Malam tadi saya berpeluang menghadiri sesi tayangan khas filem Konspirasi di TGV Alamanda, Putrajaya bersama para krew produksi dan pelakon yang terlibat termasuk En. Ghaz Abu Bakar, Pengarah dan Dato’ Adi Putra, pelakon utama filem ini.
Saya melihat filem ini berjaya membawa mesej positif tentang nilai keberanian dalam mempertahankan kebenaran, integriti, kerjasama, kepercayaan dan semangat tidak mudah menyerah kalah dalam sebuah pasukan.
Selain itu, gabungan elemen teknologi dan komunikasi moden telah memberi kekuatan terhadap filem ini dan menjadikannya lebih dekat dengan generasi muda serta relevan dengan cabaran dunia hari ini.
Tahniah saya ucapkan kepada seluruh pasukan produksi, para pelakon dan semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini. Semoga karya tempatan terus mendapat tempat di hati rakyat serta mampu menembusi pasaran antarabangsa.
#Konspirasi
#FilemTempatan
Pendaftaran keahlian UMNO secara online kini dibuka!
Insya-Allah, prosesnya kini lebih mudah dan pantas. Saya mengajak lebih ramai, khususnya anak muda, untuk bersama UMNO bagi meneruskan legasi bangsa dan membina semula kekuatan parti ini menuju kegemilangan.
We want you. Kita mahukan anda.
Kerana UMNO adalah milik kita semua.
Marilah bersama-sama ke Rumah Bangsa.
Dulu, Kini & Selamanya.
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐑𝐒𝐌 𝐃𝐮𝐧𝐠𝐮𝐧: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢, 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Hari ini di Dungun Terengganu, saya telah merasmikan MRSM Dungun, sebuah lagi institusi pendidikan yang membuka ruang harapan dan membina masa depan anak bangsa.
Selama lebih enam dekad, MARA kekal sebagai instrumen strategik Kerajaan dalam memperkasa mobiliti sosial, memastikan akses pendidikan dan peluang ekonomi dapat dinikmati dengan lebih seimbang, khususnya kepada anak-anak dari luar bandar dan keluarga yang memerlukan.
MRSM telah membuktikan peranannya dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mempunyai nilai, jati diri dan keyakinan untuk melangkah lebih jauh.
Saya amat berbangga dengan pencapaian MRSM setakat ini. Keputusan SPM baru-baru ini mencerminkan usaha berterusan kita, apabila lima MRSM berada dalam kelompok Top 5 sekolah terbaik negara, dengan MRSM Tun Ghafar Baba muncul sebagai yang terbaik di Malaysia. Malah, bilangan pelajar yang memperoleh semua A+ turut meningkat kepada 85 orang.
Sebagai tanda penghargaan terhadap kecemerlangan ini, MARA telah menyalurkan insentif sebanyak RM50,000 kepada MRSM dalam kelompok Top 5, dan KKDW turut menambah insentif RM50,000 lagi kepada setiap MRSM berkenaan sebagai dorongan untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang.
Selain itu, saya juga telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM650,000 kepada MRSM Tun Ghafar Baba bagi tujuan baik pulih infrastruktur dan fasiliti maktab.
Walaupun MRSM Dungun masih baharu, saya yakin ia mampu berdiri setanding dengan MRSM lain dan membina identiti kecemerlangannya sendiri. Insya-Allah.
#MRSM #Dungun
#MARA #KKDW
#PejuangDESA
#MalaysiaMADANI
Pengumuman yang melegakan majoriti rakyat.
Masa untuk berjimat dan rancang perbelanjaan dikala krisis dunia.
Malaysia turut terkesan namun impaknya perlu diurus dengan baik berbanding dengan negara jiran
Syukur Alhamdulillah, menerusi Belanjawan Johor 2026, saya telah mengumumkan sebanyak 23 inisiatif di bawah Bantuan Kasih Johor (BKJ) yang bakal memanfaatkan lebih 355,000 penerima.
Tahun ini, BKJ diperluas dengan peruntukan berjumlah hampir RM170 juta, selaras dengan prinsip bahawa ‘hasil negeri mesti dipulangkan semula kepada rakyat’. Justeru, BKJ merupakan manifestasi jelas komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan bantuan sampai terus kepada mereka yang memerlukan.
Inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan di bawah BKJ 2026 ini akan memberikan manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk nelayan, pesakit kronik, warga emas, pengamal media, penggerak komuniti serta kumpulan sasar khas seperti miskin tegar, pemandu teksi, p-hailing, pesara tentera dan polis.
