Don't lose yourself during a hard time. When you at your lower points of life, that's the best time for you to climb back and seek الله's forgiveness.
~Sherra Ong~ (Thank You)
@SherraOng
Rabbighfirli – My Lord, forgive me
Warhamni – Have mercy on me
Wajburni – Cover my shame
Warfa'ni – Raise my rank
Warzuqni – Give me sustenance
Wahdini – Give me guidance
Wa'afini – Make me healthy
Wa'fu'anni – Pardon me
Nassrawis… what a season. From day one, we knew what we wanted and what it would take to get there. We worked, fought and gave everything in every training and every game. It wasn’t an easy road, but we did it together. Thank you for believing in us and standing by our side every step of the way.
TERKINI
SENARAI KEGANASAN ISRAEL KE ATAS PESERTA GSF YANG DICULIK
- Pelajar wanita Melbourne, Neve O Connor diterajang di muka dan perut. Mukanya dihentak ke meja dan subangnya ditarik menggunakan playar dan dimaki hamun
- 15 Peserta terkena serangan seksual dan mereka diasingkan dalam sebuah khemah kecil di belakang khemah utama
- 35 peserta patah tulang sama ada tulang rusuk, tulang selangka atau tulang lain
- Seorang peserta Arab dipukul dengan teruk dan kedengaran dia menjerit menahan kesakitan
- Dr Mohammad Subeh diterajang dan dipukul dengan senjata api. Tulang rusuknya patah dan dia diarahkan membuka dan menutup seluarnya banyak kali. Seorang lelaki ditembak dua kali dengan peluru getah menyebabkan patah kaki dan buku lali. Ramai peserta dipukul dengan teruk
- Ada peserta dibawa ke sebuah bilik dan dipaksa melutut dalam masa yang lama sambil melihat gambar gambar mengerikan mengenai orang dipotong anggota badan, disiksa, ditikam dan dipukul dengan pisau. Kemudian Pegawai IDF menyatakan ini semua ialah kawan kawan Hamas yang peserta sokong
Apa yang peserta Sumud kena ini lah menjadi bukti break The Silence
Selama ni kita hanya dengar Orang P kena dengan Issewel melalui berita. Bukan video dan gambar nyata
Kalau Peserta Sumud 3 hari duk penjara boleh kena teruk
Kalian bayangkan orang P yang dipenjarakan lama berpuluh-puluh tahun camana
You know what’s even crazier.
Yang dedahkan video Aktivis kemanusiaan “diseksa” bukannya media,
Tetapi Menteri terkeji itu sendiri.
Dengan bangga upload di social media.
Dah terbiasa menyeksa kerana tahu, “I am above the law & no one can touch me”
Judging based on the world’s response,
The tide is turning & more people are waking up the horrors of this brutal inhumane regime.
Siapa kata pejuang sumud tiada “taring”.
They’ve woken up the world to the atrocities which are taking place.
TERKINI
ALHAMDULILLAH
PESERTA GSF MALAYSIA BEBAS
Peserta GSF Malaysia dijangka tiba di Istanbul Türkiye Jam 10 Malam ini waktu Malaysia dari Lapangan Terbang Ramon
Mereka menaiki 3 buah penerbangan khas Turkish Airlines TK 6919, TK 6921 dan TK 6925
Dah tengok video Menteri Israel, Ben-Gvir, merendahkan maruah pejuang kemanusiaan yang cuba membantu Gaza?
Mereka diikat. Dipaksa tunduk. Dihina seolah-olah nyawa & maruah manusia tiada nilai.
Ini bukan kali pertama dia menghina.
Tapi kali ini lain.
Kejinya tindakan itu sampai sekutu terkuat Israel (US) sendiri pun mengecam.
UK, Kanada, Itali, Perancis, Sepanyol, Jerman, Poland & EU turut bersuara.
PM Kanada kata “abominable”. PM Itali kata “unacceptable”. Menteri Luar UK kata “truly appalled”.
Lebih memalukan, PM Israel sendiri pun menjauhkan diri. Menteri Luar Israel pun menegur dan kata Ben-Gvir tidak mewakili Israel.
