RHB jadi bank pertama sediakan unified Payment Gateway kat Malaysia.
Bagi industri online payment di Malaysia, berita ni sebenarnya besar. Sebab bank dah mula provide servis begini. Bank lain confirm menyusul.
Maksudnya apa?
Bisnes anda boleh lantik 1 merchant bank je, pastu customer boleh ada pilihan bayaran guna kad kredit/debit, eWallet (TNG, ShopeePay, Grab), DuitNow (QR/Pay/GXBank/AEON/Boost), FPX (semua bank tradisional) dll kat website masing-masing.
Kat back-end, finance senang nak buat reconciliation, reporting dan settlement. Nak buat integration dan development pun mudah sebab deal dengan 1 pihak je.
Sebab sebelum ni, kalau nak ada banyak option payment gateway, kena guna 3rd party. Yang terkenal seperti Fiuu (Razor). Cuma rate mereka agak tinggi.
Nak dapat rate lagi rendah, kena engage sendiri dengan Paynet, bank A, bank B, Grab, Shopee, Billpliz, SenangPay dsb. Jadi nak buat settlement, reconcile, agreement leceh sebab ada banyak pihak nak berurusan dan maintain.
Bagi orang awam, takde nampak perubahan apa-apa. Tapi bagi bisnes SME, nak buat website yang ada payment gateway, ia sangat mudah nak offer multiple payment online sekarang.
Harap Jabatan kerajaan lain pun guna. Contoh nak bayar bil, saman, yuran sekolah, boleh guna debit card/scan QR DuitNow je. Takdelah paksa guna JomPay je.
Company kecil yang takde IT pun mampu offer pilihan bayaran online yang sebelum ni mustahil nak buat.
Begitulah.
Seramnya, penampakan Ummu Sibyan atas kereta pada waktu maghrib di highway Senai Desaru.
Sebab macam tak logik kalau anak yang keluarkan kepala atas sunroof waktu hujan2 ni walaupun hujan renyai2 je.
Kredit : hasrainn
MANA ABANG YANG AJAR MAKAN ULAM RAJA UNTUK ELAK PELUPA TU?
UKM dah sahkan dengan kajian klinikal untuk cegah Dimentia. Ni bukan petua acik bawang ye. Nasib baik saya tanam depan rumah, hari2 boleh makan. Semoga abang panjang umur.
Kredit video : owner
Kenapa lemak perut tak nak hilang
walaupun dah diet & exercise? 😭
Bukan sebab awak malas.
Bukan sebab awak tiada usaha.
Ramai wanita 30+ terperangkap dengan hormon ni...
Dan selagi tak fix hormon, perut buncit tu memang degil 👇🏻
Inilah punca kronologi krisis perlembagaan di N9.
Tok lembaga buat organisasi terima duit dr Antony Loke dgn menggunakan nama Undang Sungai Ujong .
Bila Undang sg ujong tahu dia pecat Tok lembaga sebab merosakkan nama dia ?
DAP tak puas hati dia gunakan MB N9 utk pecat Udang Sungai Ujong.
Hantar Etnik Rohingya ke Negara Tandatangani Konvensyen Pelarian – ADUN Duyong
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem mencadangkan supaya pelarian etnik Rohingya dihantar ke negara yang menandatangani Konvensyen 1951 Berkaitan Status Pelarian atau Protokol 1967.
Beliau ketika dihubungi Mynewshub hari ini menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah menandatangani konvensyen tersebut seperti negara-negara lain, namun ramai pelarian Rohingya memasuki negara ini.
Mohd Noor Helmy turut menegaskan pendiriannya agar etnik Rohingya ditempatkan di kawasan khas sekiranya mereka tidak dapat dihantar ke negara terbabit susulan peningkatan jumlah pelarian itu yang didakwa menimbulkan pelbagai isu.
“Hantar ke negara yang tandatangani (dengan) UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian). Kita (Malaysia) tak tandatangani. Pasal dia dah masuk negara kita atas dasar kemanusiaan yang makan diri. Dulu asas utamanya adalah kerana agama.
"Macam sekarang mereka ini duduk berselerak. Macam di Duyung dua lorong saja yang ada. Dia mula datang ke lorong lain kita dah pastikan tuan rumah kita 'susahkan'. Dari dua lorong ini kita senang pandang (pantau)," katanya.
Terdapat 149 buah negara di seluruh dunia yang merupakan pihak penandatangan kepada Konvensyen Pelarian 1951, Protokol 1967 atau kedua-duanya sekali.
Perjanjian antarabangsa itu dikendalikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dan antara negara terlibat Jerman, Perancis, United Kingdom, Itali, Sweden, Sepanyol, Uganda, Sudan, Kenya, Kanada, Brazil, Turki, Pakistan, Iran, Yaman, Kemboja dan Filipina.
Malaysia tidak menandatangani Konvensyen
Status Pelarian 1951 atau Protokol 1967, namun UNHCR dibenarkan beroperasi atas dasar kemanusiaan bagi menguruskan pelarian dan pencari suaka yang berada di dalam negara dan membantu memindahkan mereka ke negara ketiga.
Terdahulu, Mohd Noor Helmy menegaskan beliau masih berpegang kepada pendirian bahawa isu pelarian Rohingya di Malaysia perlu ditangani melalui kawalan berpusat serta usaha mendapatkan penempatan di negara ketiga.
Mengulas kenyataan lamanya yang kembali tular di media sosial, beliau berkata cadangan itu dibuat kerana kerajaan berdepan pelbagai kekangan dalam menguruskan pelarian Rohingya yang tidak boleh dihantar pulang.
“Kita faham kerajaan menghadapi masalah untuk menghantar mereka pulang. Tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak dibenarkan bekerja dan berniaga. Jadi, kita perlu mencari satu kaedah untuk menguruskan mereka,” katanya.
Menurut beliau, antara cabaran utama adalah aspek penguatkuasaan undang-undang kerana pelarian yang melakukan kesalahan akan menjalani hukuman, namun tidak dapat dihantar pulang seperti pendatang asing tanpa izin (PATI)
Katanya, Kementerian Dalam Negeri juga sedang melaksanakan projek perintis bagi mendaftarkan semula pelarian Rohingya melalui sistem yang lebih tersusun, namun persoalan yang timbul apakah dasar seterusnya.
Beliau turut mendakwa terdapat isu berkaitan etnik Rohingya yang didakwa boleh mendapatkan kad UNHCR baharu menggunakan identiti lain dengan bayaran sekitar RM450.
"Contoh (pernah) ada kes cabul di Duyong. Lepas tiga tahun dia keluar. Dia keluar esok, dia boleh tukar kad pelarian dia.Tukar kad lain nama lain. Berbanding PATI, kita boleh menempatkan mereka di depot tahanan dan menghantar mereka pulang,” katanya..
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan mekanisme pekerjaan yang sah dan terkawal sekiranya pelarian Rohingya dibenarkan bekerja.
“Kalau kita setuju untuk membenarkan mereka bekerja, biarlah mengikut undang-undang sepenuhnya. Kita perlu pantau. Begitu juga jika mereka berniaga, ia perlu dipantau dengan betul.
“Sekarang ini, kita lihat ada syarikat yang menggajikan pekerja Rohingya dengan membayar gaji yang rendah mengikut sesuka hati, tidak perlu membayar caruman KWSP dan Perkeso.
“Isu ini bukan sahaja melibatkan aspek