Laman Rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)
Komen / kiriman berbaur perkauman, keagamaan, dan / atau lucah akan dipadam dan pengguna akan disekat
Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas segala pandangan, nasihat dan teguran yang menjadi pedoman kepada Kerajaan Negeri untuk terus menambah baik penyampaian serta memastikan setiap perancangan diterjemahkan kepada hasil yang benar-benar dapat dirasai rakyat.
Saya bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri Johor menerima amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab. Segala pandangan, teguran dan dorongan terhadap usaha yang telah dilaksanakan bukanlah alasan untuk kami berasa selesa kerana masih banyak keperluan rakyat dan cabaran pembangunan yang perlu ditangani.
Kerajaan Negeri akan terus dinilai berdasarkan kerja, prestasi dan keberkesanan pelaksanaan. Keutamaan kami kekal untuk memperkukuh ekonomi, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, menambah baik kemudahan asas serta memelihara kebajikan seluruh Bangsa Johor.
Pada masa yang sama, kepentingan serta hak Johor akan terus diperjuangkan, manakala hubungan profesional dan baik dengan Kerajaan Persekutuan akan terus dipelihara demi memastikan agenda pembangunan neger dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Tanggungjawab kami sebagai pemimpin Johor adalah untuk terus bekerja dan berkhidmat dengan menjaga kestabilan serta memastikan kemajuan Johor dapat diteruskan. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang memperkenankan pembukaan Taman Teluk Danga.
Syukur Alhamdulillah, Taman Teluk Danga bakal dibuka kepada umum bermula 29 Mei 2026, jam 8.00 malam. Kawasan ini merupakan satu lagi tarikan rekreasi baharu buat Bangsa Johor dan para pelancong dengan konsep taman moden, interaktif dan mesra keluarga.
Antara tarikan terbaharu di Taman Teluk Danga adalah Sky Bridge dengan pemandangan menarik, Tiger Play dan taman permainan kanak-kanak, Island Landscape dan boulevard santai, Dry Water Play dan banyak lagi.
Untuk makluman, taman ini akan beroperasi setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam dengan kemasukan terakhir pada jam 10.30 malam. Harga tiket Taman Teluk Danga adalah seperti berikut:
1. Percuma bagi warganegara;
2. RM20 bagi pelancong asing (bukan warganegara).
Bagi memastikan keselesaan pengunjung, aspek keselamatan dan kebersihan turut diberi perhatian serius melalui pemasangan CCTV, rondaan penguat kuasa, ranger taman serta pengurusan kebersihan dan landskap secara berkala.
Taman Teluk Danga dilaksanakan melalui penggunaan Caj Pemajuan sebagai pulangan semula hasil pembangunan kepada rakyat, menerusi penyediaan kemudahan awam berkualiti yang bakal menjadi lokasi riadah keluarga, rekreasi komuniti dan tarikan pelancongan bandar sempena Tahun Melawat Johor 2026.
Semoga usaha ini benar-benar memberi manfaat kepada Bangsa Johor sekai gus menjadi satu lagi kebanggaan negeri dalam menyediakan ruang awam yang berkualiti, moden dan inklusif untuk semua. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #MajesticJohor #VisitJohor2026
Syukur Alhamdulillah, dengan penuh rasa gembira saya ingin memaklumkan bahawa Muzium Tokoh Johor bakal dibuka kepada umum dan menawarkan pengalaman baharu yang lebih imersif dan interaktif kepada Bangsa Johor untuk mengenali sejarah serta tokoh-tokoh yang telah membentuk negeri ini.
Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Muzium Tokoh Johor telah dinaik taraf secara menyeluruh dengan pendekatan lebih moden bagi memperkukuh usaha memelihara warisan negeri untuk Bangsa Johor.
Bangunan bersejarah yang dahulunya merupakan kediaman rasmi Menteri Besar Johor pertama, Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad telah dinaik taraf secara komprehensif. Usaha ini membolehkan pengunjung melihat bahan pameran, paparan digital serta audio visual yang menghidupkan kisah tokoh-tokoh Johor.
Kerajaan Negeri turut memberi penekanan terhadap aspek keselamatan, ketepatan fakta dan kualiti persembahan agar setiap bahan pameran dipelihara dengan baik serta memberi pengalaman yang selamat dan berkualiti kepada semua, sekali gus membantu memahami sejarah negeri ini dengan lebih tepat dan jelas.