Jadi jangan kata suara kita tidak penting.
Bila rakyat bersuara, dunia terpaksa melihat.
Bila dunia melihat, mereka tidak boleh sembunyi.
Terus bersuara. Buka mata dunia. Lawan kekejaman.
Tarikh puasa sunat pada hari-hari awal Zulhijah dan Hari Arafah bagi tahun 1447H / 2026M untuk rujukan bersama. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita. 🤲
Alhamdulillah! Pagi sampai malam shooting, dapat lagi rezeki tambahan untuk Muar❤️
Sebelum ni saya sumbang RM255,000 untuk Hari Raya Hj di Muar.
Saya tambah lagi RM40,000 (x6 lembu + ~200 foodbank).
Thanks for making this possible everyone!
Cemburunya pada orang yang dapat jaga solat, selalu solat tepat waktu dan baca Al-Quran setiap hari.
That’s another level of anugerah. Semoga kita pun sama-sama usaha ke arah itu.
Rejim biadab Zionis Israel telah bertindak memintas flotila kemanusiaan Gaza dan telah pun menahan lebih 100 orang aktivis termasuk 16 aktivis dari Malaysia yang terlibat dalam misi aman membela kemanusiaan sejagat.
Tindakan kurang ajar rejim jahat ini terhadap terhadap misi bantuan kemanusiaan ini bukan sahaja mencabuli hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa, malah memperlihatkan kerakusan rejim Zionis dalam menutup ruang bantuan, menyekat suara kemanusiaan dan menindas sesiapa sahaja yang bangkit mempertahan dan membela rakyat Palestin.
Malaysia lantas mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan menuntut jaminan keselamatan serta pembebasan segera kesemua aktivis yang ditahan.
Dunia tidak boleh terus tunduk kepada kezaliman dan kebobrokan. Penindasan ke atas warga Palestin dan kepada mereka yang menggerak serta membawa bantuan kemanusiaan mesti dihentikan segera, dan Israel mesti berdepan keadilan dan pertanggungjawaban!
#MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
Allahumma inni As’aluka everything good in this Dunya and Akhirah, Health, Wealth, Rizq, Success, Calm heart, Strong iman, and a life full of Barakah I never expected, Ameen!
Mutakhir ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai laporan penularan jangkitan Hantavirus yang berpunca daripada sebuah kapal persiaran antarabangsa. Saya ingin memberi jaminan kepada masyarakat bahawa tiada rakyat Malaysia yang berada di dalam kapal persiaran tersebut.
Susulan komunikasi langsung KKM bersama pihak berkuasa kesihatan Singapura pada pagi ini, turut disahkan bahawa dua kru kapal warganegara mereka telah diuji negatif Hantavirus, manakala proses pengesanan kontak kini sedang giat dijalankan.
Walaupun situasi ini amat terkawal dan tidak melibatkan rakyat kita, KKM akan terus memantau rapi perkembangan wabak ini di peringkat global serta serantau bagi memastikan kesiapsiagaan sempadan dan sistem kesihatan negara berada pada tahap tertinggi.
Untuk makluman bersama, Hantavirus adalah sejenis virus bawaan tikus yang merebak kepada manusia melalui udara yang tercemar dengan sisa kotoran, air kencing, atau air liur haiwan tersebut. Jangkitan ini tidak wajar dipandang remeh kerana komplikasinya berpotensi membawa maut, dengan kadar kematian bagi Sindrom Paru-paru Hantavirus (HPS) boleh mencecah 30 hingga 40 peratus.
Memandangkan tiada ubat antivirus khusus buat masa ini, langkah pencegahan dan kawalan kendiri adalah perisai pertahanan kita yang paling ampuh. Rakyat tidak perlu panik, namun kita mesti kekal berwaspada. Saya menggesa seluruh masyarakat untuk merujuk siri infografik yang disertakan ini dan sentiasa memastikan kebersihan kediaman serta premis kerja terpelihara daripada ancaman haiwan perosak.
📱Sumber: Media Sosial Rasmi YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja