๐ ๐ง๐ฅ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ฌ๐๐ก๐! ๐ฆ๐๐๐๐ฆ๐, ๐ฎ๐ฌ ๐ข๐๐ง๐ข๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Jom hadir memeriahkan Jelajah Trak Kancil BERSAMA di Selayang. Kami menjemput semua yang tinggal berdekatan untuk bertemu, beramah mesra dan meluangkan masa bersama.
Trak Kancil BERSAMA akan terus turun padang untuk memberi penerangan kepada orang ramai mengenai isu-isu yang melibatkan kepentingan negara, usaha membanteras rasuah serta cadangan penyelesaian terhadap masalah ekonomi dan sosial yang dihadapi rakyat.
๐ 20 Oktober 2026 (Selasa)
๐ 8.00 malam
๐ Depan Kent Pang Salon, No. 23, Jalan 29, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor.
Ajak keluarga dan rakan-rakan untuk turut serta. Daftarkan kehadiran anda melalui pautan di bawah:
๐ https://t.co/XTbJsGV3jd
Jumpa anda di sana!
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
20 Oktober 2026
๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก๐ ๐๐ช๐๐ ๐๐๐ก ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ง๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐ญ๐๐ง๐ฅ๐๐ซ
BERSAMA ingin menarik perhatian umum kepada krisis kewangan yang sedang melanda Zetrix AI Berhad (dahulunya MyEG Services Berhad) sedangkan ia sebuah syarikat berkepentingan awam yang mempunyai kesan besar kepada keselamatan negara.
Setakat ini, perbincangan mengenai Zetrix AI Berhad hanya berlegar dikalangan pelabur di Bursa Kuala Lumpur akibat kejatuhan harga sahamnya secara mendadak.
Tidak ada lagi ahli parlimen atau parti politik yang memberi tumpuan mengenai implikasi kejatuhan saham Zetrix kepada kepentingan awam.
Mengikut pelaporan kewangan Zetrix sendiri, harga penutup sahamnya pada 1 April 2026 adalah 75.5 sen sesaham. Pada 19 Oktober 2026, harga sahamnya telah jatuh kepada 5 sen sesaham, iaitu penyusutan mendadak sebanyak 93.4% dalam tempoh enam bulan (terutamanya kejatuhan yang bermula pada 28 Ogos 2026).
Berdasarkan maklumat awam yang diperolehi dari laporan-laporan kewangan yang boleh diakses orang ramai, berikut ialah jumlah pegangan saham Zetrix oleh dana-dana awam:
๐๐ช๐ฆ๐ฃ
Jumlah saham Zetrix: 67,674,000
Maklumat setakat: 1 April 2026
๐๐ช๐๐ฃ
Jumlah saham Zetrix: 390,090,000
Maklumat setakat: 2 Oktober 2025
๐จ๐ฟ๐๐๐ต๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฎ๐ต ๐ฆ๐ฑ๐ป ๐๐ต๐ฑ (๐จ๐๐ฆ๐)
Jumlah saham Zetrix: 211,507,500
Maklumat setakat: 1 April 2026
Maklumat terkini pegangan dana-dana awam di dalam Zetrix tidak diketahui kerana ia tidak dilaporkan sehinggalah Laporan Tahun Zetrix bagi tahun kewangan 2026 dimuktamadkan.
Walau bagaimana pun, berdasarkan maklumat pegangan setakat Oktober 2025 dan April 2026, jumlah saham yang dipegang oleh ketiga-tiga dana awam ini adalah begitu besar.
Sekiranya ketiga-tiga dana awam ini masih memegang saham Zetrix ketika kejatuhan mendadak berlaku pada 28 Ogos 2026, besar kemungkinan mereka terlepas peluang untuk menghadkan kerugian dan terpaksa terus memegang hingga sekarang.
Jika ini berlaku, dana-dana awam KWSP, KWAP dan UJSB berdepan dengan potensi kerugian sebanyak RM472 juta (pada kerugian 70.5 sen setiap saham).
Krisis kewangan yang melibatkan Zetrix ini melangkaui soal kerugian dana awam semata-mata.
Sejak sebulan yang lalu, selain dari kegagalan membayar kutipan hasil kerajaan kepada JPJ sebanyak RM314 juta, Zetrix terus berdepan dengan masalah aliran tunai. Terbaru ialah pelanggaran syarat sukuk RM2 bilion terbitan Zetrix, yang sehingga kini masih belum diselesaikan.
