Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea
Oleh Mynewshub
Hasrat mencari peluang pekerjaan di Korea Selatan bertukar menjadi pengalaman pahit apabila seorang individu mendakwa dia bersama rakan-rakannya dikejutkan daripada tidur menggunakan semburan alat pemadam api.
Menerusi perkongsian akaun _asruljamat, individu berkenaan menceritakan perjalanan selama 12 jam dari Malaysia ke Korea untuk mencari peluang pekerjaan, sebelum berdepan layanan yang disifatkannya menjatuhkan maruah.
Menurut hantaran itu, mereka mendakwa diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan sebaik tiba, termasuk insiden semburan pemadam api ketika sedang berehat.
Rakaman yang dikongsikan memaparkan beberapa individu di sebuah bilik, sebelum ruang berkenaan kelihatan diselubungi kepulan bahan semburan.
Bagaimanapun, rakaman itu sahaja tidak menjelaskan keseluruhan kejadian, identiti pihak terlibat atau punca tindakan tersebut.
Walaupun video berkenaan menggunakan keterangan “First day of work in Korea”, pemilik akaun memperjelaskan dalam kapsyennya bahawa mereka sebenarnya belum memulakan pekerjaan ketika insiden didakwa berlaku.
Dia turut mendakwa belum sempat bersarapan, sedangkan waktu bekerja masih berbaki kira-kira sejam.
Perkongsian itu menggambarkan kekecewaannya apabila harapan memulakan kehidupan dan pekerjaan di negara asing disambut dengan pengalaman yang dirasakan mengaibkan.
Apa pun, moga individu itu terus tabah dan nasibnya berubah menjadi lebih baik.
Sumber: Hantaran akaun _asruljamat dan rakaman yang dikongsikan.
'Isteri tunggu dalam kereta, suami maut dirempuh ketika kemas peralatan kerja'
Seorang penyelia yang maut dirempuh pemandu mabuk baru empat bulan mendirikan rumah tangga.
BACA: https://t.co/7TAj8ZKJA4
Saya tak tahulah depa ni dah buat test run ke tidak sebelum galakkan rakyat guna.
Saya rasa apps Tuju ni terlampau berfikir ke hadapan. Sesuai untuk pengguna kereta terbang saja kalau gini rupanya 🤷🏻♂️
TERKINI
INDONESIA BLUETICKKK MALAYSIA PASAL JEREBU
Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa Indonesia langsung tidak memberi respon atau balasan terhadap tawaran Malaysia untuk membantu menyelesaikan masalah jerebu dan kebakaran hutan di sana
Malaysia sebelum ini menawarkan sejak September sebuah pesawat pemadam kebakaran, 3 buah helikopter dan 55 anggota untuk membantu memadamkan kebakaran di sana
Malahan Malaysia bersiap sedia untuk menghantar TUDM untuk membantu membuat operasi pembenihan awan dalam kawasan ruang udara Indonesia