Petisyen 'Remove Rohingya from Malaysia' Raih Lebih 360,000 Sokongan
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Sebuah petisyen dalam talian bertajuk "Remove Rohingya from Malaysia" yang dilancarkan bermula 29 Mei lalu telah menerima 363,424 tandatangan daripada orang ramai yang menyokong gesaan tersebut.
Menurut penerangan yang disertakan dalam petisyen itu, penganjurnya mendakwa Malaysia berdepan pelbagai cabaran susulan peningkatan pelarian Rohingya yang memasuki negara ini.
Mereka mendakwa kemasukan pelarian itu memberi tekanan kepada sumber negara, infrastruktur dan perkhidmatan sosial, selain menimbulkan persaingan mendapatkan kemudahan serta bantuan yang terhad.
Petisyen itu turut mendakwa terdapat kesan ekonomi yang perlu diberi perhatian memandangkan Malaysia sedang berusaha memperkukuh dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Pada masa sama, petisyen itu berpendapat pengurusan populasi pelarian yang besar memerlukan sumber dan peruntukan yang signifikan.
Selain itu, penganjur petisyen turut membangkitkan kebimbangan berkaitan aspek keselamatan dengan mendakwa terdapat peningkatan kadar jenayah di kawasan yang mempunyai penempatan pelarian.
Bagaimanapun, petisyen itu mengakui tidak semua pelarian terlibat dalam kegiatan jenayah dan persepsi tersebut telah menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan penduduk setempat.
Sehubungan itu, petisyen berkenaan menggesa kerajaan Malaysia merangka pelan komprehensif bagi menangani isu tersebut dengan kerjasama organisasi antarabangsa.
Antara cadangan dikemukakan termasuk penempatan semula pelarian ke negara ketiga atau peningkatan bantuan di kawasan asal mereka di Myanmar.
Penganjur petisyen turut menyatakan mereka memahami aspek kemanusiaan yang berkait rapat dengan nasib pelarian Rohingya, namun berpendapat pendekatan semasa adalah tidak mampan untuk jangka panjang.
Mereka menegaskan kebajikan dan kestabilan rakyat Malaysia perlu diberikan keutamaan, sambil mencari penyelesaian yang dianggap lebih berperikemanusiaan terhadap isu pelarian berkenaan. - MYNEWSHUB
1. rohingya nak selayang
2. Indo nak masuk kerja nurse
3. pakistan da amik nilai
4. orang aceh dah jadi tauke kedai runcit
semuanyalahh nak duduk Malaysia.
Rohingya dari Myanmar. Jika lihat rupa, mereka mirip Bangladesh tapi Bangladesh juga tidak mengaku itu rakyat mereka. Sekarang mereka berkampung di Malaysia.
Yang terbaik ialah seluruh negara harus tekan UN untuk paksa Myanmar terima Rohingya.
Tapi itu lah, UN pun tak guna.
Hantar Etnik Rohingya ke Negara Tandatangani Konvensyen Pelarian – ADUN Duyong
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem mencadangkan supaya pelarian etnik Rohingya dihantar ke negara yang menandatangani Konvensyen 1951 Berkaitan Status Pelarian atau Protokol 1967.
Beliau ketika dihubungi Mynewshub hari ini menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah menandatangani konvensyen tersebut seperti negara-negara lain, namun ramai pelarian Rohingya memasuki negara ini.
Mohd Noor Helmy turut menegaskan pendiriannya agar etnik Rohingya ditempatkan di kawasan khas sekiranya mereka tidak dapat dihantar ke negara terbabit susulan peningkatan jumlah pelarian itu yang didakwa menimbulkan pelbagai isu.
“Hantar ke negara yang tandatangani (dengan) UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian). Kita (Malaysia) tak tandatangani. Pasal dia dah masuk negara kita atas dasar kemanusiaan yang makan diri. Dulu asas utamanya adalah kerana agama.
"Macam sekarang mereka ini duduk berselerak. Macam di Duyung dua lorong saja yang ada. Dia mula datang ke lorong lain kita dah pastikan tuan rumah kita 'susahkan'. Dari dua lorong ini kita senang pandang (pantau)," katanya.
Terdapat 149 buah negara di seluruh dunia yang merupakan pihak penandatangan kepada Konvensyen Pelarian 1951, Protokol 1967 atau kedua-duanya sekali.
