Dah kecoh balik pasal fosil Mek Keledung yg berusia 14,000 tahun, lebih tua daripada Perak Man yang berusia 11,000 tahun. Fosil Mek Keledung dah ditemui masa tahun 2023, bukan benda baru.
Dia jadi kecoh sebab ramai orang percaya yg Nabi Adam itu berusia 10,000 tahun (atau 8,000 tahun).
1. Fosil 14,000 tahun ini bukan fosil manusia moden paling tua. Malah angka 14,000 tahun ini dikira muda sangat. Tahu tak fosil manusia tertua di Malaysia berada di Gua Niah, Sarawak? Ia berusia hampir 40,000 tahun!
2. 40,000 tahun ini pun bukan juga fosil manusia tertua di dunia. Fosil manusia moden tertua di dunia berusia 300,000 tahun.
3. Belum kira lagi kajian DNA yg menunjukkan leluhur sebahagian populasi Asia Tenggara berusia 60,000 tahun.
4. Bila jumpa fosil berangka-angka macam ini, tak dapat tidak, orang mesti akan tertanya-tanya tentang zaman Nabi Adam.
5. Dalam wahyu tak sebut secara jelas Nabi Adam turun zaman bila. Angka 8,000-10,000 tahun hanyalah telahan dan kira-kira dari sumber Israilliyat. Dan sains pun tak boleh nak sukat bila zaman Nabi Adam sebab Nabi Adam terangkum dalam domain teologi, bukan sains.
6. Pucuk pangkalnya, tiada siapa tahu Nabi Adam turun bila. Mungkin 300,000 tahun, mungkin 70,000 tahun, mungkin 12,000 tahun. Sekadar bermungkin-mungkin.
Ada beberapa penjelasan yang boleh dibuat untuk menjawab soalan ini.
1. Matahari terlalu kecil untuk terangi angkasa. Ibarat anda bermain telefon dalam bilik gelap. Lampu telefon tidak mampu menerangi satu bilik.
2. Objek-objek samawi di ruang angkasa sistem suria tidak begitu banyak dan padat untuk memantulkan atau menyerakkan cahaya Matahari ke sekitar ruang angkasa Bumi. Paling dekat pun Bulan, itu pun seketul saja.
3. Bumi mempunyai atmosfera untuk menyerak (scatter) dan memantulkan (reflect) cahaya Matahari, tuntas Bumi kelihatan cerah.
Di Bulan, langitnya gelap walaupun waktu siang kerana atmosfera Bulan sangat nipis.
Di Bulan, waktu siangnya dipancarkan cahaya, tetapi keadaannya tidak secerah Bumi (boleh lihat gambar angkasawan yang menjejakkan kaki di Bulan).
4. Kalau banyak bintang di angkasa, kenapa angkasa masih gelap? Sebab alam terlalu luas dan sedang mengembang.
Jadi, banyak cahaya bintang masih belum sampai kepada kita ataupun mungkin tidak akan sampai.
5. Ataupun sebenarnya alam sudah terang, tetapi diterangi oleh cahaya yang spektrumnya tidak dapat kita lihat.
Kalau kita boleh lihat spektrum ini, alam semesta tidak gelap seperti yang kita lihat sekarang. Cahaya ini tak dapat dilihat kerana gelombangnya telah memanjang akibat daripada pengembangan alam semesta.
Terima kasih Johor Darul Ta'zim, kerana menunjukkan kepada kami semua bahawa Malaysia mampu bermimpi sebesar ini.
Terima kasih kerana berjuang membawa nama Malaysia ke pentas terbesar Asia, mengangkat martabat bola sepak kita.
#ACLElite | #AHLvJDT
Saya cuba ya. Saya cuba.
Semua orang nampak benda sama hari ini, Gencatan senjata 2 minggu. Selat Hormuz dah buka. Harga minyak dunia dah pun turun.
Soalan yang pasti akan keluar,
“Habis tu awat harga minyak kita tak turun lagi?”
Tuan punya badan sendiri pernah beritahu diserang secara fizikal hingga mengalami kecederaan & tudung yang melambangkan maruah seorang muslimah direntap oleh regim tentera negara haram ini ketika ditangkap.
Namun tetap juga ada di antara kita masih nak hantar juga para muslimah kita ini ke tempat yang cukup berbahaya.
Jika para muslimah yang pergi tu ada tujuan contoh macam pakar perubatan, tentera, kaunselor (untuk bantu emosi mangsa wanita), mungkin ada logiknya ke sana. Tapi kalau sekadar influencer, tak pergi pun tak apa.
Kemana kita nak letak larangan dari Nabi SAW yang melarang wanita musafır tanpa mahram? Lebih-lebih lagi ke kawasan yang telah diketahui bahayanya disebabkan konflik yang sedang berlaku sekian lama?
