Berbuat baik ketika disakiti adalah
sunnah Nabi.
Besar ganjaran bagi mereka yang
bersabar tatkala diuji oleh manusia
yang hadir menyakiti.
Jadilah seperti bunga, yang tetap
memberikan bauan yang harum
walaupun kepada tangan yang
menghancurkannya. 🌺
Langit terbuka luas di Hari Arafah. Maka perbanyakkan zikir, istighfar dan selawat. Mungkin inilah detik yang menggugurkan dosa tanpa kita sedari. #artortoisemy#zikir#arafah
9 Zulhijjah adalah hari di mana umat Islam yang mengerjakan Haji berwukuf pada tempat dan waktu yang mulia di padang Arafah. Bagi umat Islam di Malaysia, 9 Zulhijah 1446H jatuh pada Jumaat, 6 Jun 2025.