Perjanjian antarabangsa itu dikendalikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dan antara negara terlibat Jerman, Perancis, United Kingdom, Itali, Sweden, Sepanyol, Uganda, Sudan, Kenya, Kanada, Brazil, Turki, Pakistan, Iran, Yaman, Kemboja dan Filipina.
Malaysia tidak menandatangani Konvensyen
Status Pelarian 1951 atau Protokol 1967, namun UNHCR dibenarkan beroperasi atas dasar kemanusiaan bagi menguruskan pelarian dan pencari suaka yang berada di dalam negara dan membantu memindahkan mereka ke negara ketiga.
Terdahulu, Mohd Noor Helmy menegaskan beliau masih berpegang kepada pendirian bahawa isu pelarian Rohingya di Malaysia perlu ditangani melalui kawalan berpusat serta usaha mendapatkan penempatan di negara ketiga.
Mengulas kenyataan lamanya yang kembali tular di media sosial, beliau berkata cadangan itu dibuat kerana kerajaan berdepan pelbagai kekangan dalam menguruskan pelarian Rohingya yang tidak boleh dihantar pulang.
“Kita faham kerajaan menghadapi masalah untuk menghantar mereka pulang. Tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak dibenarkan bekerja dan berniaga. Jadi, kita perlu mencari satu kaedah untuk menguruskan mereka,” katanya.
Menurut beliau, antara cabaran utama adalah aspek penguatkuasaan undang-undang kerana pelarian yang melakukan kesalahan akan menjalani hukuman, namun tidak dapat dihantar pulang seperti pendatang asing tanpa izin (PATI)
Katanya, Kementerian Dalam Negeri juga sedang melaksanakan projek perintis bagi mendaftarkan semula pelarian Rohingya melalui sistem yang lebih tersusun, namun persoalan yang timbul apakah dasar seterusnya.
Beliau turut mendakwa terdapat isu berkaitan etnik Rohingya yang didakwa boleh mendapatkan kad UNHCR baharu menggunakan identiti lain dengan bayaran sekitar RM450.
"Contoh (pernah) ada kes cabul di Duyong. Lepas tiga tahun dia keluar. Dia keluar esok, dia boleh tukar kad pelarian dia.Tukar kad lain nama lain. Berbanding PATI, kita boleh menempatkan mereka di depot tahanan dan menghantar mereka pulang,” katanya..
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan mekanisme pekerjaan yang sah dan terkawal sekiranya pelarian Rohingya dibenarkan bekerja.
“Kalau kita setuju untuk membenarkan mereka bekerja, biarlah mengikut undang-undang sepenuhnya. Kita perlu pantau. Begitu juga jika mereka berniaga, ia perlu dipantau dengan betul.
“Sekarang ini, kita lihat ada syarikat yang menggajikan pekerja Rohingya dengan membayar gaji yang rendah mengikut sesuka hati, tidak perlu membayar caruman KWSP dan Perkeso.
“Isu ini bukan sahaja melibatkan aspek
In 2007, Malaysia sent its first astronaut to the International Space Station. His name was Sheikh Muszaphar Shukor — an orthopedic surgeon selected from 11,000 applicants. His mission happened to fall during Ramadan.
That created a problem no one had ever solved before.
The ISS orbits Earth every 90 minutes — 16 complete orbits every single day. That means 16 sunrises and 16 sunsets. Islamic prayer times are tied to the movement of the sun. If followed literally in space, a Muslim astronaut would be required to pray 80 times in a single day — once every 18 minutes.
So Malaysia did something extraordinary. A full year before launch, the government assembled 150 Islamic scholars, scientists, and astronauts for a two-day conference. The sole purpose: figure out how a devout Muslim prays in space.
They produced an 18-page document called "Guidelines for Performing Islamic Rites at the International Space Station." It covered prayer times, the direction of Mecca, zero-gravity prostration, and Ramadan fasting. The ruling: pray five times a day based on the time zone of your launch site — Kazakhstan. For the Qibla direction, face the Earth. If you can't, face anywhere and pray with intention.
Sheikh Muszaphar prayed all five prayers every day aboard the ISS. After landing, he said he had no difficulties.
One man. 250 miles above Earth. Ramadan. Zero gravity. And 150 scholars made sure he didn't have to face it alone.
People have become more self-centered. They don’t try to understand the feelings, needs & problems of others. They’re keen on satisfying their own needs, even by hurting others. Don’t let up. Continue spreading values of honesty, sincerity, integrity & compassion.
