@mkini_bm Betul la tu royal decree is not the supreme law, so tony pua is correct on this matter. So silly to use the rukun negara ‘card’ without context, while upholding the federal constitution should be the ultimate priority, and it must be followed first.
@kuasasiswa Hahaha kalau parti mcm umno ok la. Ni parti yg konon progresif mcm pkr boleh peduli benda2 remeh mcm ni mmg tk kemana la. Haihhh malu jd ahli pkr mcm ni
Even after giving out free replacement units and paying compensation, the profit margin remains huge. And the bonus, we secure a piece of golden triangle land. Genius.
Jangan samakan Residensi Kerinchi dengan URA. Kerinchi berjaya sebab 100% setuju tanpa akta. URA pula halalkan paksaan dengan 80% rule. Itu beza antara genuine consent dan legalized land grab
Aku sebenarnya agak bersetuju dengan Urban Renewal Act (URA) ni walaupun ramai bantah.
Hujah aku (berdasarkan kefahaman) guna bahasa layman:
1. Dia target rumah kos rendah, apartment yang dah rundown, buruk, bermasalah, lif tak berfungsi, kotor, semak dsb. Maintenance takde, sebab tu kawasan tu teruk dan tak terurus. Tapi dia berada kat kawasan premium/strategik.
2. Ada pengalaman duduk tempat begitu dulu. Memang menyesakkan dada. Belum lagi parking yang nightmare. Semua orang jadi pemarah.
3. Jadi, dengan URA baru ni, developer offer bina baru kawasan tu. Jadi takdelah diaorang bina kat padang permainan, kawasan komuniti yang banyak berlaku sebelum ni (ini mengarut).
4. Contoh market value RM150,000. Developer offers rumah 3 bilik, 2 bilik air, parking 2. Harga RM450k.
Sementara nak siap rumah:
Option 1: Duduk percuma 100% kat tempat dev sediakan sementara, sampailah rumah siap dapat kunci.
Option 2: Duduk tempat lain. Dev bayar RM800 sebulan selama 4 tahun.
Option 3: Cash lagi tinggi market value (eg : RM200k)
5. Situasi ni sama macam Residensi Kerinchi dulu. Rumah lama, 1-2 bilik menyedihkan. Kawasan teruk. Lepas siap harga terus melonjak RM350k. Sekarang orang jual RM550k+. Rumah lagi selesa, bersih, kawasan cantik, strategik, parking teratur. Kena sabar kejap je.
6. Dengan URA ni tak perlu dapatkan 100% persetujuan. Cukup majoriti owner setuju, 80-20, 75-25. Takde kes macam Kerinchi tu, 95% dah setuju, tapi beberapa orang berkeras taknak pindah sampai ada sorang YB tu kena pukul.
7. Takde lagi kawasan rumah dah buruk dan berbau macam kat Taman Desa. Tak boleh bangunkan sebab tak dapat 100% setuju. Akhirnya jadi kawasan menyeramkan, dan mula ditinggalkan. Tetap tak dapat bangunkan sebab akta tak benarkan.
---
PERSOALAN.
Q: Kenapa tak perlukan 100% setuju? Tak adil kepada yang dah habis bayar.
A : Pada aku begini. Kalau tempat tu semua owner suka, persekitaran okay, tip top, semua yang duduk selesa, confirm ramai taknak jual. Jadi memang dev takkan boleh capai 80% requirement tu.
Tapi kalau dah 99% owner setuju nak bangunkan, tapi ada sorang uncle ni berkeras, ikut akta lama takkan boleh bangunkan. Ia tak adil kepada majoriti?
---
Q: Habislah rumah aku kena runtuhkan sebab dah usia 30 tahun?
Ini yang salah faham. Kalau rumah korang dah berusia 30-70 tahun sekalipun, kalau takde developer yang teringin nak bangunkan, takde isupun.
Tapi kalau ada developer minat nak bina apartment/kondo baru kat kawasan kita, dengan URA baru ni dari sudut pampasan, proses pengambilan semua lebih jelas, teratur dan ada akta.
---
Q: Dulu tak perlu bayar maintenance. Rumah baru dah kena bayar?
Memang logiklah. Sebab takde maintenance lah rumah lama tu, lif sentiasa rosak, kawasan semak, kotor dan banyak sampah. Makin lama, makin teruk.
Rumah baru sepatutnya, kemudahan lebih baik, mungkin ada gym, swimming pool, surau dsb. Semua kemudahan baru ni perlukan maintenance.
Upgrade sikit taraf hidup.
---
KESIMPULAN (sebab dah malas taip),
Eric cakap any building lebih 30 tahun can be demolished tu kurang tepat. Ia masih perlukan persetujuan 75-80% penduduk dulu. Itu pun kalau ada dev yang sanggup ambil tempat tu.
Kalau semua selesa dan seronok duduk kawasan tu, confirm takde sapa setuju nak bangunkan. Developer akan cari tempat lain.
Dari sudut lain, mungkin banyak kawasan tu akan lebih teratur (macam Residensi Kerinchi). Takde lagi kereta parking double di kawasan sempit, duduk kawasan berbau busuk, banyak sampah dsb.
Ia satu peluang nak bangunkan kawasan tu kepada lebih baik. Bagi owner rumah, ada peluang duduk rumah baru secara percuma di kawasan prime/strategik.
Ini pendapat aku tentang URA. Kalau ada yang tak setuju, akupun tak kisah dan takde masalah.
Begitulah.
How do we take the land in Dato Keramat? Easy. Just tell the government we want to ‘beautify’ the old rundown flats. Promise the residents they’ll get brand new units and compensation. Those 15-storey blocks? We can demolish them and replace them with 60-storey towers.