Bila aku bawa pekerja aku pergi ladang jagung dekat Rembau tu kan, ada satu tabiat dia yang sampai hari ni aku tak pernah jemu tengok.
Dia akan duduk.
Pegang jagung.
Dan termenung lama.
Bukan termenung macam orang hilang phone. Dia termenung macam orang tengah pegang emas.
Mula-mula aku ingat dia penat. Atau dia tak suka panas. Atau dia tengah kira dalam kepala, kambing aku ni berapa ekor sebenarnya.
Satu hari aku tanya juga.
“Kenapa kau asyik termenung tengok jagung ni?”
Dia pandang jagung tu, lepas tu pandang aku.
Perlahan dia jawab
“Di Pakistan, jagung manis ni makanan orang kaya saja. Orang miskin macam saya, tak mampu nak makan.”
Ayat dia pendek. Tapi perut aku tiba-tiba rasa kosong.
Aku teringat kali pertama aku bawa dia ke ladang ni dulu. Dia langsung tak nak turun kereta.
Aku ingat dia tak suka jagung manis. Sebab aku ni jenis, apa aku suka makan, aku akan kongsi dengan haiwan aku.
Sebab tu jangan terkejut kalau kambing aku makan jagung manis.
Bukan sebab aku kaya.
Tapi sebab bila kau bela haiwan macam keluarga, kau akan faham kenapa kau tak sanggup kongsi apa yang kau makan.
Lagipun jagung ni 50 sen sebiji.
Kalau kat pasar raya, RM1.50, RM2 satu tongkol.
Aku beli 100 batang pun baru RM50.
Apa lah sangat RM50 tu kalau dengan benda tu aku boleh bagi makan kambing aku sambil senyum.
Aku selalu cakap dalam hati
“Kalau dengan RM50 aku boleh dapat pahala dengan beri haiwan makan, murah ke mahal sebenarnya harga untuk masuk syurga?”
Satu hari, masa aku tengah bagi kambing aku makan jagung, dia datang perlahan.
Dia tanya dengan nada macam orang minta maaf
“Bos… saya boleh makan satu tak?”
Masa tu baru aku tahu. Rupanya bukan dia tak suka jagung. Dia cuma tak biasa, benda yang dia anggap ‘mewah’, aku bagi dekat kambing jer.
Bila aku cakap harga jagung ni 50 sen, muka dia terus berubah.
Dia ingat aku bergurau.
Selama ni dia ingat aku ni CEO Megah Holding kot, menyamar jadi penggembala kambing agaknya
Sebab kat tempat dia, jagung manis ni kalau nak banding, macam harga RM30 seketul.
Gaji purata sana sekitar RM300 sebulan.
Kat sini aku bagi dia gaji RM2700. Patutlah dia boleh happy sampai tahap, aku rasa kalau aku bentang toto, dia boleh tidur sebantal dengan kambing aku.
Masa tu aku gelak.
Tapi dalam gelak tu, ada benda yang mengetuk dada. Rupa-rupanya apa yang kita anggap biasa, ada orang anggap luar biasa.
Rupa-rupanya apa yang kita bagi kambing makan, ada manusia yang simpan dalam doa.
Sejak hari tu, tiap kali ke ladang, aku memang akan belanja dia 20-30 batang jagung.
Bukan sebab banyak duit.
Tapi sebab aku suka tengok orang rasa “kaya” dengan benda yang murah.
Dan tiap kali aku hulur jagung, dia akan senyum. Senyum orang yang bukan kenyang perut saja.
Tapi kenyang rasa.
Tu yang aku selalu cakap, macam mana susah pun hidup kita, kita patut sujud lama sikit sebab kita lahir di Malaysia.
Kita masih mampu beli makanan.
Masih mampu hidup aman.
Dan kalau hari ni kau rasa hidup kau sempit, cuba pegang satu jagung, bayangkan ada orang yang pegang benda sama, dengan hati orang kaya.
