Seluruh Warga Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Agensi merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Hairil Yahri Yaacob, Ketua Setiausaha MITI di atas pengurniaan Darjah Kebesaran PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N.) yang-
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah Takzim daripada seluruh warga Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
@MITIMalaysia
#Produktiviti #MalaysiaProduktif #MemacuProduktivitiNegara
Keharmonian dan kedamaian hidup adalah asas kepada kebahagiaan kita bersama. Melalui penghayatan tema 'Mendepani Era Digital, Memupuk Kebijaksanaan Bersama', mari kita bawa nilai-nilai murni ini ke tempat kerja untuk membina persekitaran yang positif sekaligus meningkatkan produktiviti yang mampan.
Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada semua warga yang beragama Buddha. Semoga sambutan tahun ini membawa keamanan, kasih sayang, dan kesejahteraan dalam hidup kita.
@MITIMalaysia
#MPC #Produktiviti #HariWesak #WesakDay
Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan,
Semangat produktiviti terus melonjak,
Demi masa depan penuh kemakmuran.
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sabah dan Sarawak.
Semoga musim menuai kali ini membawa keberkatan, keharmonian, dan memacu produktiviti negara ke tahap yang lebih tinggi.
@MITIMalaysia
#MPC #Produktiviti #PestaKaamatan #HariGawai #SabahProduktifSabahMajuJaya #SarawakProduktif
Di sebalik kemeriahan Aidiladha, tersimpan nilai besar tentang pengorbanan, keikhlasan dan kekuatan dalam melaksanakan amanah.
Setiap usaha, setiap pengorbanan dan setiap langkah kecil yang dilakukan dengan penuh dedikasi mampu membawa perubahan yang besar — bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada organisasi dan negara.
Semoga Aidiladha ini menjadi inspirasi untuk kita terus memperkukuh semangat bekerja, meningkatkan produktiviti dan bersama-sama membina masa depan yang lebih gemilang.
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang meraikannya. ✨
@MITIMalaysia
#Produktiviti #aidiladha #MalaysiaProduktif #MemacuProduktivitiNegara
https://t.co/mK86SpkTEh
Sertai siaran langsung kami secara eksklusif dari Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur bagi meraikan pencapaian cemerlang bakat industri yang bakal menerima pengiktirafan tertinggi pada hari ini! Majlis bersejarah ini meraikan dedikasi para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian menerusi Program Akademi Dalam Industri (ADI) - Laluan Diploma Profesional Luar Negara.
Mari bersama-sama kita saksikan detik kebanggaan ini. Tunjukkan sokongan anda dengan menekan butang 'Like' dan 'Share' siaran langsung ini, dan tinggalkan ucapan tahniah kepada para graduan di ruangan komen di bawah! 👇
#AkademiDalamIndustri #KonvokesyenADI2026 #DiplomaProfesional #BakatIndustri #ProduktivitiNegara #MITIMalaysia
#Produktiviti
“Di sebalik setiap kejayaan, tersirat dedikasi dan pengorbanan seorang guru".
Selaras dengan tema Hari Guru 2026, “Guru Bitara Nadi Negara”, guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah memupuk nilai produktiviti demi membentuk generasi masa depan.
Terima kasih cikgu, kerana menjadi inspirasi negara.”
@MITIMalaysia
#Hariguru #teachersday #productivity
Setiap pekerja adalah pemacu utama pertumbuhan ekonomi. Gunakan peluang untuk berinovasi, tingkatkan kecekapan, dan cipta nilai yang berterusan dalam setiap peranan yang kita galas.
Selamat Menyambut Hari Pekerja, Pekerja KESUMA Bangsa!
@MITIMalaysia#Produktiviti #MalaysiaProduktif #MemacuProduktivitiNegara #MPC60tahun
Tahukah anda?
Penjimatan tenaga bukan sahaja mengurangkan kos operasi, malah menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan daya saing negara.
Penggunaan tenaga secara cekap membolehkan sumber dimanfaatkan dengan lebih optimum sekaligus meningkatkan kecekapan dan nilai tambah.
Kecekapan Tenaga = Peningkatan Produktiviti
#Produktiviti #MalaysiaProduktif #MemacuProduktivitiNegara #MPC60tahun #KecekapanTenaga
Ukur Hari Ini, Jamin Masa Depan.
Apabila produktiviti dijadikan asas dalam menilai prestasi, organisasi dapat memastikan pampasan pekerja diberikan secara lebih adil serta memperkukuh daya saing untuk jangka panjang.
Apa yang diukur hari ini akan menentukan keupayaan organisasi untuk terus berkembang dan kekal relevan pada masa hadapan.
@MITIMalaysia
#Produktiviti #MalaysiaProduktif #MemacuProduktivitiNegara #MPC60tahun
Buat Keputusan Berasaskan Data, Bukan Andaian.
Tahukah anda, dalam pengurusan organisasi moden, data memainkan peranan penting dalam memastikan keputusan yang lebih tepat dan adil.
Melalui pengukuran produktiviti, organisasi dapat menilai prestasi secara objektif serta memastikan pampasan pekerja diberikan berdasarkan sumbangan sebenar.
Pada masa yang sama, pengukuran ini membantu meningkatkan kecekapan kos dan menyokong kelestarian organisasi dalam jangka panjang.
@MITIMalaysia
#Produktiviti #MalaysiaProduktif #MemacuProduktivitiNegara #MPC60tahun
Sekalung tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Emelia Fantoza binti Saraih atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah MPC!
Selamat menjalankan amanah dalam memacu reformasi dan mempercepat pertumbuhan produktiviti negara bersama MPC.
@MOFmalaysia@MITIMalaysia#Produktiviti #MalaysiaProduktif #MemacuProduktivitiNegara #MPC60tahun
تَقَبَّ��َ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Semoga Allah menerima (amalan) daripada kami dan (juga) daripada kamu.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!
Semoga Syawal ini membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim serta menyuntik semangat baharu untuk kita terus mempertingkat produktiviti dalam setiap usaha demi kemajuan diri, organisasi dan negara.
#Produktiviti #MalaysiaProduktif #MemacuProduktivitiNegara #MPC60tahun
𝐔𝐤𝐮𝐫 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢, 𝐁𝐢𝐧𝐚 𝐃𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐏𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠.
Apabila produktiviti diukur secara sistematik, organisasi dapat 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐩𝐫𝐞𝐬𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐭𝐞𝐩𝐚𝐭 dan memastikan pampasan pekerja diberikan secara adil. Pada masa yang sama, pengukuran ini membantu organisasi 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐜𝐞𝐤𝐚𝐩 serta memperkukuh daya saing untuk jangka panjang.
Keputusan yang berasaskan data produktiviti bukan sahaja menyokong prestasi organisasi, malah membina masa depan yang lebih mampan.
@MITIMalaysia
#𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 #𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤𝐭𝐢𝐟 #𝐌𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 #𝐌𝐏𝐂𝟔𝟎𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