Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus bekerja dengan penuh amanah dan tanggungjawab bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan, sekali gus merealisasikan aspirasi Kelantan Maju, Rakyat Sejahtera.
21 Safar 1448 / 05 Ogos 2026 - Agenda rakyat sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan. YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,
meneliti pelbagai agenda pembangunan, kebajikan serta aduan rakyat yang memerlukan tindakan segera agar setiap keputusan yang dibuat benar-benar memberi manfaat kepada negeri dan seluruh rakyat.
20 Safar 1448 / 04 Ogos 2026 - YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Tuan Mohd Hisham bin Mohd Nor, Pengarah Kastam Negeri Kelantan yang baharu, bersama para pegawai di Pejabat Menteri Besar.
19 Safar 1448, 03 Ogos 2026 - YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan bersama-sama Kontinjen SUKMA dan Para SUKMA Kelantan yang bakal membawa cabaran negeri ke temasya SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026
Sekalung tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Ismail bin Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan Ke-12.
Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh hikmah, integriti dan kebijaksanaan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan Negeri Sembilan.
Menurut beliau, projek tersebut bukan sahaja berpotensi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, malah dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi setempat dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
08 Safar 1448, 23 Julai 2026 - Kerajaan Negeri Kelantan terus memperkukuh agenda pembangunan mampan dengan mengambil peluang dalam industri Tenaga Boleh Baharu (TBB), khususnya tenaga solar yang kini berkembang pesat dalam sektor perindustrian dan domestik negara.
YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan pelaburan strategik seperti Projek Solar Berskala Besar (LSS5) yang dilancarkan di Pasir Mas.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Ekspo Tani Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.
07 Safar 1448, 22 Julai 2026 - Kelantan kini muncul sebagai penyumbang kedua terbesar sektor pertanian negara, sekali gus membuktikan potensi besar Kelantan dalam memperkasa industri agromakanan.
Ketika menyampaikan ucapan penangguhan bengkel, YAB Menteri Besar menegaskan bahawa usaha memartabatkan undang-undang syariah akan terus diperkasakan meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kekangan demi membawa kesejahteraan kepada rakyat dan negeri Kelantan.
04 Safar 1448, 19 Julai 2026 - Ahli-ahli Yang Berhormat Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kelantan mengadakan Bengkel Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) sebagai persediaan menghadapi Persidangan Dewan Negeri Kelantan yang bakal berlangsung,
Persidangan Dewan Negeri kali ini akan menyaksikan pembentangan sebuah Rang Undang-Undang baharu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Februari 2024 yang membatalkan 16 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.