Kadang-kadang, yang buat kita miskin bukan duit.
Tapi lupa bersyukur.
Dan kadang-kadang, yang buat orang rasa kaya, hanya sebatang jagung.
Facebook - Khairul Johari
Tengah skrol telefon, tiba-tiba teringat satu pesanan Ustaz Wadi Annuar.
Katanya, hadiah paling mahal untuk orang dalam kubur bukan kain kafan mahal atau bunga atas kubur. Tapi doa anak yang "sampai" tanpa delay.
Kadang kita sibuk kumpul harta nak bagi warisan dekat anak, tapi kita lupa nak "didik" anak supaya pandai mendoakan kita bila kita dah tak ada nanti.
Sebab itu Ustaz pesan, kena bagi anak "reti" Islam. Sebab bila mereka doa, keadaan kita di alam barzakh berubah serta-merta.
Agak-agak hari ni, berapa banyak "hadiah" dah kita kirimkan buat mak ayah kita?
Tulis "Amin" kalau korang sayang mak ayah korang. ❤️
Ada orang masuk syurga bukan kerana banyaknya amal tapi kerana sikap lembut hati, mesra dengan orang dan mudah tolong orang.
Besarnya nilai akhlak di sisi Allah.
NERAKA UNTUK YANG SOLAT.
Kata ustaz dalam kuliah maghrib tadi, ada orang yang solat pun masuk neraka.
Nama neraka itu adalah Neraka Wail. Dalilnya Surah Al-Ma'un (107): 4-5.
Mereka golongan yang lalai dalam solat. Rukuk dan sujud sambil lewa, melewat-lewatkan solat hingga akhir/habis waktu dan tidak mengingati Allah dalam solatnya.
Wail tu satu lembah kat dalam Neraka Jahannam. Gunung ganang hancur lebur kalau dicampak ke situ.
Bayangkan orang yang solat pun boleh dimasukkan dalam neraka, apatah lagi mereka yang tidak solat.
NERAKA UNTUK YANG TIDAK SOLAT.
Neraka khusus untuk mereka yang tak solat pula adalah Neraka Saqar.
Dalilnya Surah Al-Muddatstsir: 42-43.
Neraka Saqar ni tingkatan ke-6 dari 7 tingkat neraka. Siksaan api yang sangat menyengat dan sangat dasyat kepanasannya. Terus menerus membakar kulit manusia.
Kata ustaz, sesekali kita kena diingatkan tentang azab Neraka juga. Baru ada rasa takut nak tinggal solat.
Sama-sama kita jaga dan perbaiki solat. Jika ada culas dan tertinggal solat, segera bertaubat dan Qada' solat selagi hayat kita masih ada.
Jangan pandang dan judge orang lain! Lihat diri kita sendiri dan perbaiki diri kita dulu.
🐟Ikan siakap atau Lates calcarifer kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan dan salah satu sumber Omega-3, vitamin, protein dan mineral semula jadi lain seperti selenium, fosforus, potassium dan magnesium. Namun, ia turut bergantung kepada cara memasaknya.
📍Masaklah secara sihat sama ada secara kukus, panggang atau 'air fryer'. Jika perlu menggoreng, gunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit dan gunakan minyak sayuran yang stabil untuk menggoreng seperti minyak sawit yang kaya dengan tokotrienol (vitamin E)
🫰Jadi, apa kata dapatkan siakap untuk menu malam ini. Ingat, makan malam yang sebaiknya adalah antara jam 6.30 petang – 8.30 malam. Elakkan makan malam yang terlalu lewat kerana boleh menjejaskan kualiti tidur anda dan menganggu proses penurunan berat badan.
Panggilan hormat dalam urusan rasmi adalah "Puan", bukan "Cik"
Jangan triggered bila orang panggil puan walaupun anda belum kahwin.
Nobody knows you are married or not.
Dilaporkan ketiga-tiga negara Amerika Latin ini telah memanggil duta mereka di Israel untuk pulang ke negara masing-masing.
