Buku ke-13 tahun 2026.
Grit: The Power of Passion and Perseverance oleh Angela Duckworth.
“Susah macam mana pun, buat sampai habis.”
“Tak kira apa pun terjadi, show up. Jangan lari.”
Dua ini antara mantra kehidupan saya.
Dan saya tak sangka, ia sangat selari dengan apa yang dibincangkan dalam buku ini.
Kalau ada satu perkataan yang saya boleh gunakan untuk menggambarkan perjalanan hidup saya, mungkin grit adalah perkataannya.
Perjalanan kerjaya saya bukanlah sesuatu yang mudah. Daripada seorang siswazah perubatan, kemudian menyambung MPH dan DrPH, sehinggalah menjadi Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan perjalanannya naik turun serta penuh cabaran.
I am not the smartest in the room.
Sering kali saya rasa rendah diri melihat rakan-rakan yang begitu cepat memahami dan mengingati apa yang dipelajari. Saya pula, hari ini hafal, dua minggu lagi mungkin dah lupa.
Ada masa saya rasa bimbang. Ada masa saya rasa diri tidak cukup kompeten.
Tetapi dalam semua perasaan itu, satu perkara yang saya tak pernah mahu buat ialah berputus asa.
Mantra saya tetap sama:
Buat sampai habis. Hadap. Jangan lari.
Alhamdulillah, akhirnya saya berada di tempat saya berada sekarang.
Sebab itu buku ini terasa begitu dekat dengan saya. Ia seperti menguatkan sesuatu yang selama ini saya percaya bahawa untuk pergi jauh, kita tidak semestinya perlu menjadi orang yang paling berbakat atau paling bijak.
Kita perlu terus berjalan.
Angela Duckworth menerangkan bahawa grit boleh dibentuk melalui dua arah — inside-out dan outside-in. Daripada diri sendiri melalui minat, latihan, tujuan dan harapan; dan daripada persekitaran yang membentuk serta menguatkan ketekunan kita.
Menariknya, sekali lagi saya bertemu dengan konsep deliberate practice, sama seperti buku Talent Is Overrated yang baru saya baca.
Latihan bukan sekadar mengulang perkara yang kita sudah pandai. Ia perlu spesifik, sistematik dan konsisten, terutama pada bahagian yang kita masih lemah.
Dan kedua-dua buku membawa saya kepada kesimpulan yang hampir sama:
Deliberate practice is not fun.
Ia membosankan. Tidak selesa. Kadang-kadang menyakitkan ego kerana kita terpaksa berhadapan dengan kelemahan sendiri.
Tetapi mungkin di situlah sebenarnya kita berkembang.
Satu lagi bahagian yang membuatkan saya berfikir ialah growth mindset vs fixed mindset.
Semasa membaca penjelasan penulis, saya sedar bahawa dalam banyak perkara saya mempunyai growth mindset. Tetapi masih ada bahagian dalam diri saya yang terperangkap dengan fixed mindset dan itu yang perlu saya buang sedikit demi sedikit.
Satu petikan yang paling melekat:
“Failures are going to happen, and how you deal with them may be the most important thing in whether you succeed. You need fierce resolve. You need to take responsibility.”
Saya habiskan buku ini dalam masa sehari sahaja.
Mungkin kerana ceritanya terlalu dekat dengan apa yang saya percaya dan apa yang pernah saya lalui. Sampai rasa tak sabar untuk tahu apa yang ada di halaman seterusnya.
Akhirnya, buku ini mengingatkan saya bahawa kejayaan bukan tentang siapa yang paling laju atau paling berbakat.
Kadang-kadang ia cuma tentang siapa yang masih terus berjalan apabila perjalanan itu sudah tidak lagi menyeronokkan.
Show up. Hadap. Jangan lari.
Dan susah macam mana pun,
buat sampai habis.
Saatnya hampir tiba.
