Terlupa Pasang Tali, Wanita 21 Tahun Maut Dicampak Dari Atas Jambatan
Oleh Mynewshub
BRAZIL – Seorang wanita berusia 21 tahun dilaporkan maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 40 meter ketika menyertai aktiviti rope jump di sebuah jambatan di Brazil.
Menurut laporan dan dakwaan yang tular di media sosial, mangsa dipercayai telah dicampak sebelum sistem keselamatan disambungkan sepenuhnya.
Saksi mendakwa kakitangan yang mengendalikan aktiviti tersebut terlupa memasang tali keselamatan pada mangsa sebelum lompatan dilakukan.
Rakaman kejadian yang tersebar di platform sosial menunjukkan mangsa berada di platform lompatan bersama beberapa petugas sebelum insiden berlaku.
Namun setakat ini, butiran rasmi mengenai identiti mangsa serta hasil siasatan penuh pihak berkuasa tempatan masih belum diperincikan secara terbuka. - MYNEWSHUB
Memijak Al-Quran adalah satu perbuatan amat keji dan kesalahan yang sangat besar serta menghina agama & umat Islam. Hukuman penjara maksimum harus dikenakan walaupun tertuduh membuat pengakuan bersalah di dalam mahkamah kelak.