TERKINI
Konvoi Palestin baru memasuki Iraq dari Türkiye
Mereka kini di Pintu Sempadan Harbur dan akan menuju ke Erbil Iraq
Perjalanan akhir mereka ialah di Tebing Barat. Misi ini disertai satu satunya wakil Malaysia iaitu wartawan veteran Razali Awang
Bila aku tengok.
- Tok Ti bayar zakat 6juta
- Anas derma 50k untuk 🍉
- Founder Cubremi 50k untuk🍉
- Jungle Girl 100k untuk kegunaan sekolah
- Alif Syukri ade dana khas untuk bantu org miskin
- KA berhabis setiap tahun untuk belanja staff bawak berjalan dan untuk raya prep.
Orang Islam perlu kaya bukan semata-mata untuk kemewahan dunia, tapi sebab kekayaan itu kita boleh bantu saudara seagama dan alat untuk kebaikan bersama.
Korang ada cita cita untuk kaya tak??
Qatar dilaporkan berusaha ketika ini untuk kembali mendamaikan Iran dan US
Buat Masa ini tiada rundingan berhadapan diadakan antara dua delegasi negara berkenaan meskipun Qatar sedang berusaha melalui jalan belakang
TERKINI
Mesir sedang berunding dengan Israel untuk membenarkan bantuan kemanusiaan melalui Lintasan Rafah lapor Agensi Berita Walla
Ketika ini kawasan Lintasan Rafah di sebelah Gaza dikawal Israel dan Israel hanya benarkan bantuan kemanusiaan masuk melalui Gaza melalui Lintasan Kerem Shalom
Israel dilaporkan menolak permintaan Mesir berkenaan dan memberitahu US dan Board Of Peace bahawa sistem sedia ada harus dikekalkan
Lima pembeli terpantas yang beli lima botol Sambal Nyet Bilis akan diterbangkan ke Dolomites, Italy untuk bercuti bersama KA
dan anda boleh bawa plus one. Semuanya ditaja sepenuhnya, tertakluk terma dan syarat 😄
Tahun lepas kita bawa pemenang ke New Zealand. Tahun ni kita pergi Europe pulak. So siapa korang nak bawa nanti? hehehe
TERKINI
PDRM akan meningkatkan kawalan keselamatan di Istana Besar Seri Menanti Kuala Pilah dan Wisma Negeri di Negeri Sembilan
Ini susulan PDRM mempertimbangkan kemungkinan ada parti yang cuba membuat kekacauan jika parti mereka menang atau kalah selepas pengumuman keputusan PRN NS maklum Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail
TERKINI
Seorang bayi yang baru dilahirkan meninggal dunia dalam ambulans di Pusat Pemeriksaan Awarta Nablus Tebing Barat
Ibunya kritikal. Ambulans itu ditahan oleh IDF dan tidak dibenarkan dibawa ke hospital
Malam tadi Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Negara Gaza mengumumkan IDF membunuh Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Wilayah Tengah Gaza, Kolonel Wael AL Ladawi dan Pegawai Khasnya Ramez Abu Zuraiq dalam serangan udara Israel di Deir Al Balah Tengah Gaza
Pasukan Hoki Lelaki Malaysia menyasarkan untuk mara ke Suku Akhir Piala Dunia Hoki FIH 2026 meskipun diundi dalam Kumpulan Maut bersama Finalis, tuan rumah dan juga Juara Dunia 2018 Belgium, Juara Bertahan Jerman dan gergasi Eropah Perancis
Malaysia yang mara selaku Pasukan Kedua Terbaik Asia kali ini
Nampaknya hari ini kita dapat laporan yang Mahkamah Jenayah Antarabangsa ICJ memecat Pendakwa Raya yang mengeluarkan waran tangkap kepada PM Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant kerana Genosid di Gaza
Mereka juga menyambung penggal kedua untuk Persuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB yang selama ni banyak melindungi Netanyahu
TERKINI
Kementerian Dalam Negeri dalam proses melengkapkan data Dokumen Pendaftaran Pelarian dan dijangka dimuktamadkan hujung tahun ini
Dokumen Pendaftaran Pelarian akan merekodkan semua data pelarian di negara ini dan ini membantu Jabatan Imigresen memantau pelarian haram seperti Rohingya dan lain lain yang tidak ada dokumen
TERKINI
SATU LAGI UJIAN UNTUK RAKYAT GAZA
Selepas menderita kelaparan, dahaga, pelbagai jenis penyakit, dibunuh Israel. Kini Gaza diuji dengan satu lagi wabak Cacar Air. 9,300 kes Cacar Air dicatatkan dalam masa 2 minggu maklum Kementerian Kesihatan Gaza. Ini susulan keadaan Gaza yang kotor kerana sistem kumbahan bocor, akses sangat terhad kepada bekalan air bersih dan kekurangan bekalan kebersihan asas