Dia tetap datang paling awal ke rumah Allah.
(Datang Awal✅)
Dia sempurnakan dengan penuh tenang.(Berwuduk✅)
Dia tidak tahu itu kali terakhir dia membuka cahaya rumah Allah, yang menerangi orang lain.(Berkhidmat di rumah Allah✅)
Dia tidak tahu itu bacaan Al-Quran terakhirnya
Setiap parts kereta kita ni sebenarnya ada jangka hayat. Sampai masanya kita wajib tukar kalau tak tersadai la tepi jalan. Here i nak share ilmu kereta sikit 🚗
---
I’ll choose ASBF.
ASBF ni sebenarnya tools yang bagus for force saving with minimal risk & acceptable return.
Tapi…
Sebenarnya ASBF ni boleh buat kita rugi kalau tersilap buat.
Ada 3 kesilapan yang akan buat ASBF ni rugi.
Dalam thread ni I’ll explain dengan calculation.
JEMPUTAN DAURAH KITAB: TIMELINE AKHIR ZAMAN
Tarikh : 23 November 2024 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Ruang Solat Utama, Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya
Penyampai : Dr. Ashraff Amirul
@Twt_Cyberjaya
Perkongsian yang bermanfaat, tengok gaya bercakap nampak abang ni tak kosong.
terima kasih mengingatkan kami yang kadang alpa.
sabar itu pun ujian juga ✨
Ikut sekali sebak, saat kita tengah susah tetiba Allah hantarkan rezeki.
terima kasih orang baik kongsi rezeki dekat abang grab tu.
kalau bab anak ni mesti akan rasa sayu, sedih 🥹
Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Muslimat Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya dengan kerjasama Biro Dakwah dan Modal Insan, Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya akan mengadakan Program Ceramah Perdana seperti butiran berikut:-
@Twt_Cyberjaya
Dah 3 hari anak lelaki saya kahwin.
Saya pun tak tahu menantu ni boleh ke siang ikan ke tidak.
Boleh ke masak.
Pandai ke lipat kain.
Boleh ke kemas rumah.
Boleh ke jaga makan minum anak saya.
Atau boleh ke jaga anak-anak nanti.
Siang ikan?
Kami di rumah ni tak pernah siang ikan. Semua ikan bawak balik rumah dah bersiang. Kadang dah siap masak pun ikan tu. Jadi kemahiran siang ikan ni bukan kritikal.
Masak?
Menantu saya ni bekerja macam anak saya juga. Malah kerja lebih jauh dari rumah. Anak saya kerja dekat.
Lagi sesuai anak lelaki saya yang masak. Atau anak saya beli lauk simple di luar dan masak nasi di rumah sementara tunggu isterinya balik kerja. Tak akan nak tunggu menantu saya balik masak. Dahlah kerja jauh. Kalau tak sempat juga, orderlah lalamove.
Weekend nanti masaklah penuh satu meja sama-sama. Kan?
Lipat kain?
Hish. Orang sekarang pakai dryer. Lepas basuh kain dan keringkan. Sidai aje pakai hanger dalam almari. Tak payah lipat bagai.
Kemas rumah?
Buatlah sama-sama bila ada masa. Sementara tak ada anak ni, apa sangatlah nak kemas.
Esok ada anak kecil nanti kalau ada rezeki, ayahnya kemas rumah. Maknya uruskan anak. Tak ada apa yang susah.
Jaga makan minum anak saya?
Uwais ni dah besar. Jagalah makan minum sendiri. Isterinya membantu. Kalau isteri ada masa dan cuti ke, bolehlah uruskan sungguh-sungguh sementara Uwais uruskan hal lain macam basuh toilet dan mop lantai rumah. Kerja ni berat, lelaki sesuai buat.
Jaga anak-anak?
Dah ada anak nanti pandailah mak dan ayahnya jaga anak. Dok fikir sekarang sampai pening kepala membazir masa aje.
Habis tu menantu perempuan buat apa?
Eh! Dia pergi kerja. Bantu suami dalam hal yang mungkin suami tak berapa mampu.
Jaga dirinya di tempat kerja. Solat. Menghormati suaminya. Membawa diri sebagai isteri dengan baik. Menguruskan rumah tangga dalam hal lain yang suaminya tak boleh buat.
Dan membuat perancangan kewangan, simpanan, sedekah dan lain-lain lagi.
Besar peranannya tu.
Kongsian Normaliza Mahadi
Siang ikan jugak yang digemburkan. Nak siang ikan tak payah kahwin, pembantu kedai Aceh tu boleh buatkan dengan jayanya 👍🏻
🇵🇸QUNUT NAZILAH & SOLAT HAJAT🇵🇸
Ayuh ikuti bacaan Qunut Nazilah di dalam Solat Fardhu Subuh dan Isyak serta Solat Sunat Hajat selepas Solat Fardhu Isyak secara berjemaah di MRHFS.
Bacaan Surah Al-Mulk ditangguhkan dalam tempoh pelaksanaan Solat Sunat Hajat ini.
@Twt_Cyberjaya