Semoga Muzium Tokoh Johor menjadi destinasi pilihan Bangsa Johor, khususnya generasi muda, untuk mengenali sejarah negeri dan menghargai jasa tokoh terdahulu, sekali gus memeriahkan Tahun Melawat Johor 2026 sebagai antara tarikan utama pelancongan negeri. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026
Syukur Alhamdulillah, Night Zoo Johor bakal dibuka kepada umum bermula 27 Mac ini, sekali gus membawa satu pengalaman baharu kepada Bangsa Johor dan para pelancong untuk menikmati keindahan zoo pada waktu malam, lengkap dengan lebih 35 spesies baharu yang menarik.
Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, agar Zoo Johor dinaik taraf kepada konsep Night Zoo sebagai salah satu mercu tanda pelancongan utama negeri ini.
Dengan peruntukan sebanyak RM8.73 juta, pelbagai kerja naik taraf telah dilaksanakan melibatkan sistem saliran, pembentungan, pencawang elektrik serta pencahayaan, bagi memastikan suasana yang lebih selesa, selamat dan menarik.
Night Zoo bakal beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam, dengan kemasukan terakhir pada jam 10.00 malam. Harga tiket adalah seperti berikut:
1. RM10 bagi warganegara dewasa;
2. RM5 bagi warganegara kanak-kanak (5 tahun ke atas) dan wargaemas (60 tahun ke atas);
3. RM30 bagi pelancong asing; serta
4. Percuma bagi kanak-kanak (5 tahun ke bawah) dan pemegang kad OKU.
Antara tarikan utama adalah siri feeding show yang berlangsung sepanjang malam melibatkan haiwan nokturnal memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan sendiri gelagat semula jadi haiwan pada waktu paling aktif dalam suasana yang lebih dekat, interaktif dan berinformasi.
Kerajaan Negeri memberi penekanan serius terhadap aspek keselamatan dan kebersihan dengan penglibatan pengawal zoo, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RELA, rondaan berkala serta penempatan ambulans, selain pengurusan kebersihan yang dilaksanakan secara berjadual bagi menjamin keselesaan semua pengunjung.
Semoga inisiatif Night Zoo ini terus memberi manfaat kepada Bangsa Johor serta menjadi satu kebanggaan bersama. Diharapkan usaha ini mampu menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara, sekali gus memperkukuh kedudukan Johor sebagai destinasi pelancongan utama negara. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #ZooJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026
Sehubungan itu, pengguna mungkin akan mengalami sedikit gangguan atau perubahan sementara pada aliran trafik. Kami memohon maaf atas kesulitan ini dan amat menghargai kerjasama serta kesabaran semua pihak.
#MajuJohor#IskandarPuteri#MBIP#NaikTaraf#IPCC#IsyaratPintar
📢 MAKLUMAN: NAIK TARAF SISTEM LAMPU ISYARAT PINTAR DI KAWASAN MEDINI, ISKANDAR PUTERI🚦
Perhatian kepada semua pengguna jalan raya di sekitar kawasan Medini.
Pihak MBIP melalui penyedia perkhidmatan, Tetuan Southmax Sdn. Bhd., sedang giat menaik taraf sistem lampu isyarat.
Kini, kerja-kerja penambahbaikan seperti penyambungan sistem ke Iskandar Puteri Command Centre (IPCC) dan pemasangan sensor kamera kesemua persimpangan sedang dilaksanakan. Ia dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan April 2026.
Kepelbagaian adalah kekuatan kita.Walau berbeza budaya, agama dan bangsa, kita tetap satu hati sebagai rakyat Malaysia.
Bersama kita memupuk perpaduan, menghargai kepelbagaian dan membina masa depan yang lebih harmoni.
#KITABERSAMA demi Malaysia tercinta. ❤️🤝
Dalam kekecohan isu bola sepak yang sedang hangat diperkatakan di media sosial ketika ini, pelbagai pandangan dan kritikan dilontarkan terhadap DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Itulah realiti dunia hari ini. Media sosial memberi ruang kepada semua untuk bersuara. Namun saya yakin, Bangsa Johor mengenali siapa sebenarnya TMJ.
Sebagai Menteri Besar Johor, saya sendiri menyaksikan bagaimana banyak perkara yang digerakkan oleh TMJ lahir daripada satu keinginan yang jelas iaitu melihat Johor menjadi negeri yang lebih maju, berdaya saing dan rakyatnya hidup dengan lebih baik.
