𝗛𝗲𝗽𝗮𝘁𝗶𝘁𝗶𝘀 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗴𝗶 𝗛𝘂𝗸𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗲𝘂𝗺𝘂𝗿 𝗛𝗶𝗱𝘂𝗽: 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗼𝗸𝘁𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗛𝗲𝗽𝗮𝘁𝗶𝘁𝗶𝘀 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴 𝟮𝟬𝟯𝟬!
Hepatitis B dan C sering dianggap sebagai 'pembunuh senyap', namun realitinya, ia adalah krisis kesihatan yang mampu kita tangani. Bersempena dengan Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) 2026, Malaysia membawa pendirian yang teguh di persada antarabangsa. Kesihatan adalah hak milik semua manusia sejagat.
Melalui kepimpinan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), negara kita sedang memacu perubahan bermakna dalam sistem penjagaan kesihatan awam. KKM bukan sekadar memfokuskan pencegahan awal melalui program imunisasi menyeluruh, malah Malaysia berani memecahkan tembok monopoli harga ubat-ubatan demi menawarkan rawatan yang berkualiti dan berpatutan kepada rakyat.
Berpegang pada prinsip keadilan akses, KKM giat memperluaskan fasiliti rawatan dari peringkat klinik primer di seluruh negara sehinggalah ke dalam komuniti rentan. Matlamat KKM jelas iaitu tiada seorang pun yang wajar dipinggirkan daripada mendapat peluang untuk dirawat.
Usaha membasmi hepatitis menjelang 2030 bukan sekadar satu pencapaian perubatan, tetapi sebuah komitmen sosioekonomi demi kesejahteraan kepada generasi akan datang.
#WHA79 #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
Cuti tambahan pada 15 September tu nanti WAJIB ya. Tapi kalau disuruh kerja, majikan kena bayar double pay dan triple pay untuk OT atau boleh juga gantikan cuti tu ke hari lain.
Jangan lupa share post ni kat boss and HR korang.
Nak kerja dari rumah: https://t.co/mifrOvqd1V