Yakin pada Allah.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Ingatlah, Allah adalah Sebaik-baik Perancang.
DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Kita perlu usaha, doa dan tawakkal. ♥️♥️
Jom aminkan doa ini ramai-ramai.
Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezeki kami dengan rezeki yang halal.
Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.
Aminn.. ❤️
Jangan membandingkan diri untuk menjatuhkan diri sendiri.
Jangan jadi toxic untuk diri sendiri.
Allah sayang kita.
Jadi, kita kena sayang diri kita lebih.
Ya Allah, ketika aku kehilangan harapan dan cita-citaku, bantu aku mengingat bahawa cinta-Mu lebih besar daripada kekecewaanku, dan rencana-Mu untuk hidupku lebih baik daripada mimpi-mimpiku :')
Bacalah selalu
"La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin"
Kerana kalimah ini ialah untuk hilangkan segala kesusahan & kesedihan.
Sebarkan ❤️
Pernah tak?
Tengah tidur terjaga jam 3-4 pagi.
Jangan fikir gangguan jin, mungkin Allah hantar malaikat kejutkan kita untuk bertemu denganNya.
Bertuahnya kita. Bangun lakukan solat sunat tahajud atau jika tak larat sekurang-kurangnya berdoa.
Waktu inilah doa sangat mustajab.
Ya Tuhanku, jadikanlah aku sebagai orang yang mendirikan solat dan juga keturunanku. Ya Tuhanku, terimalah doaku. Ya Tuhan kami, ampunilah aku, kedua orang tuaku dan orang-orang mukmin di hari perhitungan 🤲🏻
#quranhour
Tapak kaki seorang ayah yang setiap hari mencari rezeki untuk membesarkan kita.
Jadi , kita sebagai seorang anak doakanlah kepada Allah untuk menghadiahkan syurga buat ibu dan ayah kita..
Ya Allah, aku berlindung dengan Mu daripada seksaan kubur, dari seksaan neraka Jahanam, dari fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada kejahatan al-masih al-Dajjal. 🤲🏻
[HR. Muslim: 588] #QuranHour
Ramai yang mengimpikan syurga
Tapi tak ramai yang berusaha kearahnya dan sanggup berkorban untukn dapatkannya
Begitu juga diduniakan?
Banyak impian tetapi terlalu banyak alasan juga.
“Ya Rahman, kami bersyukur dengan segala nikmatMu, kami bersyukur negara kami masih aman dari peperangan. Maka Kau pelihara lah saudara kami di seluruh pelusuk dunia dari segala kejahatan.”
Ya Allah kau matikanlah aku dalam keadaan baik. Dalam keadaan Rasulullah mengenali aku sebagai umatnya dan dan dalam keadaan Kau meredhai hidup matiku Ya Allah.