Umum mengetahui bahawa HeiTech Padu Berhad telah dianugerahkan kontrak bernilai RM1.05 bilion untuk membangunkan sebuah sistem imigresen bersepadu negara (NIISe).
Semasa HeiTech Padu memenangi kontrak ini dalam tahun 2024, dua pemegang saham terbesarnya ialah Rosetta Partners Sdn Bhd (yang dikuasai bersama oleh DYMM Sultan Kelantan dan Farhash Wafa Salvador) dan Zetrix AI Berhad (sebelum itu dikenali sebagai MyEG Services Berhad).
HeiTech Padu juga mengumumkan bahawa Zetrix adalah rakan teknologi yang akan bersama-sama membangunkan teknologi yang digunakan NIISe.
Walau bagaimana pun, ekoran krisis kewangan yang melanda Zetrix, pada 2 September 2026 Zetrix telah menjual keseluruhan 16.9% pegangan di dalam HeiTech Padu, yang menimbulkan persoalan mengenai peranan Zetrix sebagai penyedia teknologi kepada projek NIISe ini.
Berdasarkan perkembangan-perkembangan ini, saya berpandangan pentadbiran Madani, terutamanya Datoโ Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan, tidak lagi berdiam diri dan berharap isu ini tidak disedari rakyat.
Sebagai jaguh tata kelola negara, rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada Datoโ Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan perkara-perkara berikut:
1. Berapa jumlah saham yang dipegang oleh GLIC (KWSP, KWAP dan UJSB) dan GLC (Maybank, CIMB dan lain-lain) pada 1 April 2026, untuk menunjukkan keterdedahan dana awam kepada krisis kewangan yang dihadapi Zetrix?
2. Berapa jumlah saham yang masih dipegang pada 20 Oktober 2026 dan berapa jumlah kerugian dana awam melalui GLIC dan GLC akibat krisis Zetrix ini? Berapa kerugian atas kertas (bagi saham-saham yang masih dipegang) dan berapa kerugian yang telah ditanggung (bagi saham-saham yang telah dijual antara 1 April 2026 hingga 20 Oktober 2026, berbanding harga pembelian asal)?
3. Syarikat mana yang menjadi pembekal teknologi kepada projek NIISe apabila Zetrix telah melupuskan pegangan di dalam HeiTech Padu dan apa kesannya kepada pelaksanaan projek bertaraf keselamatan nasional itu?
Kejatuhan Zetrix membuka pekung kroni kapitalisme yang masih segar di bawah pentadbiran Datoโ Seri Anwar Ibrahim.
Saya akan memberi tumpuan kepada perkara ini sehinggalah rakyat mendapat jawapan yang memuaskan dan mereka yang terlibat disiasat; seperti mana saya memberi tumpuan kepada skandal-skandal kewangan dana awam yang terdahulu di bawah pentadbiran UMNO (1MDB, Tabung Haji, FELDA, MARA, NFC).
Bagi pihak BERSAMA
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
Kenyataan media penuh boleh diakses di laman web BERSAMA:
https://t.co/A1JHXvHdRy
Banyak betul cerita panas minggu ini. Dari Zetrix AI, ke Yamtuan, dan tentunya isu paling besar... iaitu kes Nik. Saya mengingatkan kawan-kawan yang garis masa alur politik ini sememangnya panjang. Yang penting, kita teruskan dengan perjuangan kita. ๐
https://t.co/cbWXV89ZvL
๐ฅ๐จ JUST IN : Pearly TanโM. Thinaah have ended Malaysiaโs 18-year wait for the Denmark Open womenโs doubles title, becoming the second Malaysian pair to win it.
The world No. 5 duo beat Japanโs Hinata SuzukiโNao Yamakita 21-18, 21-11 in just 36 minutes.
๐ท : Bernama
Ekonomi Malaysia naik 6%.
Tapi ramai kata duit makin tak cukup. Peniaga kata customer kurang. Yg makan gaji pula tunggu payday mcm tunggu keputusan SPM.
So ekonomi siapa sebenarnya yg naik ni?
Aku baca analisis Tong dekat The Edge.
Baru nampak kenapa...
Thread ๐งต
Keputusan Pilihan Raya Negeri Johor 2026 bukanlah seperti yang diharapkan oleh @partibersamamy .
