"I always tell myself that whoever you meet in life, you meet them for a purpose. They are meant to cross your paths for a reason. Ask yourself, what can I learn from this person. Because somehow God put them in your life for you to learn something."
Bila sudah berkahwin, isteri merupakan tanggungjawab utama kita sebagai suami. Dia hanya ada kita.
Bila dah selesai isteri dan anak-anak, selebihnya boleh berikan kepada mak ayah dan orang lain.
Wallahua’lam
Tolong gais
Jangan mandi laut, Hiking, Mandi Sungai dan sewaktu dengannya
Berhenti dulu. Skrg angin kencang laut bergelora sebab Ribut Tropika Senyar
Berhati hati rakyat Malaysia semua
Ada 1 video kat tiktok ni, this SAHM dia main telefon dari midnight kadang sampai pukul 2-3 pagi. Bila husband dia tanya awak kata penat, so kenapa tak rehat/tido? Dia ckp lebih kurang "Ini saja masa dimana tak ada orang perlukan saya sebab semua dah tidur. Inilah masa saya"
Bak kata @AymanRashdanW, kita ada dua pilihan:
1. Layan dia macam penjenayah perang. Turun kapal terbang je, kita bagi layanan ala kadar. Tak ada karpet merah bagai.
2. Kita buat macam cara kita sambut ketua negara.
Kita kecam Amerika dalam isu Gaza, tapi kita masih ada hubungan diplomatik.
Bentang karpet merah sebahagian daripada protokol menyambut ketua negara asing.
Kalau kita buat cara pertama, kita dapat tonjolkan pendirian kita. Negara lain dan media asing mungkin puji kita untuk beberapa hari.
Tapi kesannya, Trump bad mood dari pagi sampai malam. Trump seorang yg ego. Orang ego tak rasa diri bersalah. Tegur macam mana pun, dia akan rasa orang nak jatuhkan dia, nak rosakkan hidup dia.
Macam-macam cara dia boleh "hukum" Malaysia, malah ASEAN sekali.
Dan adakah negara asing akan tolong kita masa tu?
Kita mungkin rasa puas sebab dapat tonjolkan pendirian, tapi adakah nasib rakyat Gaza akan berubah? Adakah kita dapat persetujuan negara ASEAN lain untuk buat benda itu?
Kalau kita sambut cara kedua, kita buat Trump gembira walaupun tak berprinsip bagi sesetengah orang. Malaysia dan ASEAN nampak cantik di mata dia.
Tak jamin dapat pelbagai manfaat. Tapi paling tidak takkan dapat layanan tak munasabah.
Semua orang tak suka Trump. Tapi kena fikir kepentingan yg lebih besar.
Sebenarnya kalau korang nak tahu
Semua 3 Kuasa Besar Dunia ada Dosa masing masing
US- Sokong Israel. Bagi senjata kat Israel bunuh orang Gaza. Bunuh ramai orang Islam Afghanistan dan Iraq. Serta jenayah perang lain lain di berbagai negara.
China- Nak ambik kawasan ZEE Sarawak milik Malaysia jadi milik dia. Pemusnahan Etnik Uyghur Islam di Xinjiang.
Rusia- Membunuh dan Menzalimi ramai Kaum Tatar Islam di Crimea dan Kaum Chechnya Islam di Rusia. Menyokong Presiden Bashar Assad Membunuh ramai rakyat Sunni Syria. Membunuh 43 rakyat Malaysia dalam Kes MH17.
Sebab tu dalam menilai Geopolitik ni kan. Bersederhana dalam menyokong.
Hanya kerana US buat hal bangang dekat Gaza. Tak semestinya kita kena over gila Sokong China atau Rusia. Diorang ada dosa diorang. US ada bangang dia. China ada Bangang dia Rusia ada bangang dia. Cuma US ni dia lebih bangang sebab dia sokong benda jahat yang memang terang terangan berlaku di mata dunia.
