Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak dan menjalani ibadat berpuasa kepada semua sanak saudara, kenalan serta seluruh umat Islam.
Semoga Ramadan tahun ini akan memberi keberkatan dan rahmat buat kita semua, insyaallah.
Bersama Ong Xin Yee yang muncul naib johan perseorangan perempuan Bawah 19 Tahun Kejohanan Grand Prix Remaja Antarabangsa Pembangunan Jaya Raya hari ini.
Hari ini, saya sempat ketemu dan berbicara bersama legenda badminton Indonesia, Bapak Rudy Hartono ketika mengiringi pemain remaja negara dalam penyertaan Kejohanan GP Remaja Antarabangsa Pembangunan Jaya Raya.
Syukur alhamdulillah...skuad remaja negara berjaya membawa pulang medal kejuaraan pada Kejohanan Grand Prix Remaja Antarabangsa Pembangunan Jaya di Indonesia hari ini menerusi Lucas Lee dalam acara perseorangan lelaki Bawah 15 Tahun.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin daripada saya, Misbun Sidek dan seisi keluarga.
Merdunya Zikir Sebagai Selingan, Penyejuk Jiwa Dikala Keseorangan. Aidilfitri Merayakan Kemenangan, Aidiladha Pelengkap Pengorbanan.
Memenuhi jemputan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), YB Senator,@DSDrNaim Haji Mokhtar menyertai aktiviti riadah badminton bersama Sinar Harian.
Saya yang hadir bersama adik saya, Jalani turut mengambil peluang beramah mesra dan dengan beliau dan pengurusan @SinarOnline
Salam Aidilfitri semua. Hari ini berkesempatan menerima kunjungan dan berhariraya dengan kakak Rusitah dan keluarga dari Banting. Syukur alhamdulillah....
Salam Aidilfitri semua.
Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua seluruh umat Islam.
Mudah-mudahan kita dapat menyambut perayaan ini dengan penuh ketaqwaan dan muhasabah diri selepas sebulan mengerjakan ibadat berpuasa.
Happy Chinese New Year to all chinese friends, coaches, players and badminton supporters.
May this new year unfold new and better things for you. May you get all the things you wish for.
Dapatkan seluar pendek 3 suku (three quarter) koleksi terbaharu @yonexsunrisemy
Keluaran ini boleh diperolehi di kedai-kedai peralatan sukan Yonex berhampiran dengan anda.
Saya sudah memakainya. Anda bila lagi?
Baharu menerima khabar gembira apabila beregu skuad remaja negara, Choi Jian Shen-Bryan Goonting(4) muncul juara Kejohanan Cabaran Grand Prix Antarabangsa India selepas menewaskan rakan senegara, Jeremy Zhen Liang-Fazriq Razif 21-17 21-13 di pentas final.
Tahniah dan good job!