🌙 Waktu Mustajab Doa Hari Arafah (Malaysia)
📆 26 Mei 2026 • Selasa • 9 Zulhijjah 1447
🕰 Anggaran waktu: 5:18 petang – 11:57 malam
Minta apa yang terbuku dalam hati - rezeki, ketenangan, kesihatan, jodoh, zuriat. Allah Maha Mendengar ✨🤲🏻
Tindakan berani keluarga ni tahan kereta Sultan Pahang demi luahkan masalah rumah mereka yang tiada elektrik.
Katanya dah 13 tahun rumahnya takda elektrik, dah buat permohonan tapi takda tindakan.
Sultan Pahang pandang serius perkara tu dan pada hari yang sama permintaan mereka diluluskan.
EKONOMI MALAYSIA DIJANGKA MULA TERUK BERMULA JUN KERANA PERANG US IRAN
Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein memberitahu Podcast The Breakfast Grill BFM Radio bahawa Ekonomi Malaysia dijangka mula teruk bermula Jun kerana Perang US Iran dan Penutupan Selat Hormuz
Situasi teruk ini akan berlangsung dalam 3 Gelombang.
Gelombang Pertama- Bekalan Minyak Malaysia akan mulai habis. Di mana 3/4 Pengeluaran minyak di Timur Tengah ditutup. Pengeluaran minyak sepenuhnya memakan masa 6 Bulan daripada tarikh perang tamat. Ia bukan seperti tutup paip. Antaranya ialah Telaga Minyak itu disimen dan proses membuka semula telaga itu memakan masa 3 bulan. Proses untuk membersihkan trafik di Selat Hormuz juga dijangka 2-3 bulan. Malaysia import 70 peratus minyak dari Selat Hormuz
Gelombang Kedua - Bekalan Petrokimia mulai terjejas. Rakyat Malaysia memerlukan bahan ini untuk produk kebersihan diri, tuala wanita, lampin bayi, komestik, berus gigi dan sebagainya. 70 peratus kereta dibuat dari plastik.
Gelombang Ketiga- Masalah bekalan mentah. Banyak syarikat hanya ada simpanan bahan mentah untuk hasilkan produk mereka selama 2 bulan sahaja. Hanya 10 ke 15 peratus SME Malaysia mempunyai simpanan bahan mentah selama seminggu atau dua minggu.
Kesan gelombang ini akan menyebabkan produk pengeluaran berkurangan, pekerja tak dapat kerja OT, pengurangan syif pekerja dan ini jejaskan rakyat Malaysia secara perlahan-lahan
TERKINI DAN RASMI
Datuk Azizulhasni Awang dapat Gangsa acara Pecut Lelaki di Piala Dunia UCI di Velodrom Kebangsaan Nilai
Malaysia dengan ini dapat 1 Emas dan 1 Gangsa dalam Piala Dunia kali ni
APA YANG US DAN IRAN NAK UNTUK TAMATKAN PERANG INI
US sudah menghantar 15 syarat kepada Iran untuk tamatkan perang ini. Iran juga membalas syarat berkenaan
SYARAT US
- Gencatan senjata 30 Hari
- Meruntuhkan fasiliti nuklear Natanz, Isfahan dan Fordow
- Menyerahkan Uranium Diperkayakan kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA
- Menghentikan operasi memperkayakan Uranium
- Memutuskan hubungan dengan Hizbullah, Houthi Yaman dan Hamas
- Membuka Selat Hormuz
- Sebagai balasan US akan mengangkat semua sekatan Ekonomi ke atas Iran
SYARAT IRAN
- Gencatan senjata sepenuhnya dengan jaminan US takkan serang Iran lagi
- Pampasan di atas kerosakan yang dibuat sepanjang perang ini
- Semua pangkalan Tentera US di Timur Tengah ditutup
- Iran dibenarkan mengawal Selat Hormuz dari Segi undang-undang
- Semua sekatan ekonomi ke atas Iran dihentikan
𝐊𝐑𝐈𝐒𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀: 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓?
Rakyat Malaysia kebanyakannya tak ambil tahu apa yang berlaku di luar sana.
Mungkin sedikit sebanyak ramai tahu perang yang sedang berlaku di antara US-Israel dengan Iran tetapi banyak yang tidak faham kesannya kepada seluruh dunia termasuk Malaysia.
Kemungkinan besar kerana kehidupan di Malaysia masih lagi normal, masih boleh isi minyak walaupun Diesel lebih mahal berbanding beberapa minggu lepas, masih boleh masak juadah untuk tetamu berkunjung, masih boleh bakar mercun sampai tengah malam dan pagi buta.
Berbanding dengan negara-negara rantau Asia Tenggara yang lain dari Filipina ke Thailand, Laos. Cambodia, Vietnam semuanya sedang bergelut dengan kesan dan tempias perang di Timur Tengah.
Ada rakyat Thailand, Cambodia & Laos beratur panjang nak isi minyak kerana ketiadaan dan catuan minyak di stesen minyak, Vietnam yang akan mengurangkan dan menghentikan penerbangan kerana kekurangan minyak pesawat (jet fuel), gas memasak (LPG) kehabisan di Cambodia, stesen minyak di FIlipina ditutup kerana kehabisan minyak.
Adakah rakyat Malaysia sedar dengan "kegawatan kecil" yang dihadapi negara-negara ASEAN yang lain?
Benar Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport tenaga (minyak dan gas) jadi kita ada sedikit penampan (buffer) berbanding negara-negara lain yang mengurangkan kesan perang di sana tetapi kita perlu ingat kini Malaysia bukan lagi pengeksport bersih minyak di mana pengeluaran minyak negara tidak mencukupi untuk menampung penggunaan domestik kita.
