Kita husnu zhon je laa benda benda macam ni. Sekurang-kurangnya, student dapat pengalaman tu.
Takat student dipergunakan untuk kepentingan sendiri ni, perkara biasa dan lama dah tu.
Bila Allah akan menangkan Palestine?
Kenapa Allah masih tak bantu umat Islam yang teruk dizalimi?
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak tahu." [Al-Baqarah:30]
Teruskan berdoa. Sungguh, pertolongan Allah akan sampai pada masa yang tepat.
Expectation:
Kerja keras - Gaji - Simpan - Beli aset - Kaya
Realiti:
Kerja keras - Gaji - Self-reward supaya tak stress - Miskin
Korang yang mana? RT kalau realiti
Thank you Khairul Aming for this speech! Pesanan yang amat-amat diperlukan oleh generasi akan datang 🙏🏻
You truly deserved the title, Creator of The Year @khairulaming#TikTokAwardsMY#TikTokAwardsMYxTV3
Tau tak apa yang cikgu-cikgu tengah runsingkan sekarang?
Bila students jawab ‘sebab boleh cikgu’ dalam kelas dan dalam kertas ujian.
Cousin aku dah menangis dah sebab rasa exhausted. Bila anak-anak consume banyak media sosial tanpa tapisan, kejahilan perlahan datang menyapa.
Nak poligami, nak cerai, nak malam pertama, isteri/suami merajuk, ini semua hal privasi.
Selagi sesuatu hal itu tak melibatkan kecederaan batang tubuh, jenayah, pengabaian hak, serta di dalam keluarga kita masih ada wali atau orang lebih tua seperti bapak kita, abang kita, maka sebaiknya diselesaikan dalam batas keluarga masing-masing.
Kalau nak minta pendapat, minta pendapat ayah & mak kita, abang kakak kita, guru kita yang kita percayai amanah dengan rahsia. Nak berbincang, mesyuarat, buatlah sesama keluarga supaya nampak solusinya.
Ini siap rakam video nak poligami, nak cerai pun sempat buat video duk berpeluk dulu apa semua, nak pujuk isteri/suami merajuk pun buat video tanya orang ramai macam mana, nak malam pertama pun kau nak rakam cabut hiasan bagai. Ini semua sekadar akan menambah-nambah keserabutan sebab ramai akan tambah kuah di media sosial. Belum kira lagi kita punya konten tu sendiri ada banyak boleh dipersoalkan. Sebab lagi banyak kita cakap/tunjuk, lagi banyak orang nak bertanya atau ada kesilapan yang orang nak bincangkan.
Hang nak poligami, hang bersikap adil, jujur kepada isteri dan keluarga hang, kemudian war-warkan perkahwinan sudah. Apa yang berlaku di belakang tu, bagaimana isteri bersetuju ke apa ke, itu bukan konten untuk umum.
Tara isteri yang memang redha suami dia berpoligami, isteri yang pi carikan suaminya isteri satu lagi, bila jadi berita umum, pun orang cakap macam-macam - masih dalam ingatan saya seorang wartawan siap insinuate pasangan sedemikian ada fetish tertentu sebab tu isteri sampai sanggup cari madu sendiri. Itu tahap kurang ajarnya sesetengah manusia. Ni apatah lagi buat video POV suami je. Sebut pula macam-macam yang buat orang persoal itu ini sampai ada ustaz-ustaz kena sibuk cakap fasal poligami pulak.
Hang nak cerai, hang bercerai. Umumkan lepas dah bercerai. Bukan pi buat konten sebelum lafaz cerai duduk dalam kereta berpeluk bagai apa semua.
Hang baru kahwin, nak malam pertama, itu urusan hang dengan bini/suami hang. Bukan pi buat konten, rakam dalam bilik cabutkan hiasan pasangan/pakaian pasangan.
Isteri/suami hang merajuk, pergi tanya mak bapak sendiri atau mak bapak pasangan, atau abang kakak atau orang tua yang kita percayai atau kawan yang berpengalaman dan boleh dipercayai, macam mana nak pujuk. Bukan hang pi buat konten video tanya orang ramai macam mana nak pujuk suami/isteri.
Bukan semua perkara sesuai kita kongsi dengan orang ramai. Ramai orang bermakna banyak ragam. Latar ilmu semua orang tak sama. Ada tinggi ada rendah ada takde ilmu. Ada manusia berakhlak, ada manusia takde akhlak. Ada manusia tak ambil peduli, ada manusia jenis busy body. Ada manusia baik, ada manusia jahat dan suka nak pedajal orang, ada manusia kaki batu api. Ada pula yang suka gunakan perbuatan orang lain, untuk justify pulak kebencian dia terhadap agama contohnya.
Fikirlah panjang sikit nak kongsi apa pun.
Paling penting, belajar bertanggungjawab dengan apa yang dikongsikan.
Bukan semua benda kena kongsi.