Namun begitu, kami amat berterima kasih kepada semua pengundi yang telah memberikan sokongan dan memilih kami.
Dari lubuk hati saya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua calon dan sukarelawan yang telah bekerja keras serta berkorban tanpa mengenal penat sepanjang tempoh kempen.
Walaupun kami tidak berjaya memenangi sebarang kerusi kali ini, kita tetap boleh berbangga dengan keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh sebuah parti yang masih muda.
BERSAMA tidak akan melupakan segala pengorbanan yang telah anda semua lakukan demi negara dan parti.
Perjalanan kita masih panjang.
Kekecewaan seperti ini adalah sebahagian daripada perjuangan.
Namun, dengan ketabahan dan disiplin, saya yakin BERSAMA mampu membawa perubahan yang lebih baik kepada politik Malaysia serta merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat.
Janganlah kita berputus asa. Sebaliknya, gandakan usaha untuk menghadapi medan pilihan raya yang akan datang, termasuk di Negeri Sembilan.
Marilah kita terus bekerja supaya lebih ramai rakyat Malaysia mengenali perjuangan kita, memahami apa yang ingin kita capai demi negara, dan bersama-sama menyertai gerakan ini.
Kita mungkin mengalami satu kemunduran sementara di Johor.
Namun perjuangan kita untuk membina sebuah Malaysia yang mengangkat martabat dan kesejahteraan seluruh rakyatnya baru sahaja bermula.
Terima kasih kepada setiap rakyat Johor yang memilih BERSAMA.
Setiap undi yang diberikan kepada sebuah parti yang baru berusia 50 hari adalah satu amanah yang besar.
Kami tidak mengambilnya sebagai angka di atas kertas. Kami menerimanya sebagai tanda bahawa di luar sana ada rakyat Malaysia yang percaya kepada agenda yang dibawa BERSAMA dan nilai-nilai yang kami perjuangkan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap ahli dan sukarelawan BERSAMA yang datang dari seluruh negara untuk membantu kempen ini.
Ada yang memohon cuti daripada kerja. Ada yang memandu berjam-jam dari luar Johor. Ada yang menggunakan wang sendiri untuk untuk minyak, tol, makan dan tempat tinggal.
Ramai yang tinggal hampir dua minggu di Johor semata-mata mahu membantu sebuah parti yang belum pun mempunyai wakil rakyat.
Mereka menjadi PACA dari awal pagi hingga selesai pengiraan undi.
Mereka memasang bendera di bawah panas dan hujan.
Mereka mengangkat kerusi, mengedarkan risalah, dan melakukan seribu satu kerja yang kebanyakan orang tidak pernah nampak.
Tiada elaun yang lumayan. Tiada jaminan kemenangan.
Yang ada hanyalah keyakinan bahawa perjuangan ini berbaloi. Bahawa BERSAMA mampu menjadi wadah untuk membina politik yang lebih berprinsip dan mengembalikan kuasa kepada rakyat.
Perjuangan seperti ini tidak akan pernah dibina oleh seorang individu.
Ia dibina oleh ribuan rakyat biasa yang sanggup menyumbang masa, tenaga dan wang sendiri kerana percaya perubahan tidak akan datang jika semua hanya menunggu orang lain melakukannya.
Kepada semua yang mengundi BERSAMA, kepada semua yang berkempen, kepada semua yang menyumbang, dan kepada semua yang mendoakan kami, saya ucapkan terima kasih.
Pengundi #JohorJaya yang saya kasihi,
Rakyat telah membuat pilihan, dan saya menerima keputusan ini sepenuhnya. Saya mengucapkan tahniah kepada Puan Chan San San daripada Barisan Nasional atas kemenangan yang jelas dan saya doakan beliau dikurniakan kekuatan untuk berkhidmat kepada kawasan ini dengan sebaik-baiknya.
Sejujurnya, saya langsung tidak berasa sedih.
Kepada 2,051 pengundi yang menandakan undi di sebelah nama kami, terima kasih. Anda bukan mengundi sebuah jentera kemenangan. Anda mengundi nilai yang kami perjuangkan, walaupun tahu peluangnya tipis. Pada fasa yang penuh ketidaktentuan ini, yang paling menyentuh hati saya ialah kalian, penyokong awal yang sanggup meletakkan kepercayaan kepada kami. Pada tahun-tahun mendatang, BERSAMA akan berusaha agar tidak mengecewakan kepercayaan ini.
