Setiap kali nak keluar rumah, kita check macam-macam.
Phone dah ada.
Wallet dah ada.
Kunci kereta dah ada.
Tapi mungkin ada satu lagi yang kita selalu tertinggal.
Tawakal.
Bismillah, tawakkaltu ‘alallah, la hawla wa la quwwata illa billah.
Kita tetap usaha.
Kita tetap buat yang terbaik.
Tapi dalam hati, kita tahu…
Tak semua benda berada dalam kawalan kita.
Dan mungkin itu yang membuatkan hati lebih tenang.
Kita serahkan selebihnya kepada Allah.
Terima kasih Dr. Kamilin Jamilin atas perkongsian yang simple, tapi dalam maknanya.
Mungkin kita banyak dosa.
Tapi jangan cepat rasa Allah sudah meninggalkan kita.
Dai Izzhar Nazri berkongsi beberapa perkara yang sangat menarik.
3 perkara yang patut kita syukuri:
Selepas melakukan dosa, hati masih rasa bersalah.
Allah masih lorongkan kita mendengar perkara-perkara yang baik.
Allah masih hadirkan orang-orang baik dalam kehidupan kita.
Kadang-kadang kita anggap semua ini perkara biasa.
Padahal boleh jadi itulah jalan yang Allah sedang buka supaya kita kembali kepada-Nya.
Jangan tunggu menjadi sempurna baru mahu mendekati Allah.
Datanglah kepada Allah dengan segala kekurangan kita.
Jatuh, bangun.
Jatuh lagi, bangun lagi.
Yang penting jangan berhenti pulang.
Perkongsian daripada Dai Izzhar Nazri.
Waalaikumussalam
Jika tak mampu kejar masa untuk solat Maghrib, boleh niat jamakkan solat tanpa qasar kerana ada masyaqqah (halangan untuk solat), kemudian solat jamak dengan isyak.
Ini lebih baik berbanding mengqada’kan solat dengan sengaja; kerana perbuatan qada solat termasuk dalam dosa meninggalkan solat dengan sengaja.
Wallahua’lam
Jawapan kita perlu ringkas, benar dan sesuai dengan tahap kefahaman mereka.
Boleh jawab:
“Allah kata dalam Al-Quran, Dia berada di atas langit, tapi Allah sentiasa tahu, dengar dan nampak kita.
Allah sayang kita walaupun kita tak boleh nampak Dia.”
Boleh juga jawab:
“Cuba tengok angin, kita tak nampak angin tapi kita tahu angin ada sebab kita rasa tiupannya.
Allah pula lebih hebat daripada semua makhluk.
Kita tak boleh nampak Allah di dunia, tapi Allah sentiasa melihat dan menjaga kita.
Di akhirat, hanya orang yang baik dan terpilih sahaja boleh dapat lihat Allah.”
Wallahua’lam
Hari ini 13 Mei, genap 57 tahun peristiwa pendatang nak halau Melayu dengan penyapu dalam gambar ni dan kemudiannya membawa kepada peristiwa berdarah.
Adakah kita tak mahu ambil iktibar dari sejarah, mahu terjatuh ke lubang yang sama 3-4 kali?
Solat sunat taubat merupakan salah satu perkara sunat yang boleh dibuat ketika bertaubat.
Tanpanya, taubat tetap sah selagi mana cukup syarat taubat iaitu:
1. Mohon ampun atas dosa tersebut
2. Kesal dengan dosa tersebut
3. Hasrat untuk tidak mahu lakukannya semula.
Soal terjatuh semula ke kancah dosa tersebut, ini soal lain.
Taubat masih diterima jika cukup 3 syarat ini.