KEMASKINI
KEADAAN TERKINI KESIHATAN DI GAZA
KENYATAAN MEDIA JURUCAKAP KEMENTERIAN KESIHATAN GAZA HARI KE 32 PERANG GAZA ISRAEL
21 Pembunuhan beramai ramai dilakukan Israel membunuh 548 rakyat Palestin sepanjang hari
Setakat ini pembunuhan beramai ramai Rakyat Palestin melibatkan 1,071 keluarga di seluruh Gaza
10,328 rakyat Palestin di Gaza terbunuh termasuk 4,237 kanak kanak dan 2,719 wanita serta 631 warga emas. 25,956 lagi cedera
Israel membunuh 192 pegawai perubatan, 40 ambulans dimusnahkan, 120 institusi kesihatan di Gaza disasarkan oleh serangan mereka dan menyebabkan 18 buah hospital dan 40 pusat penjagaan utama tidak lagi dapat beroperasi kerana pengeboman dan kehabisan bahan api
Kami menerima laporan 2,450 orang hilang diterima setakat ini termasuk 1,350 kanak kanak yang masih di bawah runtuhan bangunan akibat daripada serangan Israel
Dalam 24 Jam terakhir. 7 hospital menjadi sasaran Israel membunuh 13 orang dan mencederakan 140 orang
Ugutan dilakukan Israel ke atas Hospital Pakar Kanak Kanak Ar Rantisi yang meminta mereka berpindah dan tindakan itu akan mengancam nyawa kanak kanak yang cedera dan sakit
Hospital Al Rantisi ketika ini merupakan satu satunya pusat onkologi dan hematologi untuk kanak kanak di Gaza. Pusat itu menjaga 3,000 kes kanak kanak yang menghidap kanser di Gaza. 38 kanak kanak perlu menggunakan mesin dialisis dan hanya pusat itu mempunyai perkhidmatan sedemikian. 10 kanak kanak masih di dalam ventilator dan 20 kanak kanak cedera dengan pelbagai jenis kecederaan
6,000 orang lagi menumpang di hospital itu kerana kehilangan tempat tinggal
Penjajah Israel ketika ini sedang memastikan tiada peluang hidup untuk rakyat Gaza dan fasiliti kesihatan di sini. Pasukan Perubatan tidak dapat makan walaupun sekeping roti dan sangat sukar untuk mendapatkan segelas air di dalam keadaan dunia tidak pernah disaksikan sebelum ini
Berpuluh jenazah masih terdampar di jalanan antara utara dan Selatan Gaza dan penjajah tidak membenarkan ambulans kami mengambil jenazah berkenaan
Kami menyeru Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa melaksanakan koordinasi dan mengiringi ambulans bagi memindahkan mereka yang tercedera dan terbunuh dari KORIDOR KEMATIAN ini yang dicipta oleh penjajah bagi membunuh orang awam yang mereka sudah paksa berpindah dari Utara ke Selatan Gaza
Kami menyeru PBB dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa agar bekerja serta merta bagi mengaktifkan undang undang kemanusiaan antarabangsa dan Konvensyen Geneva Keempat bagi melindungi sistem kesihatan kami dan meningkatkannya serta memberi peluang penuh untuk kami melaksanakan segala fungsi untuk menyelamatkan nyawa ribuan yang sakit dan cedera di sini
Kami menyeru semua pihak supaya segera menyediakan koridor selamat bagi kemasukan barangan perubatan, bahan api dan anggota perubatan serta mengeluarkan ribuan yang cedera
DR ASHRAF AL QUDRA
JURUCAKAP KEMENTERIAN KESIHATAN GAZA
7 NOVEMBER 2023
My name is haniff. I am not a Palestinian. I cannot feel the pain and suffering of Palestinians. I am Malaysian. But I can see and hear the pain and suffering of Palestinians. Your fight is my fight and Allah will always with you do not despair #FreePalestine#FreeAlAqsa
Okey selepas aku check rupanya yang lain last update beberapa jam yang lepas. Yang tengah update sekarang @Marchfoward@_muhaimin26@mirul_syaf @H_Bakkaniy
Korang boleh check acc depa.