Mari kita ulangkaji rukun-rukun solat mengikut Mazhab Shafi’i. Kalau tinggal salah satu maka tak sah solat.
Rukun Qalb (Hati)
• Niat
Rukun Qauli (Baca dan didengari dengan telinga sendiri)
• Takbiratul Ihram
• Surah al-Fatihah
• Tasyahhud Akhir
• Selawat ke atas Nabi
• Salam Pertama
Rukun Fi’li (perbuatan)
• Berdiri dengan betul
• Ruku’
• I’tidal
• Sujud
• Duduk diantara 2 sujud
• Duduk Tasyahhud Akhir
Rukun Am
• Tertib
• Toma’ninah (berhenti seketika dengan tenang)
Maka tak baca Doa Iftitah masih sah solat.
Wallahua’lam.
Di jaman sekarang ini yuk normalisasi sering baca 7 surah istimewa ini :
1. Al-Waqiah : “pembuka pintu rezeki”
2. Ar-Rahman : “melembutkan hati”
3. Yasin : “mempermudah segala urusan”
4. Al-Mulk : “selamat dari siksa kubur”
5. Al-Kahfi : “terhindar dari fitnah dajjal”
6. Luqman : “diberikan 10 kebaikan”
7. As Sajadah : “penolong di hari kiamat”
Tarikh puasa sunat pada hari-hari awal Zulhijah dan Hari Arafah bagi tahun 1447H / 2026M untuk rujukan bersama. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita. 🤲
68 cara untuk menjadi rakyat Malaysia yang lebih baik, sempena Hari Kebangsaan ke-68. 🇲🇾
1. Sentiasa jujur walau dalam perkara kecil.
2. Amalkan disiplin masa.
3. Hargai rezeki, jangan membazir makanan.
4. Tolong orang tanpa mengharap balasan.
5. Sentiasa belajar benda baharu.
6. Mengutamakan kesihatan diri.
7. Rajin membaca dan menambah ilmu.
8. Berfikir sebelum bercakap.
9. Mengamalkan adab sopan setiap masa.
10. Jangan mudah putus asa.
11. Hormat ibu bapa dan orang tua.
12. Luangkan masa dengan keluarga.
13. Didik anak-anak dengan nilai murni.
14. Jaga hubungan kejiranan.
15. Menyapa jiran walau sekadar senyuman.
16. Menghulur bantuan jika jiran susah.
17. Saling menghormati budaya jiran berlainan kaum.
18. Sertai aktiviti komuniti.
19. Berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.
20. Ambil berat keselamatan kawasan perumahan.
21. Gunakan bahasa yang membina, bukan memecahbelah.
22. Belajar asas bahasa kaum lain.
23. Meraikan perayaan semua kaum.
24. Elakkan sikap perkauman.
25. Hargai kepelbagaian makanan, budaya, dan adat.
26. Menjadi rakyat yang bertolak ansur.
27. Mendengar pandangan orang lain tanpa prejudis.
28. Bersikap terbuka terhadap perbezaan.
29. Menyokong produk dan perniagaan tempatan pelbagai kaum.
30. Mengamalkan semangat muhibah setiap hari.
31. Mengibarkan Jalur Gemilang dengan bangga.
32. Menghormati lagu Negaraku.
33. Menyokong pasukan negara tanpa kira sukan.
34. Mengetahui sejarah negara.
35. Mengunjungi tempat bersejarah.
36. Menyertai program kenegaraan.
37. Menyayangi tanah air dengan hati ikhlas.
38. Mendoakan kesejahteraan negara.
39. Menghormati perlembagaan.
40. Mengamalkan Rukun Negara.
41. Menggalakkan anak membaca.
42. Menyokong pendidikan seumur hidup.
43. Menghargai guru dan pensyarah.
44. Berkongsi ilmu dengan orang lain.
45. Mengajar generasi muda tentang nilai perpaduan.
46. Membaca berita daripada sumber sahih.
47. Menyokong inovasi tempatan.
48. Menggunakan teknologi untuk kebaikan.
49. Mempelajari sejarah negeri-negeri lain.
50. Menghormati ilmu tradisional dan moden.
51. Membeli produk buatan Malaysia.
52. Menyokong usahawan tempatan.
53. Bekerja dengan penuh integriti.
54. Mengelak rasuah.
55. Membayar cukai dengan jujur.
56. Menghargai pekerja barisan hadapan.
57. Mengutamakan kualiti kerja.
58. Memberi peluang pekerjaan tanpa diskriminasi.
59. Mengutamakan keselamatan di tempat kerja.
60. Menyokong ekonomi hijau dan lestari.
61. Tidak membuang sampah merata-rata.
62. Mengitar semula barangan.
63. Mengurangkan penggunaan plastik.
64. Menjaga sungai dan laut.
65. Menanam pokok.
66. Menjaga haiwan dan tidak mendera.
67. Menyokong tenaga boleh diperbaharui.
68. Menghargai keindahan alam semula jadi Malaysia.
Selamat Hari Kebangsaan ke-68 dan Selamat Hari Sabah!
Tanah air ini milik kita bersama untuk dijaga, dibina dan disayangi selamanya. 🫶🏼
CELIK
Semalam saya tonton video-video dari perhimpunan “Turun Anwar”.