Setiap apa yang dilakukan Malaysia ada kepentingannya. Kita tak boleh menumbuk tapi kita boleh mengatur langkah
Kita tak boleh lawan mereka secara berhadapan. Tapi akan ada kepentingan bersama di mana kita boleh bergantung kepada salah satu dari 3 kuasa besar ini untuk kepentingan Malaysia. Kalau US buat hal. Kita ada China. Kalau China buat hal kita ada US. Kalau China dan US buat hal kita ada Rusia.
Senang cerita Malaysia Negara Kecik kena pandai main 3 Kolam
Malaysia kena Kuatkan Ekonomi dan Teknologi. InsyaAllah suatu masa kita boleh lakukan lebih dari apa kita lakukan sekarang. Tapi buat masa skrg. Kita lakukan apa yang termampu
Kepada semua peserta GSF Malaysia. Today You are Breaking The Siege
Kemasukan bantuan MyCare Malaysia ke Gaza hari ini membuktikan Misi GSF berbaloi
Berbaloi mereka ditahan . Berbaloi mereka membawa suara dunia
Yang akhirnya membantu serba sedikit memaksa Zionis yang zalim itu kembali ke meja rundingan. Menekan mereka dan bantuan kemanusiaan kembali masuk
Meskipun baru 653 trak dan 580 Tan makanan. Sekurang kurangnya ada yang dah mula ada makanan
Disahkan dua rakyat Israel turut menyertai Misi Freedom Flotila Coalition+Thousands Madleen to G iaitu Zohar Chamberlain dan Omer Sharir
Mereka menaiki Kapal Conscience
Saya rasa Menteri Pelancongan perlu letak jawatan
Tindakannya untuk bekerjasama dengan Starbucks untuk Tahun Melawat Malaysia 2026 sangat tak patut dibuat sedangkan kita berjuang bermati-matian mengetuai Misi Sumud Nusantara untuk Gaza. Tak jaga sensitiviti langsung. Padahal untuk Industri kopi banyak lagi industri tempatan yang kita boleh bekerjasama
Industri Kopi Malaysia dah jadi contoh dah boleh buat alternatif lagi
Tak campur lagi bawak Arak masuk Majlis Rasmi. Sebelum ini video Tahun Melawat Malaysia pun dia tak masukkan Masjid
Tahun depan dia akan jadi tumpuan sebab Tahun Melawat Malaysia. Sorry but It Don't think at this rate you are capable
Mohon Letaklah jawatanlah Tiong King Sing
Pada Nov 2022, PMX diangkat sbg PM Malaysia.
3 bulan kemudian, Turkiye dilanda gempa bumi teruk di wilayah Gaziantep.
Apa PMX buat?
1. PMX beri jutaan ringgit bantuan kewangan. Sultan Johor pun turut menyumbang.
2. PMX kerahkan pasukan SMART yg berpengalaman utk bantu kerja² SAR.
3. PMX terbang ke Turkiye utk beri sokongan moral kpd sahabat yg sedang dlm kesusahan.
Sewaktu pasukan SMART di lapangan terbang Turkiye utk pulang ke tanah air, mereka diberi standing ovation oleh kebanyakan warga Turkiye sbg tanda terima kasih.
Hari ni, Turkiye return favor kpd Malaysia dgn menyelamatkan 23 sukarelawan GSF. Keakraban Anwar-Erdogan merapatkan dua buah negara.
Nidarahayu Zainal, 34 tahun adalah Wanita Muslim Melayu yang direkrut dan menjadi dalang Mossad, agen perisikan Israel di Malaysia. Nida tinggal di Desa Pandan bersama suami Raibafie Amdan, 38. Suami Nida dulunya hanya kerja sebagai Ofis Boy sebelum di rekrut sebagai Agen Mossad. Raibafie mampu memandu kereta Mercedes dan dikatakan keluarga mereka sering melancong ke Eropah. Mereka berdua selalu posting di IG dan FB percutian mereka yang sebenarnya digunakan sebagai Camouflage, aktiviti latihan yang diberikan di Perancis terutamanya dalam menggunakan senjata api, tempur serta taktikal lain.