Setiap inisiatif ini disusun dengan teliti agar tiada seorang pun rakyat Johor yang akan tercicir daripada arus pembangunan negeri. Saya sedar bahawa cabaran hidup rakyat adalah pelbagai dan kadangkala berat. Namun, saya berharap setiap inisiatif BKJ ini dapat meringankan beban, membuka peluang, dan memberikan kelegaan kepada mereka yang paling memerlukan.
Semoga lebih ramai lagi rakyat dapat dibantu hasil daripada limpahan ekonomi negeri yang kita cintai ini. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #BelanjawanJohor2026 #BangsaJohorSejahtera
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐨𝐓 𝐒𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭 & 𝐒𝐞𝐤𝐫𝐞𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐭 𝐘𝐏𝐌 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀@𝐒𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐘𝐏𝐌
Hari ini saya telah merasmikan Kursus ‘Train of Trainers’ (ToT) Khas Sahabat & Sekretariat YPM bagi Negeri Sabah dan Parlimen Labuan serta melancarkan inisiatif baharu Rakan NADMA@Sahabat YPM di Kota Kinabalu, Sabah.
Dengan penyertaan lebih 500 sukarelawan YPM, saya melihat program ini bukan sekadar latihan, tetapi satu gerakan untuk melahirkan ‘pembimbing akar umbi’, yang mendekati anak-anak desa di seluruh Sabah, menjadi ‘role model’ dan agen perubahan yang akan memberi inspirasi berterusan kepada generasi baharu.
Saya juga menyokong kerjasama strategik antara NADMA dan YPM untuk memperkasa sukarelawan dalam kesiapsiagaan bencana. Inilah bukti bahawa jaringan YPM tidak hanya berperanan dalam pendidikan, tetapi turut menjadi benteng sokongan masyarakat ketika berlakunya bencana alam.
Saya yakin, inisiatif ini akan melahirkan modal insan yang lebih inklusif, berdaya tahan dan bersedia menjadi penggerak aspirasi Malaysia sebagai negara maju berteraskan ilmu dan kepakaran teknikal khususnya di negeri Sabah. Insya-Allah.
#YayasanPelajaranMARA
#SahabatYPM #RakanNADMA
#NADMA #MARA
#Sabah
@rafiziramli PMX pelik kenapa rakyat tak sambut meriah kempen lawan rasuah beliau.
Kami tak pelik.
Yang pelik, tiba-tiba Farhash kaya.
“Kalau lawan rasuah itu prinsip,
kenapa prinsip itu berhenti depan pintu orang sendiri?”
#SalamAkalSehat 🇲🇾
𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢
𝟮𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗜 𝗜𝗦𝗨 𝗙𝗔𝗥𝗛𝗔𝗦𝗛, 𝗘𝗟𝗔𝗞 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗕𝗘𝗕𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡
Dalam ucapannya di Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan semalam (24 Julai 2025), YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa pelik kenapa usaha-usaha yang dipelopori beliau untuk membanteras rasuah, seolah-olah tidak disambut oleh beberapa pihak (terutamanya pembangkang). Beliau memberi contoh kertas siasatan yang dibuka terhadap tokoh-tokoh tertentu.
Saya tidak meragui keikhlasan beliau untuk membanteras rasuah. Sebahagian besar kempen PKR yang melibatkan saya sendiri, sejak 2010, berkisar kepada skandal-skandal besar negara. Beliau memberi sokongan penuh kepada usaha kami membongkar skandal-skandal negara.
Salah satu penyumbang kepada kemenangan PKR dan PH dalam PRU2018 dan PRU2022 (sehingga beliau berjaya membentuk kerajaan campuran dan dilantik sebagai Perdana Menteri) adalah manifestasi tuntutan rakyat agar rasuah dibanteras sekeras-kerasnya.
Pada masa yang sama, rasa pelik yang beliau luahkan itu ada asasnya.
Kita tidak boleh menolak hakikat bahawa kepercayaan rakyat mengenai usaha membanteras rasuah boleh ditingkatkan lagi. Sementara kita memahami sikap pembangkang yang akan menolak setiap usaha kerajaan, kita juga perlu bermuhasabah kenapa sebahagian rakyat biasa masih belum yakin dengan usaha kerajaan membanteras rasuah.
Kesan dari rasa kurang yakin ini boleh dilihat melalui beberapa sudut.
Pertama, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) masih di takuk yang sama. Malaysia mendapat 50 mata bagi tahun 2023 dan 2024, yang meletakkan negara di kedudukan 57 dari 180 negara. Sementara ini lebih baik dari tahun 2021 dan 2022, mata 50 dan kedudukan 57 sebenarnya tidak banyak berbeza dari pencapaian 2015 (di kemuncak skandal 1MDB), bila mana Malaysia mendapat 50 mata dan kedudukan 54.