KECEMASAN, BANTU RT
Mari bantu Puan Noriah (Ibu Tunggal, 80 Tahun)
Sebatang kara, harapnya kita dapat bantu semampunya. Perlukan pembedahan tukar tapak dialisis SEGERA 🙏🏻
Kami sudah bantu semak, Ibu perlukan sekitar RM1300 kerana ada komplikasi tambahan
TERKINI
ALHAMDULILLAH
WE ARE BREAKING THE SILENCE
Misi Global Sumud Flotila telah mencapai 1.5 Bilion Engagement di seluruh dunia dengan 50 Juta Engagement di Instagram Sumud Nusantara Official
Perbincangan mengenai Gaza dan Palestin meningkat 537 peratus di semua media sosial
60 buah negara terlibat dengan 94 peratus berita positif menyokong Gaza. 12 Negara menyatakan kecaman ke atas Israel
Semua ini hanya dicapai kebanyakannya secara percuma di Malaysia dan penggunaan dana sebanyak hanya 5.84 Juta USD berbanding Israel yang membelanjakan lebih 730 Juta USD untuk Unit 8200 dan Hasbara
TERKINI
ALHAMDULILLAH
ISRAEL MALU. IDENTITI KOMANDO YANG PINTAS MISI GSF TERBONGKAR
Pasukan Penggodam Iran Handala dilaporkan berjaya menggodam IDF malam tadi dan mendedahkan gambar dan senarai nama anggota dan pegawai Pasukan Khas Laut Shayetet 13 yang memintas Misi GSF 2.0 baru baru ini. Ia seramai 69 orang dan Handala meletakkan 100,000 USD untuk setiap seorang sama ada dibunuh atau ditangkap
YANG DIKEJAR BELUM PASTI, YANG DIKENDONG JANGAN SAMPAI BERCICIRAN
Politik Malaysia sudah mengajar satu perkara penting iaitu tiada parti mampu berdiri megah selama-lamanya tanpa rakan perjuangan.
Sejarah PAS sendiri membuktikannya.
PAS pernah bekerjasama dengan pelbagai gabungan politik sepanjang sejarah negara.
PAS pernah bersama Barisan Nasional pada 1970-an sebelum hubungan itu berakhir.
PAS membina Angkatan Perpaduan Ummah (APU), kemudian Barisan Alternatif (BA), selepas itu Pakatan Rakyat (PR), kemudian Muafakat Nasional (MN), dan hari ini berada dalam Perikatan Nasional (PN).
Musuh utama pembangkang ialah kerajaan yang sedang memerintah jika benar matlamatnya mahu mengambil alih Putrajaya.
Sejarah juga menunjukkan bahawa PAS akhirnya berada di peringkat kerajaan Persekutuan melalui perubahan landskap politik tahun 2020 apabila kerajaan Perikatan Nasional dibentuk dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan negara. PAS kemudiannya memegang jawatan penting dalam pentadbiran Persekutuan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan figura politik sehari dua. Hampir lima dekad pengalaman politik menjadikan beliau antara pemimpin paling berpengalaman negara. Ketika negara berdepan COVID-19, beliau memimpin dalam keadaan luar biasa, mengurus krisis kesihatan awam, ekonomi dan kestabilan negara pada waktu yang amat mencabar.
Seorang negarawan dinilai bukan ketika keadaan tenang.
Seorang negarawan diuji ketika badai melanda.
Politik yang matang memerlukan kebijaksanaan, kesabaran dan pandangan jauh. Pengalaman seorang negarawan tidak seharusnya diketepikan, tetapi dijadikan pedoman dalam menentukan hala tuju perjuangan.
Jangan kerana terlalu ghairah mengejar sesuatu yang belum pasti, akhirnya yang sudah ada pula terlepas daripada genggaman.
Dalam politik, terlalu sibuk bertelingkah sesama sendiri akhirnya hanya menguntungkan lawan.
Rakyat sedang memerhati.
Rakyat mahukan kestabilan, kepimpinan dan hala tuju masa depan negara.
Sri Sanjeevan Ramakrishnan
Ketua Sayap Bersekutu BERSATU Malaysia
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia
Tuanku DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa masalah banjir di negeri Selangor masih gagal ditangani secara berkesan walaupun baginda telah berulang kali membangkitkan perkara tersebut.
Amat memalukan & menyedihkan apabila Tuanku sendiri terpaksa bertitah begini dalam Dewan Negeri. Jika baginda pun dah hilang sabar, apatah lagi kami rakyat Selangor!