Sehari kita perlu 600 ribu tong minyak untuk diproses menjadi Petrol & Diesel untuk kegunaan harian, tetapi kita hanya mengeluarkan 350 ribu tong minyak di mana 250 ribu tong minyak perlu diimport dari luar.
Walaupun kita berhenti mengeksport dan menggunakan 100% minyak yang dikeluarkan dalam negara untuk kegunaan domestik, ianya tidak cukup dan kita masih juga perlu import.
70% daripada sumber import minyak mentah negara kita datang dari negara Timur Tengah iaitu Arab Saudi, UAE, Kuwait, Oman, Bahrain, Iraq maka apabila perang meletus bekalan minyak mentah dari rantau tersebut terhenti.
Sekali sekala kita perlu banyak membaca apa yang berlaku di luar sana.
Bukan hanya menyempitkan minda kita kepada politik kepartian seperti janji-janji lama ahli politik yang korang tuntut siang malam walaupun tak pernah undi ahli politik tersebut.
Jangan esok bila kita dah jadi macam negara-negara jiran kita baru nak terkejut dan merengek-rengek.
Yang memuja-muja Thailand harga Diesel lagi murah boleh lah baca apa yang berlaku di Thailand.
Apa guna Diesel lebih murah, nak isi dalam kereta pun takde?
KEMASKINI
KRISIS BEKALAN MINYAK MULA LANDA ASIA
Situasi minyak makin buruk apabila 100 Stesen Minyak di Victoria Australia mula kehabisan minyak petrol dan 80 buah lagi kehabisan diesel lapor Sky News Australia
Bangkok Post melaporkan memetik kenyataan Persatuan Perikanan Purse Seine bahawa 40 peratus daripada 9,000 buah kapal nelayan berdaftar di Thailand sudah tidak dapat beroperasi kerana kehabisan minyak. Jika harga minyak naik 2 kali ganda. Industri perikanan Thailand akan lumpuh sepenuhnya dan semua kapal takkan dapat beroperasi dan nelayan tak dapat bekerja
400 stesen minyak ditutup di Filipina kerana bekalan minyak habis maklum Polis Kebangsaan Filipina lapor ABS-CBN
Vietnam mula memotong penerbangan domestik untuk menjimatkan bekalan minyak pesawat
Kemboja mula kekurangan bekalan gas LPG dan akan berhenti jual gas berkenaan bermula 1 April 2026. Ini menyebabkan berlaku pembelian panik di negara berkenaan
40 peratus stesen minyak ditutup di Laos kerana kehabisan bekalan minyak. Ramai rakyat Laos terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan minyak. Ada yang catu minyak dan AFP melaporkan 15 stesen minyak di Vientiane iaitu Ibu Negara Laos ditutup
KEMASKINI
BERITA BURUK UNTUK MALAYSIA
Berita buruk untuk Malaysia hari ini apabila Arab Saudi dilaporkan tidak akan menjual minyak kepada Negara Asia termasuk Malaysia pada bulan April. Ini susulan mereka mengurangkan pengeluaran dan ancaman keselamatan kerana Perang US Iran
70 peratus minyak untuk rakyat Malaysia dibeli dari Negara Negara Arab dan Malaysia paling banyak beli minyak dari Arab Saudi iaitu sebanyak 33.3 peratus diikuti UAE sebanyak 20.6 peratus
Ia bersamaan 1/3 keperluan minyak Malaysia dengan kos sebanyak RM 18 Bilion. Kini cabaran besar untuk Malaysia mencari pengganti kepada Arab Saudi untuk membeli minyak. Dengan banyak negara berebut dan pengeluaran minyak dunia berkurangan. Malaysia semakin hampir hadapi masalah besar
TERKINI
Senarai Pangkalan Tentera US yang diserang Iran
BAHRAIN
- Stesen Sokongan Aktiviti Tentera Laut US Al Jufair
- Ibu Pejabat Armada Kelima Tentera Laut US
QATAR
- Pangkalan Udara Al Udeid
KUWAIT
- Kem Arifjan
- Pangkalan Udara Ahmad Al Jaber
- Pangkalan Udara Mubarak
UAE
- Pangkalan Udara Al Dhafra
- Pelabuhan Jebel Ali
- Pangkalan Udara Fujairah
ARAB SAUDI
- Pangkalan Udara Prince Sultan Riyadh
- Pangkalan Tentera Tabuk
- Pangkalan Tentera Khamis Mushait
- Pangkalan Tentera Barat Jeddah
JORDAN
- Pangkalan Udara Muwaffaq Al Salti
IRAQ
- Pangkalan Tentera Erbil Iraq
Berus Gigi 3 Kali Waktu Siang Pun Nafas Tetap Berbau? Ini Fakta 'Ketosis' Bulan Puasa Yang Ramai Tak Tahu!
"Segannya nak bercakap jarak dekat dengan kawan ofis pukul 3 petang. Dah curi-curi berus gigi dan kumur mulut kat tandas tadi, tapi nafas tetap berbau semacam!"
Thread
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara SPAN memang dah bagi amaran banyak kali
Kalau siap Pusat Data
Akan ada masalah bekalan air
SPAN suruh Setiap Pusat Data ada Loji Rawatan Air sendiri berasingan daripada sistem bekalan air tempatan supaya tak nak ada masalah air
Tapi tulah urusan air bawah Kerajaan Negeri. Kita tunggu dan lihat
Malaysian to Malaysian.
If you want to maximize your tax reliefs for 2026, you can start contributing to EPF.
You'll get RM3,000 in tax reliefs every year, divided by 12 = RM250/month.
Use your tax rebate next year to invest more. 🤑