Menyantuni anak Langkawi berbagai kaum yang menyertai Kejohanan Badminton Tertutup Langkawi pagi tadi. Tidak mustahil satu hari nanti anak Langkawi dapat mengharumkan nama negara di pentas dunia dalam sukan badminton. Hari ini bersukan, esok kita keluar mengundi!
Hari terakhir kempen, saya berpeluang mendekati rakyat Langkawi yang menyertai acara Fun Run di Taman Lagenda di pekan Kuah. Seronok melihat keluarga yang datang bersama anak-anak kecil dan remaja untuk sama-sama beriadah.
Rakyat Langkawi, kalau belum tahu nak undi siapa esok, sini Angah ajarkan cara pangkah untuk undi Perikatan Nasional.
Undi calon no. 2 β
Mohd Suhaimi Bin Abdullah
P.004 Langkawi
Kunjungan kepada petugas kempen pilihanraya Perikatan Nasional saya teruskan di Kampung Bohor Tempoyak. Sangat gembira dapat berjumpa dan bertukar pendapat bersama rakan seperjuangan dan masyarakat setempat. Terima kasih warga Kampung Bohor Tempoyak!
Langkawi terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara. Oleh sebab itu, pemandu teksi dan pengangkutan pelancongan tempatan memainkan peranan penting dalam memastikan kemudahan pergerakan ini berada dalam keadaan optimum bagi mengekalkan reputasi pulau ini.
Dalam pertemuan saya bersama pemandu teksi dan pengangkutan pelancongan tempatan semalam, saya kongsikan bersama mereka buah fikiran saya melalui Pelan Transformasi Teksi Langkawi. Alhamdulillah pelan ini disambut baik oleh mereka dan Insyallah saya akan mencuba sebaik mungkin.
Masuk 100 meter terakhir tempoh berkempen bagi Pilihanraya Umum Ke-15, saya kongsikan kepada penduduk sekitar pekan Kuah tentang impian saya memperjuangkan sebuah masyarakat yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam yang menuju keredhaan Allah.
Diberi ruang melawat petugas-petugas yang membantu kempen saya di Pusat Daerah Mengundi Kuah dan mendekati masyarakat setempat semalam. Saya berharap hubungan mesra ini akan kekal terjalin sebagai wakil rakyat Langkawi kelak Insyaallah.
Sebagai sebuah pulau yang dikurniakan Allah S.W.T dengan kekayaan hasil laut yang pelbagai, nelayan berperanan penting memastikan sumber makanan penduduk Langkawi sentiasa terjamin dengan aktiviti perikanan mampan.
Merasmikan Kejohanan Futsal Perikatan Nasional di Empire Futsal Center, Ulu Melaka semalam. Saya kongsikan bersama anak muda tentang peranan sukan sebagai pemangkin perpaduan antara masyarakat. Gembira melihat sokongan padu ditunjukkan mereka terhadap penganjuran acara sebegini.
Berjalan sambil mengamati dan berkempen di pasar malam Kuah semalam, saya mengambil peluang untuk beramah-mesra bersama penjaja dan pengunjung. Selain itu, saya turut mendengar permasalahan yang dialami peniaga di sini dan berkongsi keazaman untuk membantu mereka sebaik mungkin.
Banyak betul makanan dan minuman di pasar malam di pekan Kuah ini! Dalam misi saya mendekati seramai mungkin pengundi P.004 Langkawi, saya diberi kesempatan untuk berkunjung serta bertukar pendapat bersama para peniaga dan pengunjung pasar malam ini.
Bingit jalanraya sekitar Langkawi semalam bila bermulanya acara Flash Mob Perikatan Nasional tepat jam 5 petang. Terharu saya melihat sokongan daripada masyarakat pulau kesayangan kita ini. Insyaallah saya akan berusaha sebaik mungkin untuk melonjakkan kemakmuran bersama.
Anggota-anggota keselamatan ini diberi ruang dalam peraturan pilihanraya untuk menjalani proses pengundian awal agar dapat memberi fokus kepada tugas hakiki mereka pada hari mendatang. Pengorbanan TLDM dalam menjaga keamanan negara amat saya sanjungi.
Saya berkesempatan pergi ke Pusat Latihan Polis Langkawi tempohari untuk memantau dan melihat sendiri perjalanan proses mengundi awal yang dilakukan oleh anggota Polis Diraja Malaysia. Tugas digalas mereka dalam melahirkan lebih ramai anggota berketrampilan amat saya hargai.
Dalam Ceramah Perdana di Kampung Ranggut tempohari, saya tekankan kepada hadirin tentang pentingnya rakyat Malaysia dan khususnya penduduk Langkawi untuk bersama-sama memperjuangkan sebuah masyarakat yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam yang menuju keredhaan Allah
Beramah mesra bersama petugas PDM dan penduduk sekitar. Saya sangat berbesar hati melihat keazaman tinggi mereka dalam usaha memenuhi aspirasi kerajaan yang lebih prihatin, bersih dan stabil. Selayaknya mereka mengharungi masa depan yang lebih makmur dan saksama bersama PN.