BERSAMA hanya digerakkan lebih kurang empat puluh hari sebelum hari penamaan calon usianya kini baru lima puluh hari lebih. Tanpa dana besar, tanpa kelebihan penyandang; yang ada hanyalah keyakinan dan kerja keras. Seperti yang saya tegaskan sepanjang kempen: BERSAMA tidak mengambil jalan pintas. Kami memilih jalan yang paling sukar tetapi paling kukuh, selangkah demi selangkah, membina sebuah parti yang benar-benar profesional, pelbagai dan rasional, serta menyampaikan idea dasar yang ingin kami bawa untuk Malaysia dengan jelas kepada para pengundi. Kami semua sedia maklum bahawa ini adalah perjalanan jangka panjang sekurang-kurangnya sepuluh tahun.
Justeru, walaupun kami belum memenangi kerusi, Johor Jaya kini mengenali BERSAMA.
Sama ada keputusan hari ini ditafsirkan sebagai baik atau buruk, bagi saya ia tetap satu permulaan yang berani.
Kepada para sukarelawan BERSAMA:
Kalian yang mengorbankan malam dan hujung minggu untuk berkempen dari pintu ke pintu; yang meredah panas terik menyusuri rumah pangsa, taman perumahan dan kampung; yang memanjat tangga dan bekerja hingga lewat malam agar bendera dan kain rentang kita berkibar di seluruh Johor Jaya. Keputusan ini tanggungjawab saya seorang; pengorbanan kalian adalah tanda kasih kepada komuniti ini dan ia tidak dapat dinafikan oleh sebarang keputusan pilihan raya.
Kepada para penyokong BERSAMA:
Janganlah berdendam dan jangan berpaling daripada proses demokrasi ini. Respons yang betul terhadap kekalahan ialah bekerja lebih keras, mendengar dengan lebih teliti dan kembali sebagai pihak yang lebih layak diberi amanah.
Akhir sekali, dua patah kata secara rasional: PRN Johor kali ini sekurang-kurangnya memperlihatkan bahawa gabungan-gabungan parti utama telah kehilangan sifat kepelbagaian.
Inilah yang perlu dimuhasabahkan oleh Barisan Nasional dan Pakatan Harapan; dan inilah juga ruang yang perlu diisi oleh BERSAMA dengan usaha berganda.
@partibersamamy akan terus berakar, terus berusaha.
Johor Jaya, kita akan bertemu lagi.
Usah menyerah @partibersamamy
Kita tahu Johor medan pertempuran berat, namun PRN ini permulaan yang bagus untuk pendedahan nama parti kepada umum, pembelajaran proses kempen pilihanraya buat para sukarelawan dan medan perkenalan buat ahli parti.
Early results in the Johore State elections are not encouraging for @partibersamamy . But the journey just started for us. We will and can do better in NS, InshAllah. We have learnt much, experience of which will be tapped for NS, Malaccs and eventually GE.
Ever since GE-15 in 2022, I've updated hourly voter turnout forecasts by posting charts on Twitter.
I probably still will, but this time around, we are levelling up!
I've updated the Johor SE-16 page on ElectionDataMY with this chart - my forecast of voter turnout will be updated every hour as @sprgovmy (hopefully) tweets the hourly turnout figures.
I've also got one more 'live update' thingy planned, but more on that tomorrow.
If you're wondering how I arrived at my current baseline forecast of 68%, don't worry - it's not pakai hantam je. Although slightly janky, I arrived at this figure by analysing traffic and travel data I've been using as benchmarks over the years:
โข KTM ETS / Intercity / Shuttle Tebrau (via https://t.co/lUoJYHVaR8)
โข Google Maps
โข Air travel (manually going booking sites and checking the % of empty seats on flights to Johor)
However, that's only to get a pre-election forecast. The moment we get the first number tomorrow (usually the turnout as of 9am), my model will immediately update the page to forecast solely based on actual on-the-day data.
Jumpa besok!
To all Malaysians, thereโs really no excuse not to upskill yourself.
HRDCorp is offering 1,948 online courses for FREE. ๐
Most of these courses will also provide you with a Certificate of Completion.
I handpicked 8 topics you don't want to miss.
๐งต