Begitu juga dengan data-data kaji selidik terkini yang saya pernah kongsikan beberapa bulan lepas, yang menunjukkan kebimbangan rakyat mengenai rasuah semakin meningkat.
Ini berlaku dalam keadaan pentadbiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara berterusan cuba melakukan pelbagai penambahbaikan proses, selain dari pendirian beliau yang berulang kali menolak rasuah.
Oleh itu, saya ada pandangan yang akan dikecam pelbagai pihak, tetapi ia perlu disuarakan.
Jika Perdana Menteri rasa pelik kenapa sambutan rakyat tidak segah usaha-usaha yang sedang dilakukan, ia bermakna ada perkara lain yang mungkin mencacatkan usaha-usaha itu di mata rakyat.
Kedudukan CPI ditentukan oleh persepsi rakyat. Persepsi dipengaruhi oleh beberapa perkara penting, terutamanya:
1) Keberkesanan reformasi yang dijalankan hingga ia berjaya membanteras amalan rasuah ke peringkat akar umbi dan dirasai oleh rakyat dalam urusan seharian mereka; 𝘥𝘢𝘯
2) Pandangan umum mengenai konsistensi pemerintah memlawan rasuah, supaya amalan rasuah dibanteras dengan seadilnya dan pemerintah dilihat benar-benar bersih dari rasuah.
Kita boleh menerima pandangan bahawa reformasi pentadbiran yang dilaksanakan akan mengambil masa untuk mengubah budaya agar amalan rasuah dibanteras sehingga ke akar umbi.
Namun, adalah sangat berbahaya jika pentadbiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak konsisten dan memilih bulu dalam membanteras rasuah, sekiranya ada kes-kes besar yang melibatkan pimpinan Kerajaan Perpaduan atau tokoh-tokoh yang rapat dengan beliau.
Sebab itu saya memilih untuk bersuara kali ini, selepas satu tuduhan skandal lesen penerokaan mineral seluas 70,000 hektar di Sabah yang membabitkan Datuk Farhash Wafa Salvador mula berlegar.
Ini bukan kali pertama Farhash disabitkan dengan pelbagai urusniaga yang mengundang kontroversi.
Sejak YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, Farhash tiba-tiba melonjak menjadi seorang niagawan yang ligat dan mula mempunyai kepentingan dari satu syarikat ke satu syarikat. Ada syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan beliau, kemudiannya mendapat kontrak perolehan yang besar dari kerajaan.
Jumlah sebenar kontrak-kontrak perolehan kerajaan yang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Farhash tidak diketahui umum.
Namun, pengaruh Farhash menjadi bualan rakyat di luar – baik rakyat biasa yang melihat kemewahan dan gaya hidupnya, sehinggalah golongan perniagaan yang berurusan dengan kerajaan dan dalam sektor korporat.
Apabila perkara ini dibangkitkan sebelum ini, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanya memberi penafian. Penjelasan beliau ialah kegiatan perniagaan Farhash tidak ada kena mengena dengan beliau kerana Farhash bukan lagi setiausaha politik beliau.
Saya memilih untuk bersangka baik ketika itu, walaupun saya tahu pengaruh Farhash dalam PKR dan sebahagian pentadbiran kerajaan itu benar-benar wujud.
Tuduhan terbaru mengenai lesen penerokaan mineral yang membabitkan Farhash tidak akan mati begitu sahaja. Pendedahan setakat ini disertakan dengan dokumen dan rakaman audio. Saya percaya lebih banyak maklumat akan menjadi pengetahuan umum selepas ini.
Saya juga percaya ia bukan tuduhan terakhir yang membabitkan Farhash. Dari semasa ke semasa, ada saja kontroversi baru mengenai beliau yang akan menjadi bualan umum.
Oleh itu, saya berharap YAB Perdana Menteri memandang perkara ini dengan serius.
Kontroversi demi kontroversi yang ditimbulkan dan dikaitkan dengan Farhash perlu ditangani segera dan penafian mentah tidak lagi akan diterima oleh rakyat.
Maklumat-maklumat yang didedahkan setakat ini sudah cukup untuk membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap Farhash, seperti mana kertas siasatan dibuka terhadap tokoh-tokoh lain yang dituduh menjadi kaya secara tiba-tiba.
Bila ada konsistensi sebegini, barulah lebih ramai rakyat yang lebih yakin dengan usaha kerajaan membanteras rasuah.
Jika tidak, bukan sahaja usaha-usaha ini tidak membuahkan hasil yang dikehendaki dan diterjemahkan kepada kedudukan CPI negara yang lebih baik, saya khuatir beban Farhash ini akan mengheret PKR dan PH dalam pilihanraya yang akan datang.
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
Ahli Parlimen Pandan