Pertemuan dengan Amiruddin membongkar gerak baru dalam jiwanya. Hasrat yang lama terpendam untuk keluar dari Pasir Puteh menjadi realiti. Tetapi ia sedar bukan semudah itu perjalanan ke Kota Bharu kerana Amiruddin ada tuntutan dan kemahuannya tersendiri.
MENATAP KEPAYAHAN DALAM DENU
Pada permukaan, hidup ternampak biasa. Malam menjelma pentas Mak Yong menjadi sangat meriah. Audiens berkunjung datang untuk melihat gerak tari, lenggok badan, nyaring suara melantunkan nyanyi dan irama, dan busana yang bergemerlapan.
Sedang ada pemberontakan dan amukan yang menggeleggak dalam nuraninya. Perkahwinan yang bukan pilihannya dengan Pak Yeh. Perjanjian yang sengaja dibentangkan agar dirinya tidak begitu lemas dan kecewa.