Yang menolongmu itu Allah.
Yang menyembuhkan sakitmu itu Allah.
Yang memberimu rezeki itu Allah.
Yang melindungimu itu Allah.
Yang menyelesaikan masalahmu itu Allah.
Manusia hanya perantara. Jangan salah bergantung. Semua boleh mengecewakan dan meninggalkanmu, tapi Allah tidak.
KEMASKINI
SYUKUR ALHAMDULILLAH
Air bawah tanah dijumpai rakyat Gaza ketika mereka mahu memasang khemah
Mereka ketika ini sangat memerlukan bekalan air bersih
Member tanya,
“Kalau kahwin tu mendatangkan rezeki, habistu kenapa ramai orang cerai sebab duit?”
At 1st mmg sentap
Tapi…
Bila fikir balik..
“Seluas manapun pintu rezeki dibuka, kalau pintu syukur kita tutup rapat, gaji 50k pun tetap xcukup.”
Rezeki + Syukur = Berkat
Ada sejenis harapan yang dikenali sebagai umniyah.
Umniyah bererti berharap kepada sesuatu tetapi mengabaikan jalan untuk mencapainya. Mudah kata "angan-angan kosong." Dan ini termasuk perkara yang tercela dalam islam.
Contohnya nak jadi lebih sihat, tapi langsung tak peduli untuk jaga makan, bersenam pun malas. Mengharapkan akhirat tapi tak buat apa-apa untuk mendapatkannya.
Dunia untuk diurus, bukan untuk dirunsingkan.
Tak semua perkara kita boleh uruskan dengan tangan sendiri. Kita memerlukan Tangan-Tangan Ghaib untuk membantu.
Penuhi tanggungjawab kita sebagai hamba. InsyaAllah, semuanya akan baik-baik saja.
TERKINI
DOA GAIS DOA
Pasukan Pejuang Palestin sedang meningkatkan serangan ke atas IDF di 3 kawasan di Kem Jabalia, Kejiranan Al Zaytoun dan Timur Rafah termasuk kawasan sekitar Lintasan Rafah sekarang ini
Semoga Allah memberikan kemenangan kepada mereka
KES DERA ANAK DI TASKA TERKENAL,
IBU BAPA KECEWA KES TELAH DIGUGURKAN.
Masih ingat lagi kes dera budak yang
pernah viral ni?
Ya betul, bayi di dalam video ini adalah anak kandung saya.