Kehidupan sesama manusia penuh dgn serba salah. Apabila terlalu jujur, kita dikhianati. Ketika terlajak baik, kita dipermainkan. Begitulah lumrah dunia..
Bahaya Penyakit 'Ain.
Dalam kitab Fathul Bahri, 'ain adalah pandangan hasad dengki daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.
Yang menakutkan lagi, penyakit ini juga boleh timbul tanpa ada rasa dengki dan tidak disengajakan.
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ
“Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah."
Kepada semua petugas barisan hadapan, didoakan semoga tabah menghadapi segala cabaran, ujian dan dugaan dalam membendung penularan jangkitan Covid-19 dalam negara.
Ada duit sikit ke banyak ke, jangan lupa bersedeqah ✨
Kalau kita ada rasa tak cukup duit kita tu, lagi bagus paksa diri untuk keluarkan duit untuk bersedeqah supaya kita ingat, rezeki tu Allah yang bagi. Percaya pada Dia ✨
Menjadi orang berjaya dengan :
1.Menyusun masa.
2.Melakukan perkara yang berfaedah.
3.Menambahkan produktiviti.
4.Muhasabah diri.
5.Sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik.
6.Membetulkan niat.
Sempena ulang tahun kelahiran Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa, 21 April, beliau ada permintaan untuk anda semua.
Sumber:@BernamaTV
Apabila mak kita mula mesej bertanya khabar, apakah tandanya?
1. Mak dah rindu dengan kita.
2. Kita dah lama tak tanya khabar mak kita.
Sebenarnya mak & ayah adalah sumber kekuatan dan ketenangan. Jasa dan pengorbanan mak & ayah, tidak terbalas dengan segala isi dunia.