Penyamaran Nida? Agensi Kawalan Bodyguard dan Penyiasat Persendirian. Nida menyamar sebagai Private Investigator dan Agen Kawalan Keselamatan dan Bodyguard. Nida dan suaminya menerima tugasan dari Mossad dan latihan di di Kem Rahsia Mossad di Perancis dan beberapa negara Eropah dan merekrut tentera Upahan dari Malaysia, untuk melakukan penculikan Agen Hamas di Malaysia.
Mereka telah ditangkap dan bakal berdepan hukuman mati kerana menculik Pakar IT Hamas, Omar ZM Albelbaisy Raeda di Jalan Yap Kwan Seng. Omar kemudian dibawa ke Kuala Langat dan disiksa menurut arahan Mossad di Israel. Pada 5 Okt lepas, media melaporkan polis menyelamatkan mangsa berumur 31 tahun itu sehari selepas diculik oleh individu yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.
Omar diselamatkan selepas polis menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor dan Melaka bermula 29 Sept hingga 4 Okt.
Kebodohan mereka? Mereka tersilap culik. Sedangkan Pakar IT sebenarnya adalah kawan Omar yang sama2 dengan beliau sewaktu di ambush di Jalan Yap Kwan Seng.
Dijangka lebih ramai lagi Agen Mossad ini di Malaysia akan ditangkap memandangkan Hub IT Hamas dan Palestin berpusat di Malaysia.
Ingat tak tiba² Cerita Mat Kilau di Netflix trending di Israel? Yahudi sedang mengkaji Melayu. Lebih ramai anak-anak Melayu akan direkrut.
Nak gaji mahal, hidup mewah, bawak Merc dan selalu melancong ke Eropah? Tak payah join MLM ataupun Scammer. Ada peluang jadi Agen Mossad di Malaysia.
Ingat tak Pensyarah Palestine yang ditembak pada tahun 2018 dulu? Dia dipercayai dibunuh oleh Agen Mossad di Malaysia.
Nida menjadi dalang rangkaian jaringan perisikan Israel di negara ini dan telah dilatih sebagai penyiasat persendirian di Perancis dan beberapa Negara Eropah sebelum direkrut oleh ejen Mossad dipercayai sebelum tahun 2018 lagi.
Upah Nida dan tentera Upahannya? RM120 ribu. Sikit sangat dan tak berbaloi berbanding dengan hukuman mati dan penjara seumur hidup yang bakal di terima. Pasangan ini juga menerima bayaran bulanan sejak sebelum 2018 sebanyak Euro2,000.00, yang dikirim dari Eropah, lumayan.
Senarai tangkapan : Nidarahayu Zainal, 34, Raibafie Amdan, 39.
Edy Ko’im Said, 40; Mohamad Norakmal Hassan, 41; Dody Junaidi, 42; Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 39; Mohamad Naziree Mustapha, 39; Faizull Hardey Mohd Isa, 40; Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 25; Mohamad Sufian Saly, 23 dan Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 21;
Mereka telah didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara niat bersama telah menahan Omar ZM Albelbaisy Raeda untuk mendapat ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.
Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Jalan Mayang di sini, pada 10.40 malam, 28 Sept lepas mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Siasatan mendapati mangsa masuk ke negara ini pada 21 Sept lepas sebagai pelancong dan dipercayai tinggal di Eropah selain tidak menolak kemungkinan mangsa merupakan ahli perniagaan.
TERKINI
VIDEO SOS TERAKHIR OLEH 4 PESERTA MALAYSIA IAITU DR NOORHASYIMAH ISMAIL, DR HAFIZ SULAIMAN, PROF DR MOHD AFANDI SALEH DAN PROF EMERITUS MOHD ALAUDDIN
JIKA VIDEO INI DIKELUARKAN MAKNANYA MEREKA DAH DITAHAN IDF