Bersama-sama YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan YB Menteri Belia dan Sukan ketika Sambutan Hari Merdeka ke 62 di Putrajaya pada 31 Ogos 2019. Kemerdekaan yang dikecapi haruslah dihargai dan menjadikan kita lebih bersatu padu dan patriotik!#merdeka#MalaysiaBersih
Menyempurnakan Majlis Penutupan Program Kecergasan dan Kecemerlangan MOA. Kalah atau menang adat bertanding. Sukan menyatu padukan kita. #moasports2019#sukan#ksn#drismailbakar
Saya bersama Warga MOA memeriahkan Acara Menembak MOA GAMES 2019. Tahniah kepada semua pemenang dan semoga terus fokus dalam apa jua cabaran. #moagames2019#ksn#drismailbakar#nanas#shoot
Melancarkan Penubuhan Persatuan Penolong Pegawai Penguatkuasa MAQIS.
Semoga dengan penubuhan ini, Penguatkuasa MAQIS akan terus cemerlang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi menjaga bidang pertanian Malaysia. #malaysia#maqis#pelancaran#ksn#drismailbakar
Pagi ini saya menghadiri acara menembak anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan beramah mesra dengan semua peserta. #moagames2019#ksn#drismailbakar#shoot
Saya meluangkan masa melawat Pasar Terapung di Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Pasar pagi ini dibuka setiap pagi Sabtu dan menampilkan pelbagai sajian dan juadah negeri Kelantan untuk dinikmati pengunjung. #moa#agropelancongan
Sekitar Perasmian Annual General Meeting Koperasi Pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KOTANI) pada 2 Ogos 2019 di Hotel Dorsett, Putrajaya. KOTANI telah ditubuhkan 32 tahun yang lalu dan sehingga kini mempunyai seramai 5,900 orang ahli. #moa#kotani
Sekitar Pelancaran Penanaman Padi Pulut Langkawi yang dirasmikan oleh YBM MOA di Kampung Ayer Hangat, Langkawi. Padi pulut akan dijadikan 'signature' di Langkawi dan antara varietinya adalah Masria 1972, Siding 1981, Pulut Malaysia 1974 & Pulut Hitam 9 #moa#foodsecurity
Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada International Institute of Plantation Management (IIPM) yang telah menganugerahkan saya Fellowship Membership Award pada 1 Ogos 2019 di Kota Kinabalu, Sabah sempena International Stingless Bees Conference and Workshop 2019. #moa
Bersama-sama YB Menteri MOA dalam Sesi Dialog Industri Ruminan di Wisma Tani, Putrajaya. Sesi yang dihadiri oleh penternak ruminan seluruh negara ini merupakan satu pendekatan MOA untuk mengenalpasti isu, cabaran dan bagaimana menjadikan industri ini lebih berdaya saing.#moa
Saya merasmikan Majlis Pelancaran Buku Kajian Semula Pelan Strategik, Jabatan Perikanan Malaysia (2019 β 2020) di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzudin Shah di Lumut, Perak.
Kajian Semula ini lebih berfokus dan bersasar khusus untuk tahun 2019 hingga 2020. #moa#foodsecurity
Saya meluangkan masa untuk melawat Ladang Projek Ternakan Lembu Pedaging oleh penternak muda Encik Mohamad Abbas Ghulam Manaver di Bidor, Perak. Beliau merupakan seorang graduan universiti dan telah menjadikan bidang ternakan sebagai karier sepenuh masa. #moa#foodsecurity