Ahad 31 August 2025
Ya ุงููู, kami titipkan segala harapan dan doa. Mudahkanlah perjalanan hidup kami, kuatkan hati kami dalam menghadapi ujian, dan kurniakanlah rezeki, kesihatan, serta ketenangan jiwa yang berpanjangan buat kami. ๐ค
Ya ุงููู, bimbinglah kami dalam setiap langkah, jauhkan kami dari rasa putus asa, dan tanamkan ketenangan dalam jiwa kami. Kurniakanlah kami rezeki yang halal, kesihatan yang baik, dan lindungilah kami dari segala keburukan.
Ya ุงููู, jadikanlah kami dalam golongan yang beroleh syafaat kekasihMu, Nabi Muhammad SAW. Anugerahkan kami hati yang cinta pada sunnahnya, lidah yang sentiasa berselawat ke atasnya, dan kehidupan yang mencontohi akhlaknya. Kurniakanlah kami tempat bersamanya di Jannatul Firdaus.
Pesan Imam Syafie
Jika seseorang menegur kesalahanmu secara sembunyi, itu bermakna dia โikhlasโ dan inginkan kamu menjadi โbaikโ.
Jika seseorang menegur kesilapanmu di khalayak ramai, itu bukannya kerana inginkan kamu menjadi baik tetapi dia โmemalukanmuโ.
Ujian ini bukan tanda ุงููู membenci, tetapi tanda Dia masih peduli. Kerana di balik sabar, ada pahala. Di balik redha, ada syurga. Maka kuatlah, dan yakinlah akan janji ุงููู. ๐ค
Buat adik-adik SPM, apa jua keputusan yang kamu terima hari ini, ingatlah ini hanyalah satu langkah kecil dalam perjalanan hidup yang panjang. Rezeki ุงููู itu luas, dan setiap orang ada jalan yang tersendiri. Teruskan melangkah dan jangan putus asa. ๐ค
Ya ุงููู, hari ini aku sedang diuji. Tapi aku yakin setiap ujianMu ada hikmah. Kuatkan hatiku, tenangkan jiwaku, dan jangan Kau biarkan aku bersandar selain padaMu. Lapangkan jalanku, dan gantikan dukaku dengan sesuatu yang lebih baik. Sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik Penolong.
"Ya ุงููู, pertemukanlah kami dengan Lailatul Qadar. Jadikanlah kami dalam kalangan mereka yang diterima amalannya dan dibebaskan dari api neraka. Kurniakanlah kami rezeki dari kelebihan dan rahmatMu. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi".
Ya ุงููู, di bulan Ramadan yang penuh berkah ini, jangan biarkan aku tenggelam dalam putus asa. Kuatkan hatiku, teguhkan imanku, dan berikanlah aku โcahaya harapanโ. Bantulah aku untuk selalu berusaha, bertawakal, dan percaya bahawa pertolonganMu selalu dekat. ๐ค
Ya ุงููู, ampunkanlah dosa-dosa kami yang lalu, terimalah setiap amal baik kami, dan jauhkanlah kami dari sifat riak dan ujub. Kurniakanlah kepada kami hati yang bersih, fikiran yang jernih, dan langkah yang sentiasa menuju ke arah kebaikan.
Doa Sepanjang Ramadan ๐ค
Allahuma bariklana fi shahri Ramadhana wa ballighna lailatal qadr wa โibadatan fiha
Bermaksud: โYa ุงููู, berkatilah kami sepanjang bulan Ramadhan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan beribadah malamnya.โ
10 Hari Menuju Ramadhan ๐
Ya ุงููู, pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan dan bantulah kami untuk bisa beribadah kepadaMu, dengan sebaik-baiknya di siang dan malam yang penuh keberkatan. ๐ค
Ya ุงููู, kami memohon kepadaMu, jadikanlah tahun ini tahun yang penuh keberkatan, kebaikan, dan kebahagiaan. Mudahkanlah segala urusan kami, jauhkanlah kami dari kesulitan dan kesedihan. Dan anugerahkanlah kepada kami kekuatan untuk menghadapi segala ujian dengan sabar dan redha.
Hari ini adalah hadiah untuk kamu.
Setiap luka telah mengajarkan makna, setiap tawa telah mengukir bahagia.
Moga langkah seterusnya dipenuhi keberkatan, moga hari-hari mendatang dipenuhi harapan.