Ibnu Abbas R.A berkata, “Rasulullah SAW adalah orang paling banyak tersenyum dan menangis.” (Riwayat Bukhari)
Bahkan, adakalanya Rasulullah SAW tetap tersenyum walaupun disakiti. Baginda tidak marah kerana dirinya dianiaya namun akan marah jika agama Allah SWT dihina.
Baginda tidak pula kaku dan keras sikapnya. Senyum dan ketawa Baginda saw hanya dengan menampakkan gigi-giginya. Ini dijelaskan oleh Jabir bin Samurah R.A dan Abdullah bin Haris R.A bahawa:
“Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
#Maulidurrasul
Jika Rasulullah SAW senyum, baginda tidak akan melanjutkan senyumannya dengan ketawa terbahak-bahak.
Tidak seperti sesetengah orang yang kerjanya membuat orang lain ketawa.