TMJ sentiasa meletakkan tanda aras yang tinggi untuk JDT. Penanda aras yang sama diletakkan terhadap kepimpinan negeri, termasuk saya sendiri, barisan EXCO serta kepimpinan Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS). Tuanku sering mengingatkan bahawa amanah memimpin negeri ini bukan sekadar soal jawatan, tetapi tanggungjawab untuk bekerja lebih keras, berfikir lebih jauh dan memastikan setiap dasar benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Dalam bidang pendidikan, Tuanku sering menekankan bahawa masa depan Johor mesti dibina melalui pendidikan yang berkualiti untuk generasi muda. Sebab itu lahirnya idea seperti Sekolah Rintis Bangsa Johor, bagi membina generasi anak Johor yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga memiliki kepimpinan dan keyakinan untuk bersaing di peringkat global.
Begitu juga dengan pembangunan belia melalui Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) serta gerakan Southern Volunteers, yang menghimpunkan ribuan anak muda Johor untuk turun membantu masyarakat ketika bencana dan situasi kecemasan. Inisiatif ini membentuk generasi muda yang bukan sahaja berdaya saing, tetapi juga mempunyai semangat khidmat kepada masyarakat.
TMJ juga sering menekankan bahawa kemajuan ekonomi negeri mesti memberi manfaat sebenar kepada rakyat. Sebab itu Tuanku sentiasa menekankan kepentingan membawa masuk pelaburan berkualiti yang mampu menyediakan pekerjaan dengan gaji premium kepada anak muda Johor, selaras dengan pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ).
Hasil usaha bersama pelbagai pihak, Johor juga telah mencapai satu pencapaian penting apabila berjaya menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini.
Pada masa yang sama, lebih 20,000 unit rumah mampu milik telah siap dibina dan didiami oleh rakyat Johor, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai keluarga memiliki kediaman sendiri.
Ramai juga mungkin tidak mengetahui bahawa idea kepada Infaq Jumaat Johor, yang kini memberi manfaat kepada ratusan ribu rakyat setiap minggu, turut diinspirasikan oleh keprihatinan Tuanku terhadap golongan yang memerlukan.
Inilah sisi yang jarang diperkatakan.
Ramai melihat DYAM Tunku Mahkota Ismail hanya melalui ketegasan Tuanku dalam mempertahankan standard bola sepak. Tetapi jika dilihat secara lebih menyeluruh, visi Tuanku terhadap Johor sebenarnya melangkaui sukan semata-mata, ia meliputi pendidikan, pembangunan belia, ekonomi yang lebih kukuh serta kesejahteraan rakyat.
Perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam mana-mana masyarakat yang matang. Namun janganlah kerana satu perkara kita membiarkan diri kita berpecah. Johor berada pada tahap hari ini kerana kita bergerak bersama sebagai satu Bangsa Johor.
Akhirnya, saya ingin mengajak seluruh rakyat Johor untuk terus memelihara semangat kebersamaan ini. Marilah kita saling menghormati dan terus bersatu dalam membina masa depan Johor yang lebih maju dan sejahtera untuk generasi akan datang.
Raja dan Rakyat Berpisah Tiada.
JEMPUTAN PENYERTAAN POGRAM APRESIASI PENGURUSAN KOMUNITI BERSTRATA BAGI PIHAK PEMAJU, BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) DAN PERBADANAN PENGURUSAN (MC), MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI TAHUN 2026
POUND BLACK BEAT DI ISKANDAR PUTERI !
Sertai sesi POUND BLACK BEAT — gabungan muzik, senaman dan hentakan penuh semangat yang pasti buat anda rasa luar biasa!
📷 11 Oktober 2025 (Sabtu)
📷 8.45 malam
📷 Penyertaan hanya RM10 sahaja!
JOM ZUMBA!
Bangun awal dan mulakan hari anda dengan penuh semangat! Sertai sesi Zumba yang pasti buat anda berpeluh sambil berseronok.
📷 11 Oktober 2025 (Sabtu)
📷 7.00 pagi
NEON WALK 2KM kembali lagi!
Jom sertai Neon Walk pada waktu malam penuh warna sambil beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan anda!
📷 11 Oktober 2025 (Sabtu)
📷 8.00 malam
PEMBAYARAN TANPA TUNAI DI MBIP
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri kini melaksanakan kaedah pembayaran tanpa tunai bagi memudahkan urusan anda. Gunakan Maybank QRPay, DuitNow QR, Touch ‘n Go eWallet atau kiosk layan diri untuk bayaran yang lebih mudah, pantas & selamat.
#MBIP