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah atas nikmat bersatu-padu dalam perngurusan fas ini. Semoga Allah swt membalas kebaikan semua yang hadir semalam sebagai penutup ziarah tempat semadi masing-masing.
I saw a post on Reddit that said, “When you walk through a museum, you’re not just looking at art. You’re moving through centuries of people trying to explain love, grief, power, beauty, and belonging.” I don’t think I’ve ever seen a museum described so beautifully.
Karangan buat keluarga,
Hobi baru bermula.
Tidak semua rajin membaca,
Tetapi,
Saat geting inilah,
Biar tulisan berbicara.
Emosi bergelombang,
Marilah tulis, usah tombang.
Kami tidak bersendirian.
Semalam,
Kain mak borang berhela-hela untuk saring batu nisan,
Akhirnya digunakan setelah berbekas tahun.
Masih putih elok kain itu.
Kami gunting di hadapan tempat semadi abang ipar sulong mak dan sarung terus. Kerjasama lima orang antara kami.
Mak,
Kain yang mak beli.
Pagi yang tenang dan tenteram.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua sepanjang minggu ini, luaskan lagi rezeki kita yang berkat, berikan kebahagiaan di hati-hati kita, dekatkan kita semua dengan agama dan ampuni dosa-dosa kita yang lalu.
Ameen!
Do you remember Amr Mahdy?
Amr was a 19-year-old multimedia student who was passionate about his field. Yet, israel killed him and his entire family when they were at Al-Mahdi Hospital, their own hospital, as israeli missiles hit the premises, followed by israeli tanks shelling on Nov 12, 2023.
Their crime was helping the wounded.
Medical personnel attempt to save the life of a critically injured man in Gaza City today, 25.07.2026, despite the lack of necessary medical equipment because the occupation denies its entry. Doctors had to perform complicated surgeries on his legs in an effort to save his life.
محاولات من الطواقم الطبية لإنقاذ حياة مصاب بجروح خطيرة في مدينة غزة اليوم، 25.07.2026، رغم نقص المعدات الطبية اللازمة بسبب منع الاحتلال إدخالها. واضطر الأطباء لإجراء عمليات جراحية معقدة في ساقيه في محاولة لإنقاذ حياته.
Elektrik. Sekolah rendah darjah 3 baru elektrik masuk kampung.
Sebelum tu guna battery kereta nak tengok TV. Setiap minggu abah kena cas semula. Tengah tengok tv best-best, selalu battery habis.
Takde peti ais simpan barang basah. Jadi nak tahan lama, ikan kena dijadikan ikan rebus masin tu. Susah nak dapat ikan tu sekarang.
Pili air takde kat setiap rumah. Masih guna perigi setiap rumah. Setiap lorong rumah ada satu kepala paip je. Jadi mak-mak basuh baju setiap pagi kat situ sambil bergosip. Angkut baju kotor dan balik bawa baju bersih.
Buat kerja sekolah guna pelita dan lampu gasolin. Setiap setengah jam kena pump lampu gasolin tu sebab dah malap. 10-15 kali pump, lampu tu akan cerah semula.
Pagi-pagi mak kena bakar arang untuk iron baju sekolah. Arang yang merah tu dimasukkan dalam seterika arang. Benda tu sangat panas dan berat. Kena tangan confirm melecur. Bila pakai baju lepas iron, bau arang yang harum kat baju.
Semasa aku sekolah menengah baru tiang telefon masuk kat kampung. Abah orang pertama kat lorong tu ada telefon. Jadi jiran-jiran semua guna telefon rumah aku. Sama ada nak call orang lain atau terima call. Dah macam public phone rumah aku masa tu.
Kalau ada saudara mereka dari Johor/Kedah telefon, kita kena panggil jiran datang lagi 15 minit. Lepas tu baru mereka call semula untuk cakap.
Entah kenapa aku tak pernah rasa susah masa tu 😊. Sebab hidup semuanya okay dan gembira je.
Btw, aku duduk kat Selangor. Bukan kat area pendalaman Sabah Sarawak.