Maksud Doa Qunut
Semoga Allah mengurniakan kepada kita hati yang sentiasa bergantung kepada-Nya dan menjadikan kita dalam kalangan hamba yang mengamalkan serta menghayati setiap doa yang dipanjatkan.
#UWAkongsi#DoaQunut#Dakwah#Islam#UstazWadiAnnuar
Qobiltu ijazah.. Semoga الله bukakanlah jalan rezeki kita seluas-luasnya, diberikan kesihatan yang baik, bebas dari segala hutang dan dikurniakan kehidupan yang tenang. Aamiin..✨🤲🏻
Rasulullah ﷺ mengajarkan satu doa yang ringkas tetapi penuh makna untuk dibaca apabila singgah di sesuatu tempat, bermusafir, berkhemah atau memasuki kawasan yang asing.
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan segala makhluk yang diciptakan-Nya.”
Sabda Nabi ﷺ, sesiapa yang membaca doa ini ketika singgah di sesuatu tempat, dia tidak akan ditimpa sesuatu yang memudaratkannya sehingga dia beredar dari tempat tersebut. (HR Muslim)
Simpan, hafal dan amalkan. Moga Allah sentiasa memelihara perjalanan serta urusan kita. 🤲
#UWAkongsi #DoaHarian #Musafir #SunnahNabi #ZikirHarian #UstazWadiAnnuar #DoaPerlindungan #HayyDeen
Dalam dunia yang penuh kesibukan, tekanan, ujian dan keresahan, hati manusia sentiasa memerlukan tempat untuk kembali. Allah SWT telah menunjukkan jalan yang paling mudah, paling dekat, paling berkesan untuk menenangkan jiwa iaitu dengan mengingati-Nya. Perbanyakkan zikir walaupun sedikit, walaupun dalam kesibukan bekerja, memandu, berjalan atau berehat. Lidah yang basah dengan zikrullah akan membawa ketenangan kepada hati, kekuatan kepada jiwa, keberkatan dalam hidup.
Semoga Allah menjadikan kita daripada kalangan hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya dalam setiap keadaan.
#UstazWadiAnnuar #Zikrullah #TazkirahHarian #PenenangHati #MotivasiIslam #Dakwah #HayyDeen #JomBerzikir