Honduras telah mengutuk kekejaman yang dilakukan pendatang haram sehingga menyebabkan ramai rakyat Palestin terkorban dan pelanggaran undang-undang antarabangsa di Semenanjung Gaza.
Kesemua negara ini dijangka mengikuti jejak langkah Bolivia dengan memutuskan hubungan diplomatik bersama Israel.
Amerika Latin 🇭🇳🇨🇴🇨🇱 🤝🇵🇸
Tiktoks, YouTuber, Influencer BUKAN pekerjaan!
Tadi saya baca tulisan daripada FB Celoteh Dr Malar.
Screenshot penuh saya kongsikan dalam thread berikutnya.
Dr. Malar berkongsi pengalaman pergi ke sebuah sekolah di Ampang.
Dia tanya budak-budak tingkatan 3 nak jadi apa bila besar nanti.
Tanya jadi doktor? Tak ramai angkat tangan.
Tanya jadi engineer, tak ramai angkat tangan.
Tanya jadi cikgu, tak ramai angkat tangan.
Rupa-rupanya ramai yang kata nak jadi TikToker atau YouTuber.
Tapi Dr. Malar dengan tegas kata, jadi TikToker bukanlah satu pekerjaan yang stabil. Dia cakap TikTokers yang berjaya macam Khairulaming tu sebenarnya usahawan, bukan sekadar TikTokers. Mereka guna TikTok dan Facebook untuk berniaga, bukan sekadar hiburkan orang.
Dr. Malar juga tekankan yang hidup jadi TikToker ni tak stabil langsung. Duit yang masuk boleh naik turun cam roller coaster.
Lagi satu, sebagai influencer, diorang selalu kena bagi ulasan free atau kerja tanpa bayaran. Ini adalah kenyataan yang tak semua orang nampak, diorang fikir TikToker hidup mewah.
So, pesanan Dr. Malar ni penting. Budak-budak sekolah kena focus on pendidikan, cari ilmu sebanyak mungkin. Mereka kena cari kerja yang boleh bagi pendapatan stabil dan simpan duit.
Kalau nak berniaga, kena faham yang berbisnes ni ada risiko dan boleh rugi.
Tiktok, YouTube, termasuk media sosial lain adalah platform untuk pemasaran dan branding terhadap kerjaya yang kita jalankan.
Baca posting penuh beliau di thread berikutnya
Saya agak kurang gemar bila baca ada orang share buat tahajjud, dapat sekian-sekian.
Sebab saya kenal ada orang yang jaga solat, hafal quran, tahajjud, akhlak baik tapi ujian hidup dia bertubi-tubi.
Adakah segala ibadat dia tak bernilai apabila dia tak dapat macam orang lain?
Selamat berpuasa!
Bagi mereka yg nak rasa premium kedai tapi xnak beli kat kedai sebab beli beli je cair yela puasa kan. Jadi apakata kita buat sendiri. Boleh la jimat sikit. Time moreh pun boleh buat 😍
Ada 4 resepi air Kaw yg ada
Nescafe Ais Kaw
Kopi Ais Kaw
Milo Ais Kaw
Teh Ais Kaw
Selamat mencuba 🔔🔔🔔🔔🔔
TERKINI: Permohonan Baharu & Kemaskini STR Dibuka!
✅ Mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023
Akan dikemaskini di: https://t.co/2vdgF1NCXo
#SumbanganTunaiRahmah#STR
Allah knows what your silent heart wants. Even if you don't include it in your prayers. He hears what your heart whispers. He may not give it to you now but someday, when you least expect it, things will happen in the best possible way!
Kebanyakkan orang bukan sebenarnya menunjuk pun di media sosial. Mereka ini hanya berkongsi kegembiraan dan momen terbaik dalam hidup.
Jika kamu lihat mereka seperti menunjuk, bukan mereka yang perlu berubah, hati kamu yang perlu diubah.
Bebaskan diri dari hasad dengki.