Di saat timeline kita mula riuh dengan video anak-anak muda mengikat beg di belakang motosikal untuk meredah lebuh raya PLUS pulang beraya, stesen-stesen kereta api di Jepun minggu ini memaparkan pemandangan perpisahan yang sangat menyesakkan dada. Bulan Mac dan April di negara matahari terbit ini bukanlah musim untuk pulang ke pangkuan keluarga.
Sebaliknya, ia adalah bermulanya tahun kewangan baharu. Ini adalah musim Tanshin Funin, di mana beribu-ribu ketua keluarga, para pekerja salaryman, diarahkan oleh syarikat untuk berpindah dan bekerja di bandar atau wilayah lain, meninggalkan isteri dan anak-anak di kampung halaman demi kelangsungan operasi empayar korporat.
Di sinilah saya melihat pertembungan dua wajah marhaen yang sedang bertarung dengan 'belenggu' kehidupan yang sangat berbeza.
Di dalam tren di Tokyo, saya melihat wajah-wajah pasrah bapa yang terpaksa menundukkan diri kepada sistem. Kepenatan mereka adalah kepenatan yang kosong.
Mereka berkorban nyawa, masa, dan keluarga hanya demi memuaskan KPI syarikat besar atau sistem kapitalis yang tidak mempedulikan air mata perpisahan mereka. Mereka hidup dalam sistem di mana bos dan penguasa bertindak umpama 'Penguasa Berdarah Emas' yang menentukan di mana marhaen patut bernafas esok hari.
Tetapi bila saya menatap skrin telefon melihat orang kita di tanah air, ada satu 'pemberontakan' jiwa yang sangat indah sedang berlaku. Beribu-ribu marhaen kita, iaitu pekerja kilang, kerani, penghantar makanan sanggup menunggang motosikal kapcai meredah hujan dan panas beratus kilometer.
Mereka bersesak dengan lori, mempertaruhkan nyawa di atas jalan raya. Bahaya? Ya. Penat? Sangat penat. Tapi kepenatan mereka itu bernyawa. Mereka merempuh jalanan itu bukan untuk KPI bos di pejabat. Mereka merempuh bahaya semata-mata untuk cium tangan mak ayah di pagi Syawal.
Dalam sistem dunia yang memuja pangkat dan harta, kepenatan anak-anak muda kita di atas lebuh raya mungkin dipandang sepi. Tapi hakikatnya, pemuda-pemudi marhaen berdarah merah inilah penyembuh kemanusiaan yang sebenar.
Di saat golongan 'Penguasa Berdarah Emas' dan berdarjat perak atau biru di atas sana berlumba-lumba membina kekayaan sehingga tergamak memecahbelahkan keluarga pekerja mereka, anak-anak muda kita melakukan hal yang sebaliknya. Mereka meredah jarak beratus kilometer semata-mata untuk menjahit semula urat nadi kekeluargaan yang terputus oleh tuntutan rezeki.
Tanpa sedar, pemuda berbaju hujan yang kesejukan di atas kapcai itu sedang memikul tugas seorang 'Kesatria Penawar'. Mereka pulang untuk merawat kerinduan dan memulihkan jiwa orang tua di kampung.
Kemenangan manis untuk menyatukan semula sebuah keluarga di pagi Syawal tidak pernah memerlukan letupan atau senjata tajam yang terhunus. Ia sekadar perlukan pusingan enjin motosikal, niat yang tulus, dan sepasang tangan yang sedia untuk memeluk luluh mak ayah di pintu rumah.
Jadi, buat kalian yang bakal memulakan perjalanan pulang ke kampung minggu depan, pandulah dengan selamat. Kepenatan kalian di atas jalan raya itu adalah sebuah kemewahan jiwa. Ia adalah bukti bahawa kalian masih manusia merdeka yang berlari ke arah cinta, bukan mesin yang berjalan menjauhi keluarga.
Raikanlah bingit dan sesaknya jalan raya kita. Kerana di hujung perjalanan itu, ada syurga yang menanti
Menggunakan nama tempatan dalam bahasa ibunda adalah sangat baik, tetapi janganlah sampai berkeras untuk menukar nama saintifik yang telah dipersetujui oleh ilmiawan.
Mari mengenal nama-nama tempatan untuk bunga Gardenia !
#gardenia#bungacina#randa#balam#kacapiring
Mak ayah, tolonglah jangan beri nama anak dengan ejaan kreatif yang akhirnya membawa maksud yang buruk. Asal maksud خيرالله sebaik-baiknya Allah, jadi غيرالله tanpa/selain Allah.
Lepas tu bila suruh istighfar, budaknya sebut, "Lembu... lembu...."
Tv hari raya. Anak saudara lelaki pilih anime sukan. Anak saudara perempuan suka cerita seram. Mujur tidak ada pergaduhan.
Sebab kata putus pada yang umur empat tahun. Tengoklah Didi & Friends tu sampai lebam. 😆