Malam nisfu syaaban merupakan antara malam yang dinantikan oleh kita umat Islam kerana ia penuh dengan berkat dan rahmat. Di mana malam nisfu syaaban mempunyai banyak kelebihan seperti terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.
Jom sama sama kita banyakkan berdoa 🤲
Untuk semua yang berhajat, semoga Allah tunaikan hajat kalian.
Semoga dapat jodoh terbaik, pekerjaan yang terbaik, rumah yang selesa & rezeki yang berkat.
Aminn 🤲
Ya Allah. Bukalah segala pintu rezeki untuk kami dari segala sudut sama rezeki wang ringgit, rezeki harta benda, rezeki kesihatan, rezeki kebahagiaan. Mewahkan rezeki kami semua. Aamiin.
Ramai antara kita bila dah dapat gaji terus asingkan duit gaji untuk bagi parents, bayar komitmen dan saving. Semoga rezeki kita semua semakin bertambah. Amin 🤍