Ada anak muda. Ditanya siapa patut ganti DS Anwar, dia jawab:
“Menteri Besar Terengganu Shafwan… eh bukan. Afnan!” 🤦🏻♀️
Dan seorang ‘Prof’ wanita pula yakin berkata:
“Anwar ni dah dua kali jadi PM. Tahun 2018 dia jual habis aset negara.” 😢
Lepas tu, ada sorang brader dengan speaker semangat berkata:
“Anwar ni zionis! Anwar ni teruk!
Hidup hidup, hidup Anwar!!!” Eh…. 😂
Mendengar ni… kita pun tak tahu nak gelak ke nak nangis.
Buat kita tertanya — dari planet mana eh mereka ni timbul?
Kalau jenis celik demokrasi,
sampai boleh ber-demonstrasi,
takkan benda asas pun tak boleh semak sendiri?
Ya… dalam kita raikan demokrasi,
kita juga wajib bertanya:
Demokrasi yang bagaimana?
Seperti saya tulis minggu lalu, Aristotle dah ingatkan:
“Demokrasi tanpa ilmu akan jadi mob rule.”
Kuasa gerombolan bukan kuasa kebijaksanaan.
*************
Pada saya, nak marah dan bersuara. Itu hak masing2.
Tapi kalau kita mula menelan apa saja yang disuap,
tanpa semak dan tanpa fikir,
maka kita bukan sedang bangkit.
Kekdahnya, kita sedang diperalat.
Inilah bahayanya bila demokrasi dicemari dengan:
❌ fakta yang dipotong separuh
❌ emosi benci dan taksub
❌ dan propaganda yang tak tahu hujung pangkal.
Kita menonong pajakkan akal.
Itu sebabnya, pemimpin the Prince atau perasan nak jadi the Prince, terus menerus bodohkan umat. Itu cara depa cari makan.
**********
📌 Dalam The Prince, Machiavelli ajar pemimpin dangkal cara untuk kekal berkuasa:
“Jangan harap cinta rakyat. Kuasai ketakutan dan kawal kejahilan mereka.”
Falsafah dia jelas:
• Beri rakyat suatu musuh, bukan maklumat.
• Ulang persepsi, bukan fakta.
• Main emosi, bukan dasar.
Bila rakyat dibiar dalam ketakutan dan kejahilan, mereka mudah dikawal.
Dan makin ramai yang dikawal, makin kuat cengkaman kuasa.
Inilah seni politik licik tanpa akhlak.
Kuasa bukan lagi amanah. Tapi alat.
⸻
Tapi dalam warisan Islam, pemikiran seperti ini ditolak mentah-mentah.
Islam tidak izinkan rakyat diperbodoh.
Ilmu bukan untuk elit. Ilmu itu untuk semua.
Dan bila kuasa diberi,
ia bukan untuk mengawal yang jahil,
tetapi untuk mengangkat yang berakal.
📌Al-Farabi, dalam Al-Madina Al-Fadila, menulis:
“Negara yang membiarkan rakyatnya jahil, akan dipimpin oleh penguasa yang rakus.”
Maksudnya jelas:
Kalau kita biarkan kebodohan berleluasa,
kita sedang membuka pintu untuk pemimpin yang zalim naik dengan mudah.
⸻
📌 Ibn Khaldun, dalam Muqaddimah, lebih berani lagi. Beliau ingatkan kita:
“Bila rakyat terlalu taksub kepada penguasa,
maka hilanglah pertimbangan akal fikiran.
Dan di situlah bermula kejatuhan sebuah tamadun.”
Inilah beza antara politik amanah dan politik eksploitasi.
Antara pemimpin yang membina akal —
dan pemimpin yang suka melihat rakyat kekal bising tapi otak kosong.
**************
Kita boleh bangkit.
Tapi bangkitlah dengan akal, bukan sekadar amarah.
Demo boleh.
Tapi jangan demo ikut skrip
siapa yang paling lantang di media sosial.
Dan mereka yang di haluan tengah —
Centrist dan silent majority…
jangan diam terlalu lama.
Kerana bila medan kuasa dikuasai
oleh yang bising tapi bingung,
Negara akan cepat merudum.
Jika kita benar sayangkan negara,
✅ Soal
✅ Semak
✅ Pilih dengan waras
✅ Tolak mereka yang mahu rakyat kekal bodoh demi kuasa
Kerana negara tidak pernah terbina oleh pemimpin sempurna tetapi yang lebih penting rakyat yang celik akalnya.
Jihad intelek rakyat sudah lama patut bermula. Mula dari diri kita.
Moga-moga Allah kurniakan Malaysia dengan lebih ramai pemimpin yang bijaksana.
Bukan pemimpin recycle yang selalunya gentar dengan rakyat celik
— seperti pembaca saya 🫡
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB- Bodek ada makna. Permisi nak cuti.
Kadang penat tulis pasal Mechiavelli.
Kali ni? Team sis kalah rugby. 😢
#sismasukgua
Kalau accident OTW pergi kerja, boleh claim PERKESO ke?
Jawapan: Boleh! Tapi ada syarat. Ramai pekerja tak tahu hak sendiri, so aku ringkaskan dalam thread ni 👇
Meremang dengar kisah dia, tak kisah kalau ada yang tak percaya atau sangsi dengan cerita dia. Azab kubur itu benar. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari azab kubur, teruskan jaga ibadah dan perilaku.
Insha Allah.
Kita cuba perbaiki ibadah kita, jikalah satu perkara yang boleh kita perbaiki adalah dengan membuat solat sunat rawatib mengiringi solat fardhu kita.
2 rakaat sahaja, 2-3 minit selesai. InsyaAllah banyak kelebihannya.