إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Saya berasa amat sedih dan berdukacita atas pemergian lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang telah syahid dalam serangan udara kejam di Gaza.
Mereka adalah wira kemanusiaan yang berjuang tanpa mengenal lelah demi membantu saudara-saudara kita yang tertindas. Pemergian mereka adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada MAPIM, tetapi juga kepada seluruh umat yang memperjuangkan keadilan dan kemanusiaan.
Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan tidak berperikemanusiaan ini dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk tidak berdiam diri terhadap kekejaman yang berterusan di bumi Gaza.
Marilah kita terus berdoa, bersolidariti dan menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam apa jua cara yang termampu. Semoga roh para syuhada ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.
Al-Fatihah.