Para suami, dengarkanlah sabda Nabi SAW
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ، وَلاَ تُسَافِرَنَّ امْرَأَةٌ إِلاَّ وَمَعَهَا مَحْرَمٌ ". فَقَامَ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ، اكْتُتِبْتُ فِي غَزْوَةِ كَذَا وَكَذَا، وَخَرَجَتِ امْرَأَتِي حَاجَّةً. قَالَ " اذْهَبْ فَحُجَّ مَعَ امْرَأَتِكَ
“Tidak dibenarkan untuk seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, dan tidak dibenarkan untuk wanita bermusafir tanpa ditemani mahramnya”.
Seorang lelaki bangkit dan berkata:
‘Wahai Rasulullah, aku telah mendaftarkan diri untuk sertai perperangan, sedangkan isteri aku pula hendak menunaikan Haji’.
Rasulullah SAW bersabda:
“Pergi tunaikan haji bersama isteri kamu”
[Sahih Bukhari, Kitab Al-Jihad wal Siyar, Bab: Jika seorang lelaki telah mendaftarkan dirinya untuk sertai tentera dan kemudian isterinya keluar menunaikan Haji, hadith 215]
Bayangkan, lelaki yang dah daftar nama untuk berjihad pun Rasulullah SAW perintahkan agar batalkan niat dan temankan isterinya pergi Haji, walaupun pahala jihad itu pahala yang sangat besar.
Lalu bagaimana pula dengan sekarang?
Isteri pergi berjuang, suami yang sihat pula duduk rumah jaga anak.
Dah terbalik. Sedangkan Islam tak pernah taklifkan jihad bagi wanita.
Semat dalam kepala dengan teguran Ibn Mas'ud radhiyallahu anhu:
وَكَمْ مِنْ مُرِيدِ لِلْخَيْرِ لَنْ يُصِيبَهُ
“Berapa ramai manusia inginkan kebaikan namun tak mendapatkannya!”
Simple je nak faham krisis minyak dunia ni... negara kaya minyak, Brunei pun dah lock ketirisan minyak bersubsidi.. starting 1 April subsidi utk org Brunei je..⛽🇧🇳
• Kereta Malaysia nak masuk? Minyak mesti ada 3/4 full 🚗
• Nak isi minyak gak? Hanya V-Power (harga premium, mahal!) 💸
• Kereta Brunei yg ulang-alik border? Pun kena 3/4 rule 🕒
So takde dah cerita masuk dari Limbang isi minyak murah—subsidi strictly utk orang Brunei je..🔒
Bukan nak backup pmx pun. Dulu ada supply constraint ke? Ko kena bezakan production-demand gap vs logistic supply issues (sekarang).
Kenapa x compare terus harga minyak zaman World War 2 waktu $1.2 per barrel sekali
Ada juga yang percaya Malaysia “jual semua minyak kita” dan sebab itu harga mahal. Sebenarnya, tidak.
Realiti sebenar minyak Malaysia; Malaysia guna minyak lebih banyak daripada kita hasilkan.
Malaysia tidak eksport semua minyak berkualiti tinggi. Kita hanya eksport sekitar 30% minyak mentah sahaja & 70% lagi diproses dalam negara jadi petrol, diesel etc etc.
Kenapa eksport juga? Sebab minyak mentah kita berkualiti tinggi dan mahal. Lebih berbaloi jual, kemudian import minyak lain untuk diproses.
Ini strategi ekonomi, bukan rugi. Tetapi, masalah sebenar adalah; Permintaan rakyat Malaysia > pengeluaran domestik.
Contoh kasar, kita hasilkan 3.8 juta tan petrol tapi guna 14.8 juta tan. Defisit besar. Jadi kita terpaksa import. Ini bukan pilihan tetapi ini keperluan. Kalau tak import, tak cukup petrol untuk rakyat.
Kenapa tak guna minyak kita sahaja? Sebab kilang penapisan perlukan campuran minyak tempatan + import untuk hasilkan produk ikut standard (Euro5, dll).
Sebab itu kita eksport dan kita juga import. Tak pelik, sebab standard dalam industri global.
Rupanya senang je nak unsubscribe Gmail kita dari website merapu supaya taklah kerap full je inbox storage. Kan?
Just taip https://t.co/Gys8q7mcjP then tekan je button unsubscribe tu (rujuk gambar)
Atau...
Weak sial korang sekadar tanya “Bila nak kahwin?” je terus triggered.
Just reply “Belum lagi, doakan saya ye?” and senyum, habis cerita.
9 out of 10 times they wouldn’t even continue broaching the subject. Benda boleh settle in 5 seconds tapi korang punya over…
Yang keluarkan video debat Anwar tahun 2008 ni untuk bandingkan dengan keadaan sekarang memang benak.
Tahun 2008:
Pengeluaran > Penggunaan. So kalau harga naik, Malaysia untung sebab kita net exporter.
Tahun 2025:
Penggunaan > Pengeluaran. So kalau harga naik, Malaysia rugi sebab kita kena import.
Di Filipina banyak stesen sudah kehabisan petrol. Di Thailand, pembelian dicatu. Di Vietnam dan banyak negara Asean, harga petrol melambung. Di Malaysia, masih ramai bakar mercun sebab tengah mood raya sambil dihasut maki kerajaan walaupun harga jualan petrol berjaya dikekalkan.