
Jika ada satu kekecewaan utama saya sepanjang saya menjadi ahli politik ialah kegagalan saya merubah amalan ini di dalam parti-parti politik yang saya pernah terlibat.
Juga kegagalan saya meyakinkan majoriti rakyat Malaysia untuk membenci amalan rasuah politik seperti ini, yang diberikan atas nama sumbangan atau duit minyak.
Sebab itu, apabila saya dan Nik Nazmi berkesempatan memulakan kembali kerjaya politik kami dari bawah melalui ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, saya berhasrat melatih aktivis-aktivis politik yang benar-benar benci kepada amalan rasuah seperti ini.
Rasuah seperti ini menyebabkan maruah kita tergadai. Demi wang, kita sanggup menukar pendirian, memberi alasan dan menutup mata kepada kerosakan.
Tetapi ia perlu bermula dengan menukar budaya bagaimana gerak kerja kempen sesebuah parti dijalankan.
Ia bermula dengan kembali kepada asas politik, iaitu keikhlasan untuk menyumbang demi kebaikan masyarakat dengan melakukan sesuatu dengan sukarela.
Alhamdulillah, perkara itu dapat dilaksanakan oleh ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dalam PRN Johor yang lepas.
Keseluruhan kempen BERSAMA dilaksanakan secara sukarela tanpa perlu ada bayaran dan apa-apa perbelanjaan kempen yang lain dibiayai sepenuhnya dari tiga (3) sumber orang ramai:
1) Yuran keahlian BERSAMA sebanyak RM20 setiap ahli
2) Kutipan dana dari majlis makan malam mengumpul dana #WeFund untuk PRN Johor
3) Sumbangan peribadi dari penderma dan penyokong dalam jumlah yang kecil, sama ada melalui crowdfunding atau sumbangan peribadi
Hari ini, ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ merintis budaya baru dalam sejarah politik Malaysia dengan membentangkan sepenuhnya penyata perbelanjaan dan sumber kewangan bagi PRN Johor baru-baru ini, seperti yang diperincikan di dalam Lampiran A (boleh rujuk di bahagian gambar).
Amalan ini akan menjadi disiplin ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ untuk semua pilihan raya yang disertai di masa akan datang.
Saya berharap sumbangan kecil ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dalam membawa budaya politik bersih ini akan membuka hati lebih ramai pengundi untuk bersama kami di masa akan datang.
๐ฎ๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฅ๐๐ฌ๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐๐
Pilihan raya Negeri Melaka boleh dipanggil bila-bila masa dari sekarang. Cakap-cakap orang politik, sebaik saja PRN Negeri Sembilan berakhir, DUN Melaka pula akan dibubarkan.
Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, BERSAMA akan menyertai PRN Melaka.
Mesyuarat persediaan untuk PRN Melaka telah bermula sejak minggu lepas. Insya-Allah, dengan masa yang lebih berbanding PRN Johor tempoh hari, persediaan BERSAMA untuk PRN Melaka adalah lebih baik.
Amalan BERSAMA ialah untuk terus mengajak rakyat Malaysia yang ingin menyumbang tampil sebagai calon-calon.
Sasaran kami ialah agihan 50:50 di antara calon-calon yang pernah ada latar belakang politik atau kegiatan masyarakat, dengan calon-calon yang belum pernah menyertai politik.
Kali ini, dengan masa yang lebih, calon-calon akan diumumkan lebih awal dan diberi latihan terlebih dahulu.
Insya-Allah, kempen BERSAMA di PRN Melaka dijangka bermula pada pertengahan Ogos, iaitu kira-kira 2 minggu dari sekarang.
Terima kasih ahli BERSAMA yang telah tampil menawarkan diri untuk dinilai sebagai calon.
Kami akan menghubungi anda minggu ini.
Kepada ahli-ahli BERSAMA yang layak menjadi calon di Melaka, iaitu pengundi di Melaka, anda masih boleh memohon menjadi calon.
Untuk menjadi calon, sila isi borang permohonan dan menjalani temu duga atas talian di https://t.co/6vXmDO7QDX
Klik โSertai Kamiโ atau klik pautan ini https://t.co/ajGJhqo3rO
Jumpa semua di Melaka dalam 2 minggu dari sekarang.
TELUK INTAN
Seorang lelaki Keling MABUK telah melanggar seorang pelajar Melayu yang baru pulang dari aktiviti sekolah sehingga mati.
โMangsa/arwah merupakan seorang anak didik yang baik, rajin mengikuti aktiviti kokurikulum dan mempunyai potensi cerah dalam bidang akademikโ - Cikgu SMK Srikandi Teluk Intan
Masa depan beliau dan keluarga hancur disebabkan Keling mabuk ini.
#PariahWatch
โก๏ธโก๏ธ
@MalaysiaGazette Selamat sejahtera YB @anthonyloke ini berlaku dikejiranan saya ni. Budak nak ambil SPM, budak aktif sukan. Ada masa depan cerah. Seorang lagi budak darjah 1 sedang bertarung nyawa. Bila nak gubal undang-undang berkaitan arak dan pemandu mabuk mcm ni?
An iconic circuit, Sepang has delivered some classic F1 moments!
It will join the 2026 calendar to host the Bahrain Grand Prix later this year from 2-4 October
#F1
BREAKING: Malaysia will host the Bahrain Grand Prix at Sepang International Circuit from 2-4 October 2026
Positioned between the Azerbaijan and Singapore Grands Prix, this event, which is subject to final agreements and official sign-off, will become the Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia
#F1